“Macam Mainkan Agama” – Video Wanita Bertudung Buat Sketsa POV Maid Di Malaysia Sambil Berpakaian Seksi Undang Kecaman
Menerusi video tular, kelihatan wanita itu memakai baju maid yang seksi sambil bertudung seolah-olah mahu menonjolkan imej seorang wanita beragama Islam.
Seorang wanita bertudung tular di Threads selepas memuat naik video roleplay memakai kostum maid seksi sambil berlakon sebagai pembantu rumah Malaysia.
Netizen marah kerana wanita itu memakai tudung seperti wanita Muslimah sambil berpakaian menjolok mata, dianggap menghina Islam.
Ramai netizen minta orang ramai buat laporan dan jangan tambah engagement konten wanita itu bagi mengelak lebih banyak penghinaan terhadap Islam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads menunjukkan seorang wanita sedang berlakon roleplay seolah-olah dia merupakan seorang ‘pembantu rumah’ dari Malaysia.
Menerusi video POV (point of view) itu, kelihatan wanita tersebut yang memakai kostum pembantu rumah (maid costume) berkelakuan biadab kepada seorang lelaki yang berada di dalam sebuah bilik.
Selepas wanita itu memasuki bilik, dia bertindak membebel kepada lelaki berkenaan kerana membuat sepah lalu mencampakkan stoking yang dipakainya ke arah lelaki terbabit.
‘Pembantu Rumah’ Pakai Baju Seksi Sambil Bertudung Seperti Wanita Muslimah
Namun apa yang mencetuskan kontroversi adalah pilihan pemakaiannya. Kelihatan wanita itu memakai baju kostum maid yang seksi sambil bertudung seolah-olah mahu menonjolkan imej seorang wanita beragama Islam.
“Mod Melayu diaktifkan,” katanya di ruangan kapsyen hantaran.
Difahamkan video itu telah dimuat naik di laman Instagram dan kemudian dimuat naik semula oleh netizen di Threads. Namun menerusi semakan kami, video tersebut tiada di dalam IG wanita tersebut sama ada telah dipadam atau diarkibkan (archive).
Pengguna Threads Dakwa Wanita Buat Konten Atas Permintaan
Konten tersebut kemudiannya mendapat kecaman ramai yang mana rata-rata mengkritik wanita yang bertindak memakai tudung sambil mengenakan baju menjolok mata.
“Macam mainkan agama je pakai tudung lepas tu pakai baju macam nak buat video lucah. Bila orang komen (wanita tu) cakap (buat konten) atas permintaan? Siapa yang minta?” dakwa pengguna Threads.
“Memang Nak Hina Islam & Malaysia, Jangan Dilayankan” – Netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai bengang dan mempersoalkan tindakan wanita itu memakai tudung sambil berpakaian seksi.
“Dia memang nak hina Islam dan Malaysia pun. Korang layan lagi korang sakit hati. Dia akan buat-buat tak faham (teguran) padahal dia faham semuanya,” dakwa seorang individu.
“Kalau nak buat apa pun, jangan sambil pakai tudunglah,” tegur seorang individu.
Segelintir mendakwa bahawa dia sudah pun berpindah ke luar negara dan tidak lagi menetap di Malaysia.
“Tak payah sebarkan lagi. Dia ni dah berhijrah luar negara. Cukup la doakan supaya tak terjadi dekat ahli keluarga kita. Jauh terpesong dah minah ni, minta dijauhkanlah. Takut tengok,” dakwa seorang individu.
Malah ramai juga mempersoalkan agama wanita itu kerana didakwa berani menghina agama Islam.
Ramai Minta Buat Laporan, Jangan Tambah Lagi Engagement Konten Wanita Tersebut
Sementara itu, ramai juga meminta untuk melaporkan perbuatannya supaya tindakan lanjut boleh diambil sekiranya benar-benar berniat untuk menghina agama.
“Laporan dan block sahaja. Dia buat konten dekat luar negara memang dia selamat. Kalau masuk Malaysia, memang dia kena tindakan,” kata seorang lelaki.
“Kadang-kadang orang macam ni jangan bagi perhatian. Buat aduan kepada majlis agama. Nanti kalau kasi engagement, lagi kerap dia menghina Islam. Allah SWT tahu semua ni,” tambah seorang individu.
A little bit of writing, a little bit of design, and lots of creative experiments. Turning everyday stories into content worth a second look. “Im just a girl~” 💻💗🎀