Now Reading
“Siang Pun Berani” – Tular Lelaki Bertopeng Disyaki Curi Kabel Di Bulatan Kampung Pandan, Polis Jalankan Siasatan [Video]

“Siang Pun Berani” – Tular Lelaki Bertopeng Disyaki Curi Kabel Di Bulatan Kampung Pandan, Polis Jalankan Siasatan [Video]

Difahamkan kejadian kes kecurian kabel ini berlaku di persimpangan lampu isyarat sekitar bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur petang semalam (29 Oktober).

Ringkasan
  • Seorang lelaki bertopeng disyaki mencuri kabel elektrik secara terang-terangan di Kampung Pandan pada waktu siang dalam masa lebih kurang 30 minit.
  • Polis Daerah Wangsa Maju membuat laporan dan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas video tular.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di media sosial apabila seorang pengguna Threads mendedahkan rakaman seorang lelaki bertopeng yang disyaki mencuri kabel elektrik di persimpangan lampu isyarat sekitar Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Lelaki Didakwa Selamba Curi Kabel Di Persimpangan Lampu Isyarat

Menerusi video dikongsi, kelihatan lelaki itu sedang fokus dan berusaha untuk memotong kabel yang terjuntai ke arah bawah dari struktur jejambat tren.

“Curi kabel di bulatan Kampung Pandan. Semakin berani geng-geng ni,” kata Hamzah di ruangan kapsyen.

Jelasnya, kejadian itu dirakam olehnya ketika berhenti di lampu isyarat semalam (29 Oktober) sekitar jam 4.52 petang. 

Lelaki Berani Buat ‘Kerja’ Waktu Siang

Namun apa yang mengundang kemarahan apabila lelaki itu berani melakukan perkara tersebut di kawasan orang ramai dan pada waktu siang.

Hal ini kerana, kebanyakan kes curi kabel yang dilaporkan sebelum ini berlaku pada waktu malam dan lokasi sunyi.

Jelas Hamzah, selepas hampir 30 minit, pelaku terbabit berjaya mencuri kabel berkenaan.

“Baru lalu semula 5.19 petang. Dah licin dah kabel bawah-bawah tu. 30 minit je buat kerja, tinggal kabel berjuntai. Sesiapa yang lalu nanti cubalah ambil gambar sikit,” katanya.   

View on Threads

Polis Jalankan Siasatan Selepas Tular Video Lelaki Bertopeng Disyaki Curi Kabel

Terbaharu, polis telah pun menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman, pihaknya membuat laporan tersebut selepas rakaman itu tular di laman Threads.

“Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju sudah membuat laporan polis berhubung perkongsian di Threads itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dipetik Berita Harian.

Seksyen tersebut memperuntukkan kesalahan membabitkan kemudahan rangkaian komunikasi atau mana-mana bahagiannya termasuklah:

  • Mengusik
  • Mengubah
  • Mengalihkan
  • Memusnahkan
  • Merosakkan

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda maksimum RM500,000 atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Jejaskan Operasi Tren, Kerajaan Cadang Kenakan Hukuman Lebih Berat Terhadap Pencuri Kabel

Sebelum ini, kes kecurian kabel telah membawa banyak mudarat kepada operasi dan keselamatan sistem rel negara. Malah disebabkan itu juga, sudah banyak kali tren LRT (Transit Aliran Ringan) atau MRT (Transit Aliran Deras) tergendala sekaligus menyebabkan penumpang lewat sampai ke destinasi.

Malah Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kerajaan sedang merangka pindaan undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap pencuri kabel.

Menurut Loke, cadangan itu kini pada peringkat perbincangan dasar, dengan kementeriannya bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk merangka pindaan terbabit.

“Tak Ada Seorang Pun Ambil Tindakan Padahal Ramai Dekat Situ” – Pengguna Threads

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi mengenai perkara tersebut.

Ramai dilihat mempersoalkan individu-individu yang berada di kawasan lampu isyarat tersebut kerana tidak menegur walhal sudah jelas lelaki itu sedang mencuri harta benda awam.

“Tak ada seorang pun ambil tindakan padahal ramai dekat situ. Jadi betullah, selagi bukan kita (yang terlibat), kita akan abaikan masalah tu, masyarakat yang menyedihkan,” kata seorang lelaki.

“Weh gila la terang-terangan eh sekarang ni buat jenayah,” tambah seorang individu.

“Orang Tu Mungkin Ada Senjata & Bertindak Di Luar Jangkaan” – Saksi

Bagaimanapun menurut pemilik video, pelaku berkemungkinan mempunyai senjata yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Orang macam tu mungkin ada senjata atau boleh berkelakuan luar jangkaan. Walaupun kejar, sampai mana (orang awam) boleh kejar? Tambahan ia akan membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Kalau nak laporkan pada polis, kena tunggu situ sebagai saksi dan tak boleh nak tunggu sebab dah lampu hijau (naik kereta). Bila dah pusing semula orang tu dah selesai buat kerja sebab nak pusing semula tempat tu makan masa sebab sesak. Jadi apa yang boleh buat lagi. Cuba bagi solusi lain,” katanya.  

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ditahan Polis Ketika Curi Kabel Menggunakan Pacuan Empat Roda [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Dakwaan MPV Escort Pencuri Kabel Adalah Tidak Benar – Polis

Baca Artikel Berkaitan: Polis Buru Geng Curi Kabel Guna 3 BMW Di TTDI [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Aksi Kejar-mengejar Di Jalanan, Polis Tahan 2 Lelaki & Rampas Peralatan Curi Kabel [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.