
“Profesional & Bijak Selamatkan Situasi”- Jutawan Tudung Kongsi Sisi Hebat Fedtri Yahya Sebagai Emcee
Jelas pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, dek kerana sikap dan pengalamannya bekerja bersama Fedtri itulah menyebabkan dia tetap memilih pengacara itu mengendalikan kedua-dua majlis anaknya.
- Haliza Maysuri, pengasas Bawal Exclusive, berkongsi pengalaman bekerja bersama Fedtri Yahya sebagai emcee majlis kerjasama bersama Swarovski pada 2011.
- Ketika suami Haliza, Mohd Rosli Awang, tiba-tiba kaku semasa berucap, Fedtri bijak mengambil alih situasi tanpa menjatuhkan maruah sesiapa.
- Terkesan dengan profesionalisme Fedtri, Haliza memilihnya sebagai emcee untuk kedua-dua majlis perkahwinan anak-anaknya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai luahan seorang pengantin wanita yang rasa terhina selepas melihat hantaran yang dibuat oleh pengacara majlis mengenai kenduri kahwinnya.
Hantaran itu nyata mendapat perhatian termasuklah beberapa selebriti antaranya seperti pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya dan pelakon, Catriona Ross.
Meskipun permohonan maaf telah dibuat namun emcee berkenaan tetap mendapat kritikan netizen.
Baca Artikel Berkaitan: “Niat Saya Untuk Cerita Pengalaman Baru” – Emcee Mohon Maaf Selepas Tular Pengantin Luah Rasa Terhina Dengan Perkongsian Di IGS
Pengasas Bawal Exclusive Dedah Suami Tak Biasa Bercakap Depan Orang Ramai
Terpanggil untuk bercerita tentang pengacara majlis, pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri tampil berkongsi pengalamannya sendiri bekerja bersama Fedtri Yahya.
Jelas Haliza, masih segar dalam ingatannya kejadian ketika menganjurkan majlis kerjasama bersama Swarovski pada tahun 2011.
Pada ketika itu, suaminya, Mohd Rosli Awang yang tidak biasa bercakap di hadapan orang ramai telah memberanikan diri berucap demi majlis tersebut.
“Tahun 2011, buat pertama kalinya Bawal Exclusive mengadakan majlis kerjasama bersama Swarovski. Ketika itu, pengurus Swarovski dari Asia Selatan turut hadir sebagai tetamu kehormat.
“Tok Bawal, suami saya, bukanlah seorang yang biasa bercakap di hadapan orang ramai.
“Tetapi demi majlis tersebut, beliau memberanikan diri untuk berucap walaupun terpaksa membaca skrip. Pada mulanya semuanya berjalan lancar,” kongsinya.
Suami Tiba-Tiba Jadi Kaku, Emcee Bijak Ambil Alih Situasi
Walau bagaimanapun jelas Haliza, suaminya itu tiba-tiba menjadi kaku sehingga tidak mampu meneruskan ucapan.
Namun, dia menzahirkan rasa syukur kerana Fedtri yang pada ketika itu merupakan emcee majlis bijak mengawal situasi menyelamatkan keadaan.
“Saya sangat bersyukur kerana emcee yang saya jemput ketika itu ialah Fedtri Yahaya.
“Dengan begitu profesional, beliau terus mengambil alih keadaan. Beliau tidak membiarkan suami saya terus berada dalam keadaan serba salah.
“Sebaliknya, beliau bijak menyelamatkan situasi dengan mengatakan bahawa Encik Rosli begitu nervous dan teruja kerana menerima kunjungan daripada pihak Swarovski.
“Beliau bukan sahaja menyelamatkan keadaan, malah mengangkat martabat suami saya sebagai tuan rumah.
“Tidak ada sindiran, tidak ada gelak yang memalukan. Semuanya dikendalikan dengan begitu cantik sehingga tetamu pun tidak terasa ada sesuatu yang tidak kena,” katanya.
View on Threads
Tak Pernah Lupa Jasa Fedtri, Pilih Fedtri Kendalikan Majlis Kahwin Anak Kerana Sikapnya
Kongsi Haliza lagi, dek kerana sikap dan pengalamannya bekerja bersama Fedtri menyebabkan dia tetap memilih penulis lirik lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar untuk mengendalikan kedua-dua majlis anaknya.
“Sampai hari ini, saya tak pernah lupa jasa dan kebijaksanaan Fedtri Yahya pada hari tersebut.
“Ketika itu anak-anak saya masih kecil. Tetapi dalam hati saya sudah berjanji, suatu hari nanti apabila anak-anak saya berkahwin, saya pasti akan menjemput Fedtri Yahya menjadi emcee.
“Alhamdulillah, janji itu saya tunaikan. Ketika majlis persandingan anak sulung saya yang bertemakan tradisional, Fedtri Yahya menjadi emcee.
“Dan baru-baru ini, ketika majlis akad nikah anak perempuan saya, sekali lagi saya menjemput beliau.
“Bukan kerana saya tak kenal emcee lain. Tetapi kerana saya pernah melihat sendiri bagaimana beliau menjaga maruah dan air muka tuan rumah ketika berdepan situasi yang tidak dijangka.
“Bagi saya, emcee yang hebat bukan sekadar pandai bercakap, menghiburkan tetamu atau mengikut skrip.
“Emcee yang benar-benar profesional ialah orang yang tahu menyelamatkan keadaan tanpa menjatuhkan maruah sesiapa,” jelasnya.
View on Threads
Ramai Puji Kemahiran Fedtri Bijak Kawal Majlis
Perkongsian yang telah mendapat lebih 60,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial termasuk Fedtri sendiri yang tersentuh dengan hantaran berkenaan.
Pada masa sama, warganet turut memuji kehebatan Fedtri dalam mengendalikan majlis khususnya apabila berlaku perkara yang tak dijangka.
Ini antara komen pengguna Threads:
“Allahu, Saya Pun Sebak Dengar Ucapan Suami Puan Waktu Itu, Allah Membalas Kepedihan Lalu Dengan Nikmat Tak Terduga”

“Saya Sentiasa Kagum Dengan Ayat Ikhlas Yang Keluar Dari Fedtri Yahya”

“Begitulah Sepatutnya Emcee Yang Hebat. Master Of Ceremony, Perlu Mengawal Majlis Dari Segi Flow, Jaga Perhatian Audience & Uruskan Apa-Apa Krisis”

Baca Artikel Berkaitan: Anak Terkesan Baca Komen, Haliza Maysuri Minta Henti Ejek Wajah Suami
Baca Artikel Berkaitan: Suami Hadiahkan Kereta Mewah RM1.6 Juta & Tasbih RM30,000 Sempena Ulang Tahun Kelahiran Pengasas Tudung Bawal [Video]
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.





