
Peguam Kongsi Peniaga Boleh Disaman Jika Iklan Janaan AI Tak Sama Dengan Hasil Produk Atau Servis Ditawarkan [Video]
Kata Peguam dikenali sebagai Danish sekiranya produk yang dihasilkan tidak sama dengan poster atau iklan yang dijana menggunakan AI maka seseorang atau peniaga itu boleh dikekana tindakan atau disaman.
- 
- Peniaga yang menggunakan gambar janaan AI untuk iklan boleh dikenakan tindakan undang-undang jika produk atau servis tidak sama dengan iklan.
- Peguamcara dan peguambela,Danish Danish menasihatkan pengguna AI untuk membuat semakan bagi memastikan gambar janaan AI tepat sama dengan produk atau servis ditawarkan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui teknologi kecerdasan buatan atau artificial Intelligence (AI) telah banyak digunakan pada hari ini.
Penggunaannya juga mudah khususnya jika ada yang mahu membuat poster atau iklan barangan. Hanya beritahu bagaimana yang diinginkan AI dan dalam masa kurang lima minit ianya sudah siap.
Peguam kongsi individu atau peniaga boleh dikenakan tindakan jika barangan dijual tak sama dengan gambar yang dijana guna AI
Namun seorang peguamcara dan peguambela, Danish memaklumkan seorang peniaga atau individu yang menawarkan perkhidmatan mungkin berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya bahan janaan AI tersebut tidak sama dengan produk yang dihasilkan.
Menerusi video di TikTok, Danish mengatakan di masa kini dapat dilihat ramai yang menggunakan gambar AI untuk tujuan AI ataupun poster.
Lebih teruk peniaga juga boleh kena saman
Walau bagaimanapun orang ramai perlu tahu sekiranya janaan AI yang dilakukan dan gambarnya tidak sama seperti hasil produk (end product), individu berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang atau lebih teruk lagi disaman.
“Untuk topik hari ini, kita akan cakap mengenai gambar janaan AI dan ‘false atau misepresentation of advertisment’ (iklan palsu atau salah nyata iklan).
“Sekarang ni paling biasa kita nampak adalah orang menggunakan gambar AI untuk tujuan iklan makanan. Janaan menggunakan AI dan gambar itu kadang-kadang nampak kurang menyenangkan dan tidak tepat,” ujarnya.
Bukan hanya itu ada juga yang menggunakan gambar daripada janaan AI untuk tujuan perkhidmatan.
Untuk mudah difahami terdapat dua situasi:
#1 Situasi pertama
Andai kata Ali menjual nasi ayam dan membuat iklan atau poster perniagaan makanan dijual mengunakan AI. Dalam janaan tersebut menunjukkan terdapat nasi penuh dalam satu pinggan, ada ayam satu ekor, ada cili, ada salad, timun dan harga nasi ayam adalah RM15.
Namun apabila ada pelanggan yang datang ke kedai untuk membeli nasi ayam berkenaan, ayam tersebut bukan seekor dan yang diberikan adalah bahagian kecil selain tiada timun, salad selain cili juga tidak seperti yang diiklankan.
Maka perkara ini merupakan iklan palsu atau salah nyata iklan. Oleh itu, peniaga nasi ayam berkenaan boleh dikenakan tindakan jika tidak sama dengan produk yang dihasilkan.
“Memang senang untuk kita generate gambar menggunakan AI, tapi kita perlu pastikan gambar tersebut tepat atau sama dengan produk yang dihasilkan,” katanya.
#2 Situasi kedua untuk perkhidmatan
Jelasnya situasi kedua ini pernah berlaku kepada salah seorang bekas anak guamnya.
Kata Danish, anak guamnya itu pernah menggunakan perkhidmatan pengangkutan seorang lelaki yang diiklankan di Facebook.
Difahamkan di dalam foto iklan tersebut, pemandu berkenaan berdiri di hadapan sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard. Poster terbabit turut menyebut mengenai perkhidmatan penghantaran ke KLIA daripada Putrajaya yang hanya berharga RM50.
“Di mana dia (anak guam) rasa agak murah pada ketika itu, kerana dia perlu pergi pagi. Namun apabila dia menghubungi orang tersebut dan engage dengan perkhidmatan itu, orang tu datang bukan dengan kereta Toyota Alphard tetapi kereta Perodua Alza lama dan dia rasa ditipu.
“Perkara itu benar, kerana awak hasilkan gambar menggunakan AI dan letak gambar awak di hadapan kereta Toyota Alphard di mana ia bukan kereta awak yang sebenar pun.
“Dengan cara lain, dia (peniaga) boleh dikenakan tindakan namun akhirnya dia hanya perlu bayar pampasan atau bagi diskaun untuk servis berkenaan,” kata Danish lagi.
Minta orang ramai hati-hati dengan gambar dihasilkan guna AI serta buat semakan
Jelasnya, pasti ramai orang awam yang boleh ‘relate’ kerana kini terlalu ramai yang menggunakan AI.
Oleh itu sebagai peguam, Danish menasihatkan pengguna AI untuk berhati-hati serta buat semakan dengan gambar janaan AI yang dihasilkan supaya ia sama dengan produk atau servis yang dihasilkan.
@daaaniisshh Please stop guna Ai kalau tak nak kena saman!! #law #Ai #legaladvice #lawyer ♬ original sound – Daaaanish
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.





