
Apa Hukum Sendawa Ketika Sedang Solat? Ini Penjelasan UAI [Video]
Kata Ustaz Azhar Idrus, perbuatan manusia terbahagi kepada dua iaitu ikhtiarik dan iktirari.
- Sendawa semasa solat adalah perbuatan iktirari yang tidak dapat dikawal, dan ia tidak membatalkan solat seseorang.
- Jika sendawa berlaku di tengah ayat al-Fatihah, ayat tersebut wajib diulang semula atau solat tidak sah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui dalam mendirikan solat terdapat beberapa perkara yang dilarang dilakukan kerana ia boleh membatalkan ibadah itu. Sebagai contoh terkentut atau bergerak terlalu banyak dan sebagainya.
Namun sebagai manusia terdapat perkara yang berlaku secara semula jadi serta tidak boleh dikawal oleh diri sebagai contoh batuk, terbersin dan sebagainya.
Ustaz Azhar jelaskan hukum sendawa ketika sedang solat
Persoalannya apakah hukum sekiranya seseorang itu sendawa sewaktu sedang menunaikan solat? Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus ada menjelaskan mengenai perkara ini.
Menerusi satu hantaran di TikTok yang memuat naik video penjelasan daripada Ustaz Azhar mengenai perkara itu mengatakan perbuatan manusia terbahagi kepada dua.
Apa itu ikhtiarik dan iktirari?
Ujarnya yang pertama ia dipanggil ‘ikhtiarik’ iaitu satu perbuatan yang boleh dipilih oleh manusia untuk melakukannya contohnya berdehem itu bermaksud kita ikhtiar.
Manakala satu lagi perbuatan dipanggil ‘iktirari’ dimana ia perbuatan yang tak boleh dipilih seperti:
- Batuk
- Muntah
- Bersin
- Sendawa
Kata beliau iktirari adalah perkara yang terpaksa (tak boleh dikawal) di mana apabila sampai masanya seseorang itu akan sendawa tanpa dirancang.
Jika sendawa atau bersin di tengah ayat ketika sedang baca al-Fatihah kena ulang semula baris ayat tersebut
“Siapa yang sendawa di dalam (sedang) membaca al-Fatihah, jika di tengah ayat kena ulang (baris) ayat.
“Ada pun bukan dalam (sedang membaca) al-Fatihah, tidak ada masalah,” ujarnya.
Solat tak sah jika tak diulang semula, jika sendawa atau bersin di hujung ayat tidak perlu ulang
Jelas Ustaz Azhar lagi sekiranya ayat al-Fatihah tersebut tidak diulang maka solat didirikan tidak sah.
Namun jika seseorang itu sendawa di hujung ayat maka ia tidak wajib untuk diulang semula ayat berkenaan kerana ia tidak memotong ayat yang sedang dibacakan.
Solat sah jika sendawa atau bersin
Beliau turut menjelaskan sendawa mahupun bersin ketika sedang sembahyang tidak membatalkan solat yang didirikan.
Tonton video di sini.
@musafir_samudera Hukum sendawa ketika solat❓ #hukumislam #rukunsolat #carasolat #ustazazharidrus #uai ♬ bunyi asal – Musafir Samudera
Pejabat Mufti WPKL jelaskan mengenai hukum sendawa ketika solat
Laman Sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut ada menjelaskan mengenai hukum sendawa ketika sedang mendirikan solat.
Menurutnya isu sendawa mempunyai perbahasan yang tersendiri di sisi para fuqaha dari sudut adakah sendawa itu menyebabkan terbatalnya solat seseorang atau tidak.
Sendawa tak batalkan solat
Ujarnya secara asas, sendawa tidaklah termasuk dalam perkara yang membatalkan solat seperti yang dijelaskan dalam beberapa riwayat yang sahih.
“Ini bermakna, tidak terdapat petunjuk syarak yang menyatakan bahawa sendawa itu menyebabkan solat pelakunya terbatal.
“Namun, ada sebahagian fuqha melakukan qiyas dengan mengatakan bahawa sekiranya di luar solat pun Rasulullah SAW menegah perbuatan sendawa maka apatah lagi di dalam solat,” jelasnya.
Namun ia perbuatan kurang adab dalam solat
Oleh itu kesimpulannya, perbuatan sendawa itu tidak membatalkan solat. Akan tetapi ia merupakan satu perbuatan yang kurang adab di dalam solat.
Malah ia boleh membawa kepada hukum makruh jika menghasilkan bau-bauan yang boleh mengganggu para jemaah.
“Manakala persoalan adakah sendawa sama kesannya seperti kentut di dalam solat, maka jawapannya adalah tidak sama. Ini kerana, kentut itu merujuk kepada sesuatu yang keluar dari dubur seseorang dan ini tidak sama keadaannya dengan sendawa.”
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.





