Tular Rider Grab Raih 10A SPM Tangguh Masuk Uni Sebab Masalah Kewangan, Asyraf Wajdi Mahu Salur Bantuan [Video]
Menurut rider penghantar makanan itu, dia terpaksa menolak tawaran sambung belajar ke UiTM sebelum ini kerana keluarga yang berdepan masalah kewangan.
- Seorang rider Grab berusia 19 tahun terpaksa menangguhkan pengajian ke UiTM walaupun berjaya meraih 10A SPM kerana masalah kewangan keluarga.
- Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA, tampil memohon maklumat rider berkenaan dan berhasrat menghulurkan bantuan segera kepadanya.
- Netizen dan orang ramai memuji usaha Dr Asyraf serta menyokong agar pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan tidak dibiarkan membuang peluang pendidikan mereka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Instagram apabila seorang content creator dikenali sebagai Taylor sedang menemu bual seorang rider penghantar makanan Grab ketika dia sedang bertugas.
Taylor pada awalnya bertanya berapa banyak subjek lelaki berusia 19 tahun itu gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum ini.
Rider Grab Raih 10 SPM, Tak Sambung Belajar Kerana Kekangan Kewangan
Namun menurut lelaki berkenaan, tidak ada satu subjek pun yang gagal bahkan lebih membanggakan, rider itu berjaya meraih 10A dalam SPM.
Apabila ditanya kenapa tidak menyambung pelajaran memandangkan berjaya mendapat keputusan cemerlang, lelaki itu berkata dia sedang berdepan dengan masalah kewangan.
“Sebab terdesak nak pakai duit. Ekonomi keluarga teruk,” kongsinya.
Rider Grab Teringin Nak Masuk UiTM
Jelasya, walaupun berpeluang memohon biasiswa, namun terdapat beberapa hal berkaitan pengajian yang masih perlu ditanggung sendiri.
Tambah rider itu, dia memasang impian untuk menyambung pelajaran Universiti Teknologi MARA (UiTM). Lebih memilukan apabila lelaki itu berkata dia telah pun menerima tawaran dari UiTM sebelum ini, namun terpaksa menolaknya kerana tidak mampu.
Dr Asyraf Wajdi Sedang Jejak Rider Grab, Mahu Bantu Agar Boleh Lanjutkan Pengajian
Kisah mengenai anak muda yang terpaksa menangguhkan pelajaran kerana tidak mampu membiayai pengajian tinggi telah mendapat perhatian orang ramai termasuklah Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Menerusi hantaran di Facebook semalam (12 Oktober), Dr Asyraf memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anak muda tersebut supaya maklumkan kepadanya dengan kadar segera.
Jelas beliau, kisah rider yang tidak menyambung pelajaran disebabkan masalah kewangan adalah sama seperti seorang pelajar cemerlang di Kampung Pahat Gerik, Perak yang menangguhkan pengajian ke Universiti Utara Malaysia (UUM) kerana perlu mencari duit untuk menyara keluarga.
“Ramai yang sebut (tag) saya perihal pelajar berusia 19 tahun yang cemerlang 10A tapi terpaksa menangguhkan dahulu pengajian ke universiti kerana kekangan kewangan hingga terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan.
“Mohon sesiapa yang ada maklumat mengenai anak muda ini, maklumkan kepada saya segera.
“Cerita ini hampir sama dengan kisah ketika saya melakukan ziarah di Kampung Pahat Gerik, Ketua Cawangan UMNO Cikgu Fadhil membawa saya ziarah ke sebuah rumah pelajar cemerlang daif, yang juga telah menangguhkan pengajian ke UUM kerana terpaksa cari duit dengan bekerja kilang di Pulau Pinang.
“Ayah beliau terlantar di atas katil akibat serangan angin ahmar manaka ibunya juga uzur,” kongsinya.
“Hanya Ilmu Yang Boleh Ubah Kehidupan” – Dr Asyraf
Ambil berat dan prihatin tentang nasib anak muda yang mempunyai cabaran untuk melanjutkan pelajaran, Dr Asyraf berkata beliau akan menghulurkan bantuan kepada kedua-dua individu itu dengan kadar segera bagi membolehkan mereka mencapai cita-cita masing-masing.
“Insya-Allah untuk kedua-dua kes ini, saya akan bantu segera dan pastikan mereka dapat menyambung pengajian dengan segala bantuan yang diperlukan. Saya sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa hanya ilmu yang boleh mengubah kehidupan.”
“Sokong Rider Ni Dibantu, Jangan Bazirkan Pelajar Bijak” – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai menghargai jasa Dr Asyraf yang berhasrat untuk menghulurkan bantuan kepada anak-anak muda cemerlang yang tidak berkemampuan.
“Sejujurnya saya betul-betul puji Dr dalam kes-kes kebajikan terhadap masyarakat terutamanya anak-anak muda. Dr akan bersungguh-sungguh lakukan yang terbaik untuk membantu mereka.
“Semoga Allah SWT merahmati segala usaha Dr Asyraf,” kata seorang pengguna Facebook.
Sementara itu, ramai juga berharap agar anak-anak cemerlang yang berdepan dengan cabaran melanjutkan pelajaran dapat dibantu.
“Aku sokong pelajar ni dibantu. tak kira la apa juga bangsa dia. Jangan dibazirkan pelajar-pelajar bijak seperti dia,” kata seorang netizen.
Berikut antara komen-komen netizen:





Baca Artikel Berkaitan: “Inspirasi Anak Muda” – Pelajar UiTM Kerja 2-3 Part Time Seminggu Raih Anugerah Naib Canselor [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Nak Biaya Pelajaran Anak, Si Ayah Gigih Keliling Seremban Jual Ikan Masa PKP
Baca Artikel Berkaitan: Asyraf Wajdi Bantu Murid Terlepas Ujian Kelayakan Ke MRSM Kerana Tiada Pengangkutan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Sakit Bukan Penghalang, Pelajar Hidap Kanser Tulang Raih Keputusan Cemerlang SPM
A little bit of writing, a little bit of design, and lots of creative experiments. Turning everyday stories into content worth a second look. “Im just a girl~” 💻💗🎀







