“Bahaya Untuk Pengguna Jalan Raya”- Lokasi Lintasan Zebra Selepas Selekoh Undang Kritikan Ramai [Video]
Menerusi video yang dikongsikan kelihatan kenderaan keluar daripada lorong sebelah kiri tidak memberhentikan kenderaan mereka apabila melihat lintasan zebra dan pejalan kaki yang mahu melintas.
Sebuah video dashcam dikongsi oleh Shahrim Tamrin menunjukkan pemandu tidak berhenti di lintasan zebra berhampiran selekoh di Kuala Lumpur.
Ramai netizen mengkritik rekaan lintasan zebra itu sebagai berbahaya kerana terletak selepas selekoh tanpa papan tanda atau garisan kuning amaran.
Cadangan awam termasuk meletakkan bongol sebelum lintasan zebra dan membina jejantas atau lintasan bawah tanah bagi keselamatan pejalan kaki.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pengguna jalan raya pasti mengetahui lintasan zebra yang berada di jalan raya atau berdekatan lampu isyarat adalah untuk kegunaan pejalan kaki melintas.
Oleh itu, kenderaan seperti kereta, motosikal mahupun lori perlu memperlahankan kenderaan mereka apabila melalui kawasan ini. Selain itu kebiasaannya papan tanda lintasan pejalan kaki juga akan disediakan untuk memberitahu pengguna jalan.
Individu tegur kenderaan tak berhenti di lintasan zebra untuk beri laluan kepada pejalan kaki
Baru-baru ini seorang lelaki di Threads telah menegur tindakan segelintir pemandu kenderaan yang tidak memperlahankan atau memberhentikan kenderaan apabila melalui kawasan yang terdapat lintasan zebra di sekitar Kuala Lumpur.
Menerusi video dashcam yang dikongsikan oleh Shahrim Tamrin kelihatan lintasan zebra itu berada berdekatan dengan selekoh dan pembahagi antara dua lorong.
Pemilik dashcam yang menyedari terdapat beberapa individu berada di mahu jalan sebelah kiri kemudiannya berhenti agar mereka dapat melintas.
Kereta dari sebelah kiri tak berhenti dan terus jalan, pejalan kaki terpaksa tunggu keadaan selamat baru melintas
Namun beberapa kenderaan yang berada di lalauan kiri bagaimanapun tidak berhenti sehingga mnyebabkan pejalan kaki perlu menunggu beberapa ketika.
“Bila agaknya rakyat Malaysia mahu berubah? Bila agaknya pemandu di #Negaraku mahu berhenti di lintasan pejalan kaki? Bila agaknya orang #Malaysia mahu hormati hak pejalan kaki?” soalnya lagi.
Ada yang mengatakan lintasan zebra adalah bahaya kerana kenderaan baru keluar dari selekoh
Namun di ruangan komen, ramai yang berpendapat rekaan trafik atau jalan dan lintasan zebra tersebut agak berbahaya.
Ini kerana lintasan zebra itu berada selepas selekoh selain dipercayai tiada papan tanda amaran terdapatnya lintasan zebra di hadapan sebagai amaran kepada pemandu.
Ada juga berpendapat ia tidak bersesuaian kerana membahayakan pemandu kenderaan dan juga pejalan kaki kerana sekiranya kenderaan berhenti sekali gus boleh menyebabkan kemalangan.
Tidak kurang ada yang berpendapat beberapa bongol perlu diletakkan agar pemandu akan memperlahankan kenderaan mereka sebelum menghampiri lintasan zebra.
Walau bagaimanapun ada yang menjelaskan mengenai peraturan lintasan berwarna putih di mana pemandu atau penunggang wajib memberhentikan kenderaan dan memberi laluan kepada pejalan kaki yang berada di kawasan bereknaan.
Ada yang setuju ramai pemandu tak berhenti bila nampak lintasan zebra walaupun di lampu isyarat
Ada juga yang bersetuju dengan Shahrim kerana situasi seperti itu turut berlaku lintasan yang mempunyai lampu isyarat.
Walau bagaimanapun, menerusi dashcam yang dikongsikan dipercayai ia merupakan video lama bertarikh 9 Jun 2024 yang dikongsikan semula di sosial media.
Menerusi semakan kami di Google Maps, sebenarnya terdapat lampu amaran pada lorong sebelah kiri sebelum menghampiri selekoh.
“Trafik layout pun ke laut, selekoh terus ada lintasan zebra, tiada papan tanda lintasan pejalan kaki, lintasan tidak dinaikkan, tiada garisan kuning untuk beri amaran kepada pemandu.”
“Patut letak 3 bongol sebelum lintasan zebra”
“Bahaya tu letak lintasan pejalan kaki. Dah lah selekoh. Adoii”
“Semua nombor plat kereta boleh dihantar ke pihak berkuasa untuk tindakan lanjut”
“Bahaya juga selekoh ada lintasan zebra. Kena buat jejantas atau pun lintasan bawah tanah”
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.