Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pernah tak anda terbayangkan akaun bank yang hanya ada jumlah tak seberapa tiba-tiba ada RM1 bilion, ye RM1 bilion?
Pasti anda terkejut malah tidak menyangka jumlah sebanyak itu boleh ada dalam akaun anda.
Lelaki Terkejut Akaun Bank Kurang RM1,000 Tiba-Tiba Ada RM1 Bilion, Siap Tanya ChatGPT Untuk Tahu Nilai
Samalah seperti seorang lelaki ini yang tidak menyangka akaun banknya yang hanya berada di bawah RM1,000 tiba-tiba ada RM 1 bilion.
Perkara itu dikongsikan oleh lelaki berkenaan dalam satu hantaran di Threads @wmfwza.
Menerusi hantaran tersebut, lelaki terbabit turut berkongsi tangkap layar baki akaun bank miliknya yang melebihi RM1 bilion.
Berdasarkan pada imej yang dikongsikan, transaksi itu dipercayai adalah ganjaran bagi promosi atau kempen sempena Hari Kemerdekaan atau Hari Malaysia bagi tahun 2026.
“Aeon Bank duit apa ini? Bergegar nyawa duit dalam akaun banyak gila,” tulisnya di ruang kapsyen.
Kongsi lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Wan Muhammad Fairus, pengalaman itu dianggapnya unik yang mungkin sukar diulangi apabila melihat jumlah RM1 bilion pada baki akaun perbankan dalam talian miliknya itu.
Jelasnya yang merupakan pengurus klinik, kisahnya itu mulai tular selepas dia berkongsi tangkap layar memaparkan angka 10 digit pada aplikasi perbankan dalam talian di akaun media sosial miliknya.
”Waktu itu saya dalam bilik tidur dan mahu membuat transaksi, tidak silap duit dalam akaun cuma ada bawah RM1,000 sahaja.
“Bila buka dan tekan ikon sembunyikan baki, saya terkejut tengok ada jumlah yang terlalu banyak macam itu.
”Saya memang terkejut! Tangan saya pun menggeletar pegang telefon. Saya cuba log keluar dan masuk balik, duit itu masih ada.
“Bila tengok penyata bank dan tanya ChatGPT berapa jumlah angka itu, baru tahu nilainya mencecah RM1 bilion,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.
Lelaki Percaya Berlaku Ada Kesilapan Teknikal, Terus Hubungi Pihak Bank
Jelas bapa kepada empat orang anak yang berusia 33 tahun itu, dia menyedari wang tersebut bukan miliknya malah percaya telah berlaku kesilapan teknikal.
Oleh kerana itu, dia segera menghubungi pihak bank untuk mendapatkan penjelasan,
Kongsi Wan Muhammad Fairus lagi, dia tidak terfikir untuk menggunakan wang tersebut malah sedar bahawa wang berkenaan bukanlah miliknya serta turut berasa bimbang kerana bakal berdepan dengan implikasi undang-undang.
“Selepas hubungi pihak bank, mereka maklumkan berlaku masalah teknikal dan menyekat sementara akaun saya hingga 4 petang semalam (14 Oktober).
“Semuanya selesai apabila pihak bank membuat pembatalan semula transaksi dan wang asal saya di dalam akaun tidak terjejas.
“Pihak bank ada memaklumkan mahu beri ganjaran tetapi saya belum terima dan tidak tahu ganjaran apa.
“Mungkin kena tunggu makluman melalui e-mel atau pengumuman daripada mereka nanti,” kongsinya.
Menerusi akaun Threadsnya, Wan Muhammad Fairus turut berkongsi perkembangan terbaharu isu berkenaan.
Jelasnya, isu terbabit telah selesai malah pihak bank juga telah mengemas kini akaunya kepada baki yang sebenar.
“Updated: Alhamdulillah dah settle. Bank pun dah clearkan amount ya. Memang silap dari bank.
“Sebagai tanda terima kasih sebab contact awal sidak bank. Daknya akan beri reward. Just tuggu email dari sidak (mereka) apa reward kamek (saya) siktauk (tak tahu). Harap ada manis manis dari mereka, AEON bank,” kongsinya.
Baca Artikel Berkaitan: Kejujuran Lelaki Pulangkan RM15,000 Duit Selepas Terima Duit Gaji Berlebihan ‘Selamatkan’ Pekerja Bank
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Dakwa Wang Lesap Selepas Buat Whatsapp Call, Nafi Ada Tekan Apa-apa Link Atau Muat Turun Sebarang File
Nur Fatin
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.