Tular Video Rider Campak Parcel & Sebabkan Sambal Nyet Bilis KA Dalam Bungkusan Pecah
Namun begitu, dalam satu hantaran terbaharu, pelanggan itu berkata rider berkenaan telah pun datang semula ke rumahnya untuk memohon maaf atas kejadian tersebut.
Seorang wanita bernama Zienash kecewa apabila botol kaca Sambal Nyet Bilis oleh Khairul Aming pecah selepas dicampak rider ke car porch.
Kes diselesaikan apabila rider datang memohon maaf kepada Zienash, dan permohonan maaf diterima sebagai pengajaran bersama.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Zienash meluahkan rasa kecewa selepas menerima botol kaca Sambal Nyet Bilis oleh Khairul Aming dalam keadaan pecah.
Wanita itu percaya botol itu hancur berderai selepas rider penghantar kurier mencampakkan parcel produk tersebut ke ruang letak kenderaan (car porch) rumahnya.
Walhal sebenarnya rider itu boleh sahaja meletakkan parcel tersebut di atas tembok.
Perkara itu turut dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Difahamkan Zienash membeli empat botol Sambal Nyet Bilis. Tiga daripadanya dilihat dalam keadaan baik, namun salah satu telah berkecai sehingga menyebabkan minyak sambal tertumpah pada bungkusan parcel.
“Kalau video ni lalu depan abang ni, bekerjalah dengan ikhlas Insya-Allah dipermudahkan segala urusan. Hancur hatiku sehancur botol sambal.
“Nasib baik KA senyum lagi dalam gambar last,” katanya di ruangan kapsyen.
Sumber: Threads
‘Rider Lain Okay Je Letak Parcel, Ini Je Nasib Kurang Baik’ – Pembeli Sambal Nyet
Menurut Zienash, dia tidak pernah lagi menerima bungkusan produk dari parcel sebegitu rupa daripada rider-rider lain sebelum ini.
“Rider lain okay je. Memang letak macam ni (terletak elok di bahagian pintu). Hari ni je nasib kurang baik,” katanya menjawab kepada persoalan dari netizen.
‘Kes Selesai, Rider Dah Datang Minta Maaf’ – Pembeli Sambal Nyet
Namun begitu, dalam satu hantaran terbaharu, Zienash berkata rider berkenaan telah pun datang semula ke rumahnya untuk memohon maaf atas kejadian tersebut.
Menurut wanita itu, dia telah pun menerima permohonan maaf tersebut dan berharap agar kejadian ini boleh dijadikan sebagai satu iktibar buat semua.
“Alhamdulillah kes selesai. Adik ni dah datang minta maaf. Maaf diterima dik. Sebaik-baik manusia ialah orang yang mampu mengakui kesalahan.
“Bagi pihak saya, saya pun mohon maaf atas apa yang berlaku. Semoga menjadi pengajaran untuk kita semua,” katanya.
A little bit of writing, a little bit of design, and lots of creative experiments. Turning everyday stories into content worth a second look. “Im just a girl~” 💻💗🎀