Ramai Kritik Lelaki Naik Mercedes Letak Kereta Di Kawasan Parkir Khas Untuk Pemandu Wanita [Video]
Dalam video yang dikongsikan, kelihatan pemandu yang keluar daripada kereta Mercedes tersebut adalah lelaki dan memarkir kenderaannya di parkir khas untuk wanita di sebuah pusat membeli-belah.
Seorang pemandu lelaki dikritik ramai selepas memarkir kereta Mercedes di kawasan parkir khas untuk wanita di sebuah pusat membeli-belah.
Ramai pengguna mengecam tindakan selfish pemandu lelaki itu, malah ada yang mempersoalkan sama ada beliau boleh disaman.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui di tempat awam terdapat fasiliti yang dikhaskan untuk wanita contohnya di kawasan parkir, tempat duduk di dalam tren atau koc wanita dan sebagainya.
Tujuan fasiliti tersebut disediakan adalah untuk keselamatan para wanita namun masih ada segelintir kaum lelaki yang kurang cakna apabila menggunakan kemudahan terbabit meskipun tahu ia adalah satu kesalahan.
Pemandu lelaki parkir di kawasan parkir khas untuk wanita
Baru-baru ini seorang pemandu lelaki menjadi perhatian apabila dirakam memarkir kereta di kawasan parkir wanita di sebuah pusat membeli-belah.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Threads, awalnya kelihatan sebuah Mercedes berwarna hitam sedang memarkir keretanya secara mengundur di kawasan parkir .
Jelas label pada tiang parkir tersebut adalah kawasan khas untuk wanita
Namun di dalam video jelas kelihatan pada tiang itu terdapat label warna merah jambu serta foto ikon kasut tumit tinggi dan perkataan ‘reserved for ladies only’ (dikhaskan untuk wanita sahaja).
Tidak lama kemudian kelihatan pemandu lelaki keluar daripada kereta. Pemandu itu lalu berjalan ke bahagian bonet kereta dipercayai untuk mengambil barangannya.
Sebaik mengambil barangannya, pemandu lelaki terbabit kemudiannya dilihat beredar dan mengunci kereta mewahnya dipercayai untuk masuk ke pusat membeli-belah terbabit.
Ramai kritik tindakan lelaki parkir kereta di kawasan khas untuk wanita
Melihat di ruangan komen, ramai yang mengkritik tindakan lelaki terbabit kerana parkir kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat pemandu lelaki itu mementingkan dirinya kerana parkir di kawasan wanita.
Malah ada juga bertanya adakah pemandu berkenaan boleh disaman atas tindakan yang dilakukan.
Namun ada juga pengguna yang bertanya mengapa individu yang merakam video tersebut tidak menegur pemandu lelaki tersebut.
Pemilik video bagaimanapun menjelaskan dia sudah menegur pemandu lelaki terbabit.
Pun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada lelaki berkenaan sememangnya sengaja meletakkan kenderaannya disitu atau tidak menyedari ia adalah parkir yang dikhususkan untuk wanita.
“Jenis ni dia sama je suka pusing, tapi dia akan cakap mf nanti dia cakap kereta kekasih saya ni, saya tolong hantar kan.”
“Spesis selfish, semua benda nak senang”
“Teringin nak jadi perempuan kot”
“Saya pernah berdepan dengan orang seperti ini. Masa tu saya sorang, cari parkir sekitar kawasan parkir wanita tapi semua penuh. Tapi ada satu parkir kosong dekat sebelah parkir wanita tu, jadi saya parkir situ. Masa saya berudur untuk parkir, secara tiba-tiba ada kereta 4×4, selang beberapa kereta dari saya keluar dari parkir wanita. Dua lelaki, sampai hari ni bila ingat balik aku dendam”
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.