Staf Dari Syurga! Majikan Puji Sikap Pekerja Komited & Langsung Tak Berkira Dengan Tugas [Video]

Lebih mengagumkan, sikap komited pekerja yang dikenali sebagai Wan Afifi terhadap tugasnya dapat dilihat ketika waktu operasi restoran itu tamat sehingga majikannya, Shafika sendiri kadangkala terpaksa ‘menghalau’ stafnya itu pulang ke rumah.

Ringkasan
  • Wan Afifi, pekerja di Pok Tie Tomyam, Johor Bahru, datang sejam awal dan sentiasa mencari kerja tanpa perlu disuruh.
  • Wan Afifi telah bekerja bersama majikannya, Shafika, selama lima tahun dan dianggap seperti keluarga sendiri.
  • Isteri Wan Afifi, Hasreena, turut bekerja di tempat sama dan mempunyai sikap rajin yang sama seperti suaminya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebiasaannya, kita sering mendengar dan melihat luahan majikan yang kecewa dengan sikap pekerja.

Ada yang mendakwa staf mereka malas malah terus menghilangkan diri dari syarikat tersebut.

Namun tidak semua majikan berhadapan dengan situasi sebegini dan bernasib baik mendapat ‘staf dari syurga’.

Majikan Kongsi Sikap Rajin Staf Tak Reti Duduk Diam, Ada Sahaja Kerja Yang Dicari Untuk Dibuat

Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian seorang wanita yang dikenali sebagai Shafika mengenai sikap pekerja lelaki di restorannya, Pok Tie Tomyam yang terletak di Taman Desa Mutiara, Johor Bahru, johor.

Menerusi hantaran di Threads @shafikasauti, Shafika berkongsi sikap pekerja lelaki dikenali sebagai Wan Afifi yang disifatkannya sebagai komited dan dianggap dari syurga.

Semuanya gara-gara perangai staf itu yang tidak duduk diam dan sentiasa memastikan ada kerja yang dibuat olehnya tanpa disuruh.

Majikan Kadangkala Terpaksa ‘Halau’ Staf Balik Rumah Gara-Gara Sikap Rajin

Malah, Shafika turut memuji disiplin Wan Afifi yang baginya amat bagus. Manakan tidak, Wan Afifi kebiasaannya akan datang satu jam lebih awal sebelum restoran itu dibuka.

“Hujan ribut panas berdenting kedai bukak pukul 3, pukul 2 dia dah terpacak. Tak ada kerja, cari kerja. Order tak ada, macam-macam dia buat asal bergerak,” kongsinya.

Lebih mengagumkan, sikap komited Wan Afifi terhadap tugasnya dapat dilihat ketika waktu operasi restoran itu tamat sehingga Shafika sendiri kadangkala terpaksa ‘menghalau’ stafnya itu pulang ke rumah.

“Kedai tutup jam 2 pagi, stay (tunggu) sampai 4 pagi. Kopek bawang la, potong carrot (lobak merah), macam tak ada hari esok,” kongsinya.

Staf Dah Kerja Bersama 5 Tahun, Anggap Seperti Keluarga

Kongsi Shafika kepada BuzzKini, Wan Afifi telahpun bekerja dengannya selama lima tahun sehingga dianggap seperti keluarga sendiri.

“Awalnya dia hanya pembantu kedai dan tukang buat air. Tapi dah lama dia dengan saya. Macam-macam dah dia boleh buat, termasuk masakan panas,” kongsinya.

Malah, ketika arwah bapanya meninggal, stafnya itu jugalah yang membantu dia menguruskan jenazah bapanya.

“Semasa arwah abah saya meninggal, dia ada dengan saya. Mandikan dan uruskan arwah. Sampai liang lahad,” jelasnya.

Isteri Staf Turut Kerja Di Tempat Sama, Turut Komited Dengan Kerja

Kongsi Shafika lagi, isteri Wan Afifi yang dikenali sebagai Hasreena turut bekerja di tempat yang sama.

Lebih mengagumkan, Shafika menjelaskan pasangan Wan Afifi turut mempunyai sikap yang rajin sama seperti suaminya itu malah Shafika juga pernah berkongsi tentangnya sebelum ini.

“Siapa masih ingat aku pernah cakap pasal staf perempuan yang tak perlu disuruh, ada je kerja dia buat. Tak pernah duduk sahaja.

“Diorang suami isteri, jenis kerja dengan hati,” kongsinya.

Jelas Shafika, dia sering menghargai pekerjanya itu dengan membelanja mereka makan malah sering membawa kesemua stafnya termasuk Wan Afifi pergi ke luar negara.

Menerusi hantaran sama, Shafika turut berkongsi video Wan Afifi sedang mencuci lantai di luar kedainya.

View on Threads

Warganet Puji Sikap Pekerja Komited Dengan Tugas

Perkongsian yang telah mendapat lebih 738,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum dan memuji sikap pekerja berkenaan.

Ada yang berpendapat, Shafika beruntung kerana mempunyai pekerja seperti Wan Afifi malah ada warganet yang berpendapat sikap Shafika yang baik menjadi sebab dia memperolehi staf sebegitu.

Pada masa sama, segelintir netizen berpendapat Shafika perlu membuat sesuatu bagi menghargai stafnya itu.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Puas Hati Kalau Bayar OT Orang Rajin Macam Ini, Kalau Boleh Bagi Hadiah Berupa Perfomance Bonus Pun Mestu Dia Happy”

“Alhamdulillah Pekerja Efficient Yang Layak Dapat Staf Of The Month Setiap Bulan Ini”

“Pernah Ada Staf Gini, Habis Ditonyohnya Benda Tak Suruh, Senang Sangat Kerja”

“Semoga Allah Murahkan Rezeki Pasangan Ini Melimpah Ruah Rezeki”

“Mesti Majikan Pun Prihatin & Baik Hati, Tu Boleh Dapat Staf Ikhlas Macam Ni”

Baca Artikel Berkaitan: Majikan Naikkan Gaji Pekerja RM700 Lepas Rasa Sendiri Beban Kerja Ketika Ganti Tempat Staf [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Hargai Jasa & Pengorbanan Staf, Bonda Rozita Belikan Rumah 2 Tingkat Untuk Pekerja Cemerlang [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Usaha Tak Khianati Hasil” – Staf Dapat Gaji RM12,000 Sebulan Dari Majikan Undang Pelbagai Reaksi [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.