Content creator dan penyanyi lelaki dikritik kerana mendakwa wanita bujang yang memakai minyak wangi berkenaan akan cepat bersuami dan terangsang nafsunya.
Host podcast memetik hadis yang melarang wanita memakai wangi berlebihan, namun tetap mempromosi produk tersebut, mengundang reaksi negatif ramai netizen.
Netizen mengecam promosi itu sebagai pemasaran murahan yang menjadikan wanita sebagai objek seksual, serta mendakwa tuntutan tentang bau wangian itu berlebihan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, seorang content creator dan penyanyi lelaki dikritik ramai selepas didakwa melontarkan ayat berunsur seksual terhadap wanita semasa mempromosi minyak wangi di dalam sebuah klip video podcast dimuat naik di laman TikTok sebelum ini.
Menerusi video tersebut, content creator berkenaan mendakwa bahawa wanita bujang yang membeli dan menggunakan minyak wangi itu akan dengan cepat mendapat suami kerana baunya yang begitu menggoda.
Bukan itu sahaja, dia juga mendakwa bahawa pemakaian minyak wangi tersebut boleh membuatkan nafsu golongan wanita yang menggunakannya terangsang.
‘Minyak Wangi Ni Akan Kacau Nafsu Diri Sebagai Seorang Wanita’ – Host Podcast
“Jangan beli minyak wangi ni melainkan ada suami. Minyak wangi ni akan mengacau nafsu diri sebagai seorang wanita. Dia tahu kalau pakai dekat luar ada kemungkinan dia akan bersuami cepat. Jadi dia kena berhati-hati,” katanya.
Penyanyi itu dalam masa sama bersetuju dengan pandangan host podcast itu.
Host Podcast Petik Hadis Larangan Wanita Pakai Perfume Secara Berlebihan, Tetapi Masih Promosi Minyak Wangi
Apa yang lebih mengundang perhatian ramai apabila host tersebut memetik sebuah hadis yang melarang wanita memakai minyak wangi secara berlebihan kerana wanita diibaratkan seperti berzina jika lelaki ajnabi menghidu minyak wangi berkenaan.
Menerusi semakan kami di laman Pejabat Mutfi Wilayah Persekutuan, semenangnya wujud sebuah hadis daripada Abu Musa al-Asy`ari RA bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Maksudnya: Mana-mana perempuan yang mengenakan wangian dan berjalan melewati satu kaum dan didapati bau darinya maka perempuan itu adalah penzina.
[Riwayat Abu Daud (4173) & Al-Nasa’ie (5126)]. Hadis ini dinilai sebagai hasan.
Al-Imam al-Munawi Rahimahullah menyebut bahawa hadis itu bermaksud perempuan yang memakai minyak wangi yang terzahir dan kuat baunya kemudian keluar dari rumah lalu melewati satu kaum iaitu lelaki-lelaki ajnabi dan memang itu tujuannya, maka perempuan itu adalah penzina dari sudut mendapatkan dosanya.
Bagaimanapun apa yang lebih mengundang perhatian apabila dia masih mempromosi wangian tersebut meskipun baru sahaja memetik hadis terbabit.
“Tapi kalau korang masih nak dapatkan juga kena cepat sebab raya ni semua perempuan akan buat macam wangian ni. Sebab dah dua juta lebih terjual,” katanya.
Penyanyi itu pula berkata, “Wangian ini jenis yang kau pakai untuk (minta) dipeluk. Faham tak? Astaghfirullahalazim.”
‘Nak Cakap Pasal Minyak Wangi Tapi Tak Habis-habis Jadikan Wanita Objek Seksual’ – Pengguna Threads
Kata-kata yang didakwa bersifat seksual itu kemudiannya telah mendapat kecaman ramai selepas video itu dimuat naik semula di laman Threads.
“Dua orang ni kalau nak jelaskan bau minyak wangi tak boleh ke describe dia punya notes (nota). Ke tak pandai tapi nak jual minyak wangi? Ni tak habis-habis jadikan wanita objek seksual. Geli aku. Macam tak cerdik,” katanya menerusi ruangan
“Jadikan Wanita Sebagai Objek Seksual Seperti Ni Boleh Buat Orang Rasa Geli & Meluat, Tahu Tak?” – Netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai menyifatkan promosi itu sebagai pemasaran murahan bagi mendapatkan tontonan.
“Sepatutnya awak ajar orang macam mana tentang base note. Ni sembang apa. Lebih kepada pemasaran murah nak engagement,” kata seorang pengguna Threads.
“Tidaklah (nak beli) walaupun baunya harum. Perbuatan jadikan wanita sebagai objek seksual seperti ini boleh buat orang rasa geli dan meluat, tahu tak? Lebih baik saya belanjakan duit hasil titik peluh sendiri di tempat lain,” tambah seorang individu.
Sementara itu, seorang individu dipercayai pernah menghidu wangian berkenaan berkata content creator dan penyanyi itu overclaim dan berlebihan semasa menjelaskan tentang bau wangian tersebut.
“Overclaim tak ada pun bau menggoda sangat, biasa macam minyak wangi lain je,” kata seorang wanita.