Now Reading
“Dah Tegur Tapi Masih Buat” – Wanita Berang Ada Orang Hisap Vape Ketika Konsert The Weeknd [Video]

“Dah Tegur Tapi Masih Buat” – Wanita Berang Ada Orang Hisap Vape Ketika Konsert The Weeknd [Video]

Pengunjung itu menyifatkan perbuatan individu menghisap vape ketika menonton konsert sebagai mementingkan diri sendiri.

Ringkasan
  • Seorang pengunjung bernama Tiffany mendedahkan seorang wanita warga asing menghisap vape di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil semasa konsert The Weeknd.
  • Wanita itu mendakwa tidak tahu larangan menghisap vape, namun tetap berbuat demikian walaupun sudah ditegur oleh Tiffany sebelum konsert bermula.
  • Netizen mengkritik keras tindakan wanita itu kerana mementingkan diri sendiri dan menjejaskan kesihatan orang lain di sekeliling sepanjang konsert berlangsung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak semalam (4 November), meriah di media sosial perkongsian klip-klip persembahan konsert penyanyi pop, The Weeknd, bagi jelajah dunia After Hours Til Dawn Tour di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sama seperti konsert lain, pihak penganjur konsert The Weeknd atau nama sebenarnya Abel Tesfaye telah pun mengeluarkan panduan konsert termasuklah perbuatan dan objek yang dilarang bawa masuk ke dalam stadium.

Bagaimanapun masih ada yang berdegil dan melakukan perkara sebaliknya sebagai contoh menghisap rokok tembakau atau elektronik sesuka hati.

Wanita Warga Asing Hisap Vape Ketika Konsert Walau Didakwa Sudah Ditegur

Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang pengunjung berkongsi tindakan seorang wanita lain yang menghisap vape di dalam stadium.

Menurutnya, dia sudah pun menegur pengunjung dipercayai warga asing itu sebelum konsert tersebut bermula.

Pengunjung tersebut berkata wanita itu kemudian membalas, “Betul ke? Saya tak tahu pun.”

Namun tidak lama selepas itu, dia dikatakan kembali menghisap vape seolah-olah tak ada apa sudah berlaku. Menerusi video dikongsi, jelas kelihatan wanita berkenaan menghisap dan menghembus asap vape sambil menikmati konsert terbabit.

Wanita Dakwa Tak Tahu Larangan Hisap Vape Ketika Konsert, Masih Berbuat Demikian Walau Dah Ditegur

Wanita tersebut melakukan perbuatan itu walaupun menyedari dia dikelilingi orang ramai. Dia dalam hantarannya menyifatkan tindakannya itu mementingkan diri sendiri.

“Sebabkan awak tak tahu hormat orang lain, bersikap pentingkan diri dan langsung tak peduli tentang orang sekeliling, inilah akibatnya.

“Pertama sekali, sebelum muzik mula, saya sudah menegurnya supaya tidak hisap vape. Dia jawab, ‘Betul ke? Saya tak tahu pun.’

“Tolonglah, jangan buat alasan mengarut. Lepas tu, dia tetap menghisap vape seperti biasa. Sepanjang konsert berlangsung, awak asyik hisap vape,” katanya.

‘Kalau Nak Kanser Paru-paru Tu Masalah Sendiri, Jangan Jejaskan Kesihatan Orang Lain’ – Pengunjung

Dalam pada itu, dia juga menegur bahawa perbuatan menghisap vape itu boleh mengundang masalah kesihatan kepada orang lain berdekatannya.

“Tak bolehkah awak bertimbang rasa terhadap orang lain? Kalau awak nak kena kanser paru-paru atau mati sekalipun, itu pilihan awak. Jangan sampai perbuatan awak menjejaskan kesihatan orang lain.

“Kepada pihak kru, seriuslah? Tolong buat pemeriksaan dan jalankan tugas dengan lebih baik!” tegurnya.

View on Threads

Menerusi semakan kami, pihak penganjur belum memberikan sebarang komen atau penjelasan berhubung kejadian terbabit.

Terseksa Orang Lain Ke Bau Asap Selama 2 Jam – Netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut mengkritik tindakan wanita itu kerana menghisap vape di kawasan larangan.

“OMG pentingkan diri sendiri betul,” kata seorang wanita.

“Untuk orang yang hisap (rokok atau rokok elektronik), 10 saat (bau asap) pun dah terseksa. Bayangkan duduk sana selama dua jam, dan siap bayar untuk nak nikmati persembahan konsert,” kata seorang individu.

Malah ramai juga mempersoal bagaimana rokok elektronik itu boleh terlepas masuk dalam pekarangan stadium.

“Macam mana dia boleh bawak masuk dalam stadium?” soal seorang lelaki.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Degil Didakwa Tetap Merokok Di Kedai Makan Selepas 3 Kali Ditegur Undang Kritikan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Nampak Orang Hisap Rokok Di Tempat Larangan? Ini Cara Buat Aduan MyLapor Di App MySejahtera [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Selamba Hisap Rokok Ketika Berada Di Kedai Makan Undang Pelbagai Reaksi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.