
Tular Buku Teks Tahun 4 Didakwa Ada Komik Papar Aksi Tidak Senonoh, Ini Respon Fadhlina Sidek
Jelas Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek, cetakan semula buku teks berkenaan telah dibuat pada 2024.
- Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek menjelaskan buku teks Pendidikan Kesenian Tahun 4 cetakan 2019 sudah dibetulkan pada 2024.
- Komik dalam buku teks didakwa memaparkan aksi tidak senonoh di muka surat 57, namun versi terbaru 2026 sudah tiada gambar tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui buku teks yang diberikan di sekolah merupakan salah satu bahan asas pembelajaran mengikut tahap atau tahun masing-masing.
Isi kandungan atau topik di dalam buku teks ini merangkumi pelbagai perkara selain ia turut diisi dengan bermacam-macam contoh untuk menjadi rujukan pelajar.
Buku teks tahun 4 didakwa ada papar aksi tak senonoh
Namun baru-baru ini tular satu hantaran di Threads oleh seorang pengguna yang mempersoal mengapa terdapat komik papar aksi tidak senonoh dalam buku teks sekolah rendah bagi pelajar tahun 4.
Dalam hantaran tersebut, pengguna berkenaan turut berkongsi foto menunjukkan terdapat dua individu lelaki dan perempuan dalam komik tersebut dilihat seperti bercumbu dan lelaki sedang mendukung wanita.
Fadhlina tampil jelaskan buku teks tersebut sudah dibetulkan
Susulan daripada penularan hantaran itu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek kemudiannya tampil menjelaskan buku teks tersebut merupakan edisi cetakan tahun 2019.
Namun ia sudah melalui proses pembetulan pada tahun 2024.
“Cetakan semula buku teks telah dibuat dan versi digital juga telah dimuat naik ke platform DELIMa,” ujarnya.
Dalam hantaran sama, Fadhlina turut berkongsi bahagian muka surat 57 yang sudah dibetulkan di mana tiada lagi aksi tidak senonoh dipaparkan pada bahagian komik terbabit.

View on Threads
Hantaran mengenai ada aksi tak senonoh dalam buku teks undang perhatian
Perkara itu sebelum ini telah mengundang perhatian orang ramai yang memaklumkan paparan tersebut ada pada buku teks Pendidikan Kesenian di muka surat 57.
Malah ada yang mengatakan sebelum ini perkara itu turut ada disuarakan oleh ibu bapa.
Menerusi hantaran dikongsikan oleh netizen, kelihatan topik pada buku teks tersebut adalah mesej melalui gambar menggunakan dua teknik iaitu:
Media Teknik Montaj
- Majalah
- Komik
- Gambar foto
- Surat Khabar
- Sumber Internet
Media Tenik Lukisan
- Pensel warna
- Pen penanda
- Oil pastel
- Arang
Ada yang maklum gambar tersebut tidak ada dalam buku yang baharu di beli
Tidak kurang juga ada yang memaklumkan gambar tidak ada pada buku teks yang baru dibeli pada tahun 2026.
Bukan hanya itu ada juga yang meminta pengguna berkenaan untuk memadam hantaran tersebut kerana ia hanya akan menimbulkan salah sangka memandangkan Menteri Pendidikan telah menjawab berhubung isu berkenaan.
Ada yang persoal kenapa buku lama masih diedarkan kepada murid
Akan tetapi ada juga yang bertanya sekiranya buku teks tersebut sudah dibetulkan namun mengapa buku teks yang lama masih diedarkan kepada murid.
“Yang ni saya beli baru yang 2026 punya, tak ada dah gambar tu. Dia orang dah betulkan lah ni”

“Pendidikan Keseniah Tahun 4, muka surat 57. Ramai dah mak ayah yang suarakan pasal ni sebelum-sebelum ni”

“Punyalah banyak komik-komik tempatan yang bagus di pasaran nak juga ambil komik Barat jadi contoh”

“Padam cepat ya kak. Dah ada yang tunjuk keluaran teerkini 2026 punya, dah dibetulkan”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.





