Peniaga kedai makan di Setapak, Kuala Lumpur menggunakan petak parkir berbayar untuk meletakkan kerusi dan meja pelanggan tanpa kebenaran.
Satu kedai makan didakwa mengambil sekitar lima hingga enam kotak parkir, merampas hak pelanggan yang ingin meletak kenderaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tempat letak kenderaan atau petak parkir di tempat awam adalah untuk kegunaan pengguna jalan raya meletakkan kenderaan mereka.
Namun terdapat segelintir peniaga kedai makan yang menggunakan ruang parkir untuk meletak meja dan kerusi untuk dijadikan tempat makan pelanggan.
Individu persoal peniaga kedai makan letak meja dan kerusi di tapak parkir kenderaan
Perkara sama turut berlaku di sebuah bangunan premis di Setapak, Kuala Lumpur apabila ramai peniaga kedai makan meletakkan meja serta kerusi di kawasan tak sepatutnya.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh @ps.kellysha di Threads, dia bertanya adakah kedai makan di kawasan terbabit menyewa kedai dan juga parkir kenderaan.
Satu kedai ambil 5-6 kotak parkir
Dakwanya satu restoran mengambil sekitar lima hingga enam kotak parkir untuk dijadikan port makan.
“Selalu kalau parkir yang kedai punya ada garisan merah. Minta pencerahan. Bukan nak cari salah cuma pelik sebab majoriti ada kerusi dan meja dekat parkir. Nak penjelasan je, jangan marah ya,” ujarnya.
Dalam hantaran itu kelihat beberapa kedai makan yang bertindak meletakkan kerusi serta meja untuk pelanggan yang berkunjung duduk dan menikmati makanan mereka.
Ada yang dakwa parkir tersebut bukan di bawah DBKL
Melihat di ruangan komen, ramai pengguna Threads turut memberi respon berhubung perkara itu.
Ada yang mengatakan perkara itu perlu ditanya kepada pihak pentabdiran bangunan terbabit kerana kawasan itu bukan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Namun ada juga yang menyoal perkara sama dan tidak sangka akhirnya ada individu yang akhirnya menyuarakan perkara itu.
Ada juga yang menasihatkan orang awam yang hadir ke kawasan itu untuk parkir kenderaan mereka di bahagian bawah tanah kerana lebih banyak parkir yang kosong.
Individu yang memuat naik hantaran itu kemudian memaklumkan dia jarang ke kawasan tersebut dan mengetahui mengenai parkir yang disediakan di bahagian bawah namun tujuannya bertanya hanyalah untuk kepastian.
Malah dia merasakan perkara itu adalah tidak adil kerana parkir tersebut berbayar maka ia menjadi hak pelanggan untuk parkir di kawasan tersebut dan bukan untuk tempat meletakkan kerusi atau meja makan.
Dalam masa sama ada juga pengguna menyifatkan parkir di bahagian bawah agak menakutkan serta gelap.
“Jangan kan parkir, rumah ayam 4 penjuru atas tu pun tiada tindakan”
“Masalahnya dia orang ni dekat dalam kedai kosong. Tak ada orang makan pun tapi gigihlah buka meja banyak dekat luar”
“Dah lah parkir bawah tanah macam cerita zombi atau seram. Menakutkan gila dengan gelap”
“Semua kedai dekat situ memang macam tu lagi-lagi kedai mek masa kerja situ dulu siap ada tanda lagi tak bagi parkir”
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.