Now Reading
Deko Deepavali Di The Exchange TRX Buat Ramai Terpukau! Netizen Turut Teruja Kongsi Vibe Di Mall Lain [Video]

Deko Deepavali Di The Exchange TRX Buat Ramai Terpukau! Netizen Turut Teruja Kongsi Vibe Di Mall Lain [Video]

Seorang pengguna Threads berpendapat dekorasi bersempena Deepavali di pusat membeli-belah The Exchange TRX merupakan yang tercantik di Kuala Lumpur setakat ini.

#DeepavaliKita26

Ringkasan
  • The Exchange TRX di Kuala Lumpur tampilkan dekorasi Deepavali yang memukau, termasuk replika burung merak berkilauan penuh glitter.
  • Kempen Divinity of Deepavali oleh The Exchange TRX berlangsung sehingga 9 November 2026 dan mendapat pujian ramai netizen.
  • Netizen turut berkongsi dekorasi Deepavali meriah di mall lain seperti NU Sentral, IOI City Mall, Queensbay Mall dan Gurney Plaza.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kurang dari sebulan, masyarakat beragama Hindu sekali lagi akan menyambut perayaan penuh warna-warni Deepavali! Dalam kesibukan menyediakan persiapan di rumah, sudah tentu ramai yang menanti-nantikan dekorasi istimewa Deepavali di pusat membeli-belah seluruh negara.

Macam biasa juga, mesti pengunjung dan netizen akan mula membandingkan, deko mana paling win dan meriah. 😆

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Henry Lee berkongsi pemandangan mengagumkan di aras G pusat membeli-belah The Exchange TRX, Kuala Lumpur.

Divinity of Deepavali Oleh The Exchange TRX Tampilkan Dekorasi Penuh Warna-warni Sehingga 9 Nov Ini

Bukan setakat kolam hiasan biasa, malah pusat beli-belah itu turut diserikan dengan replika burung merak yang besar dengan sayap yang cantik, bergilapan dan penuh glitter! Memang terasa vibe Deepavali.

Untuk info, kempen Divinity of Deepavali oleh The Exchange TRX ini akan berlangsung sehingga 9 November 2026.

View on Threads

Berikut antara foto dekorasi lain di The Exchange TRX:

‘Antara Deko Paling Cantik Di KL Setakat Ni, TRX Memang All Out Tahun Ni!’ – Netizen

Perkongsian Henry telah mendapat perhatian ramai netizen yang mana rata-ratanya memuji inisiatif The Exchange TRX dalam menampilkan dekorasi Deepavali 2026 yang begitu meriah bersempena pesta cahaya.

“Cantiknya! Ni antara deko Deepavali di Kuala Lumpur paling cantik setakat ni? Burung merak punya bulu tu sangat cantik. Sangat berwarna-warni. Syabas! TRX memang all out tahun ni. Meriah sungguh,” kata seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga menghargai usaha pusat membeli-belah yang memfokuskan tentang perayaan Deepavali dan bukannya Halloween.

“Wow. Kita perlukan lebih banyak macam ni berbanding dekorasi Halloween. Bukan budaya kita (Malaysia) pun,” kata seorang individu.

“Inilah yang saya nak tengok. Bukannya labu atau kelawar,” tambah seorang lagi netizen.

Sumber: Threads

Dalam masa sama, sesetengah netizen juga ada berkongsi foto dan video dekorasi Deepavali di pusat membeli-belah dan lokasi lain yang layak mendapat perhatian ramai. Antaranya:

  • NU Sentral
View on Threads
  • IOI City Mall, Putrajaya
View on Threads
  • Queensbay Mall, George Town
View on Threads
  • One World Hotel, Petaling Jaya
View on Threads
  • Gurney Plaza, George Town
View on Threads
  • MYDIN Seremban 2
View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Kolam Berputar Pertama Di Malaysia Serikan MYDIN S2 Sempena Kempen “A Brighter Deepavali”, Bombay Bazaar Pun Ada

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Perkara Yang Wajib Dilakukan Penganut Hindu Semasa Sambut Perayaan Deepavali

Baca Artikel Berkaitan: Ini Asal Usul & Kisah Sebalik Perayaan Hari Deepavali

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.