Now Reading
Penyewa Kongsi Dapat Tuan Rumah Baik, Tanggung Segala Kos Baiki Rumah Sewa

Penyewa Kongsi Dapat Tuan Rumah Baik, Tanggung Segala Kos Baiki Rumah Sewa

Menerusi perkongsian penyewa tersebut di Threads, tuan rumahnya sangat mudah bekerjasama dan membayar segala kos pembaikian rumah selain memudahkan urusan.

Ringkasan
  • Ruzainiszli berkongsi pengalaman positif mendapat tuan rumah baik yang menanggung kos baiki rumah bernilai RM453.68 dengan menolaknya daripada sewa bulanan.
  • Tuan rumah juga membenarkan pemasangan penghawa dingin dan berkongsi kos wiring bernilai RM400 secara sama rata.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sudah menjadi satu perkara yang normal buat setiap pasangan yang sudah berkahwin untuk menetap sendiri sama ada kediaman yang dibeli sendiri atau disewa.

Namun apabila menyewa tidak semua mendapat tuan rumah atau penyewa yang baik serta bertanggungjawab. Adakalanya hanya mengambil sikap lepas tangan serta tidak membantu memudahkan urusan sewaan.

Lelaki kongsi dapat tuan rumah baik hati, tanggung kos baiki rumah

Baru-baru ini seorang lelaki yang juga penyewa rumah telah berkongsi mendapat tuan rumah yang begitu baik apabila menangung segala kos pembaikian rumah yang disewanya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Ruzainiszli di Threads, awalnya dia mengatakan ini adalah pengalaman pertama dia menyewa rumah demi keselesaan isteri dan juga anak.

Malah turut berdoa agar tuan rumah sentiasa bertolak ansur dan lembut hati dalam memberi mereka peluang untuk menyewa kediaman itu.

Dalam hantaran sama Ruzainiszli turut berkongsi beberapa tangkap layar perbualannya bersama tuan rumah yang juga seorang wanita.

Tuan rumah hanya minta kos baiki ruumah ditolak dengan sewa bulan seterusnya

Menerusi tangkap layar itu kelihatan pada 13 Julai lalu, Ruzainiszli memaklumkan kepada tuan rumah senarai serta kos pembaikan rumah yang berharga RM453.68.

Tuan rumah itu kemudiannya memaklumkan memotong bayaran sewa pada bulan seterusnya untuk membuat pembayaran kos pembaikan terbabit.

Siap benarkan buat wiring untuk tambah penghawa dingin dan kongsi bayar

Sewa bulanan untuk rumah tersebut dipercayai berjumlah RM700. Manakala dalam satu lagi tangkap layar, Ruzainiszli turut memaklumkan kepada tuan rumah dia ingin memasang penyaman udara di bilik tidur disebabkan keadaan jerebu dan panas.

Selain turut meminta izin mahu membuat penambahan wiring yang kekal untuk pendingin hawa yang akan dipasang. Katanya untuk wiring tersebut harganya sekitar RM400 dan dia bercadang untuk berkongsi secara sama rata untuk kos tersebut.

Tidak menyoal banyak, tuan rumah itu terus bersetuju serta meminta untuk menolak daripada bayaran sewa yang seterusnya.

Ramai suka dan ada kongsi dapat tuan rumah baik

Hantaran Ruzainiszli kemudiannya menjadi perhatian ramai yang suka dan menyifatkan ia adalah satu perkara menyeronokkan apabila mendapat tuan rumah yang baik serta memudahkan urusan.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka turut mendapat tuan rumah yang baik hati.

Dalam satu lagi hantaran, Ruzainiszli juga memaklumkan dia tidak membuat sebarang tuntutan secara semborono. Sebaliknya mereka sudah membuat persetujuan dalam perjanjian rumah sewa agar ia jelas dan adil.

View on Threads

“Tuan rumah kiriman syurga ni”

“Tengok? Tak susah pun nak jadi pemilik rumah yang baik”

“Bagusnya tuan rumah, tak macam tuan rumah saya. Paip pecah dari tanah, tiga tahun tunggu tak datang betulkan”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.