Jangan Kecam Pemandu BYD Tular Berlebihan, Takut Esok Lusa Anak Kita Pula Kena – Azhar Sulaiman
Jelas pelakon itu, perkara sama mungkin berlaku kepada anak sendiri lebih-lebih lagi buat mereka yang kerap membawa kenderaan dengan laju.
- Azhar Sulaiman mengingatkan orang ramai agar tidak mengecam pemandu BYD Seal secara berlebihan, kerana kejadian serupa mungkin menimpa anak kita.
- Azhar turut risau kejadian sama boleh menimpa anaknya sendiri, Andika Rees Pahamin, yang sebaya dengan pemandu berusia 24 tahun itu.
- Pemandu BYD Seal, Raeven Goh Wey Haur, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan termasuk memandu berbahaya sehingga menyebabkan kematian Asiah Ahmad Syahir.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, pelakon veteran, Azhar Sulaiman menegur orang ramai agar tidak mengecam secara berlebihan pemandu kereta BYD Seal hitam yang terlibat dalam kemalangan yang akhirnya meragut nyawa kanak-kanak perempuan lima tahun, Asiah Ahmad Syahir.
Jelasnya menerusi hantaran di laman Facebook, perkara sama mungkin berlaku kepada anak sendiri terutamanya bagi mereka yang kerap membawa kenderaan dengan laju.
“Hari Ni Pemuda Ni, Risau Esok Lusa Kena Dekat Anak Kita” – Azhar Sulaiman
Peringatan itu turut ditujukan kepada diri sendiri yang juga mempunyai anak lelaki, Andika Rees Pahamin.
“Peringatan untuk semua dan diri sendiri. Anak lelaki saya, Rees sama umur dengan pemandu BYD ni, 24 tahun.
“Tolong jangan kecam pemandu BYD berlebihan kalau kita ada anak yang kita pun syak suka bawa kereta dengan laju.
“Hari ni, pemuda ni, takut esok lusa kena kepada anak kita pula,” katanya.
Tambah Azhar yang lebih mesra dikenali sebagai Behar, dia juga berasa hiba dengan nahas kemalangan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu (10 Oktober).
Azhar Risau Insiden Sama Jadi Pada Diri Sendiri
Azhar menerusi ruangan komen turut berkata, “Kemalangan ni buat saya risau dan takut juga. Macam mana kalau kena ke kita? Macam mana nak hadapinya?”

‘Selalu Pesan Anak-anak Jangan Bawa Kereta Laju’ – Netizen
Pandangan Azhar telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang bersetuju dengan kenyataan dikeluarkan pelakon senior itu.
“Hidup hampir 50 tahun. Bergaul dengan segenap lapisan masyarakat. Begitulah kehidupan. Jangan pernah mengata, mengutuk, terajuk, mengumpat. Sebab kita juga ada keluarga. Apa yang saya perhatikan, benda (kata-kata) ni akan berbalik kepada yang mengata tu,” kata seorang lelaki.
Namun ada juga yang kurang bersetuju selain berkata ibu bapa perlu memainkan peranan untuk sentiasa memberi peringatan kepada anak-anak agar sentiasa membawa kenderaan secara berhemah.
“Saya juga ada anak-anak lebih kurang umur itu. Selalu pesan bawak kereta jangan laju sangat. Kalau jadi apa-apa jangan susahkan keluarga orang. Walaupun sebagai orang Islam kita percaya Qada dan Qadar Allah, tetapi perit juga kalau seorang (mangsa atau pelaku) adalah keluarga kita,” tambah seorang wanita.
Namun ada juga netizen yang mengkritik kenyataan Azhar
“Langgar orang (tetapi) bertanggungjawab orang boleh faham. (Tapi) ramai yang lari lepas langgar orang (sehingga) mati,”
Sementara itu, ramai juga mendoakan agar adik Asiah, mendapatkan keadilan.






Pada Sabtu lalu, Asiah telah menaiki kereta Perodua Bezza bersama bapanya sebelum dirempuh dari arah belakang oleh kereta BYD Seal yang dipercayai dipandu melulu.
Asiah yang berada di tempat duduk penumpang belakang disahkan maut ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kecederaan parah pada kepala.
Baca Artikel Berkaitan: Pemandu BYD Terlibat Kemalangan Ragut Nyawa Kanak-Kanak 5 Tahun Dikesan Di Hospital Swasta [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Lihat Seorang Ayah Sedang Memeluk Erat Anaknya Sambil Menangis” – Saksi Kemalangan Maut Babit BYD
Baca Artikel Berkaitan: Kemalangan Maut Babit BYD: Bapa Mahu Tindakan Lebih Tegas Untuk Keadilan Arwah Adik Asiah
Pemandu BYD Mengaku Tak Bersalah Atas 3 Pertuduhan
Hari ini, pemandu BYD terbabit telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan termasuklah memandu secara berbahaya.
Pemandu, Raeven Goh Wey Haur bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aliaa Anwar.
Tiga pertuduhan adalah:
- Didakwa emandu kereta elektrik jenis BYD Seal secara berbahaya kepada orang awam sehingga mengakibatkan kematian seorang kanak-kanak [Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987]
- Didakwa memandu secara berbahaya di lokasi serta pada waktu yang sama [Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987]
- Didakwa gagal berhenti sebaik terlibat dalam insiden di jalan raya di lokasi serta waktu sama [Seksyen 52(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987]
Baca Artikel Berkaitan: Pemandu BYD Seal Mengaku Tak Bersalah Memandu Secara Berbahaya Hingga Sebabkan Kematian Asiah
A little bit of writing, a little bit of design, and lots of creative experiments. Turning everyday stories into content worth a second look. “Im just a girl~” 💻💗🎀





