Now Reading
Bila Boleh Hamil Kembali Selepas Keguguran? Ini Penjelasan Pakar [Video]

Bila Boleh Hamil Kembali Selepas Keguguran? Ini Penjelasan Pakar [Video]

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi (Gynae) Mahkota Medical Centre, Dr Sevellaraja a/l N.Supermaniam dalam satu video di Facebook, terdapat kajian yang menunjukkan wanita yang hamil selepas enam bulan keguguran dapat mengurangkan risiko dari berlaku perkara sama.

Ringkasan
  • Kajian terbaharu menunjukkan wanita yang cuba hamil semula dalam tempoh enam bulan selepas keguguran boleh mengurangkan risiko keguguran berulang.
  • Kesiapan fizikal dan emosi adalah paling penting sebelum cuba hamil semula, bukan sekadar menunggu tempoh masa tertentu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Ramai pasangan suami isteri mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga.

Namun tidak semua dikurniakan rezeki sebegitu. Ada yang mengambil tempoh masa agak lama untuk hamil malah ada juga yang diuji dengan peristiwa keguguran.

Buat mereka yang pernah berhadapan dengan keguguran, pasti ada yang tertanya-tanya berapakah tempoh masa yang sesuai untuk mengandung semula?

Adakah tiga bulan atau perlu menunggu sehingga enam bulan untuk kembali hamil?

Mengandung Kembali Selepas Enam Bulan Keguguran Boleh Kurangkan Risiko Keguguran Berulang

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi (Gynae) Mahkota Medical Centre, Dr Sevellaraja a/l N.Supermaniam dalam satu video di Facebook, terdapat kajian yang menunjukkan wanita yang hamil selepas enam bulan keguguran dapat mengurangkan risiko dari berlaku perkara sama.

“Dulu ramai doktor suruh tunggu enam bulan tetapi kajian terbaharu tunjuk perkara berbeza.

“Wanita yang cuba semula (mengandung) dalam enam bulan biasanya sama baik, atau kadang-kadang jadi lebih baik.

“Kajian tunjukkan risiko keguguran berulang lebih rendah, peluang hamil lebih tinggi, masa untuk hamil lebih cepat,” katanya.

Tak Perlu Tunggu 6 Bulan, Boleh Hamil Selepas 3 Bulan Keguguran Bergantung Kepada Keadaan

Malah jelas Dr Selva, hamil selepas tempoh tiga bulan pun tidak meningkatkan risiko bagi kebanyakan kes keguguran.

Namun, keadaan ini tidak sesuai buat semua wanita yang pernah mengalami insiden sebegitu khususnya mereka yang mengalami kehamilan luar rahim atau mendapat rawatan Methotrexte.

“Ini tidak sesuai untuk semua. Jangan tergesa, jika pernah hamil luar rahim, dapat rawatan Methotrexte, ada jangkitan, keguguran (akan) berulang,” katanya.

Untuk info, Methotrexte adalah sejenis ubat serba boleh yang digunakan untuk merawat kanser, psoriasis serta Artritis rheumatoid yang teruk.

Pengambilan ubat ini perlu dielakkan ketika mengandung kerana ia boleh membahayakan bayi di dalam kandungan.

Bila Boleh Hamil Kembali Selepas Keguguran?

Jadi bila sebenarnya seorang wanita boleh hamil kembali selepas keguguran? Jelas Dr Selva, apa yang penting adalah keadaan badan wanita itu sendiri.

“Paling penting, anda mesti bersedia dari segi fizikal dan emosi. Perkara mudah, tunggu pendarahan berhenti, pastikan rahim sudah bersih, paras HCG turun. Kemudian boleh cuba (hamil), tak perlu tunggu enam bulan.

“Dulu kita kata ‘tunggu’, sekarang kita kata ‘bila sudah bersedia?” katanya.

Pendapat sama turut dinyatakan oleh usahawan dan doktor perubatan, Dr Raihana Ismail atau juga dikenali sebagai Dr Rai.

Jelasnya, seseorang itu perlu bersedia terlebih dahulu untuk hamil kembali.

“Ramai wanita fikir, selepas gugur kena tunggu tiga bulan baru boleh hamil. Tetapi sebenarnya kalau badan sihat dan rahim kuat, kehamilan boleh berlaku lebih awal.

“Tetapi risiko akan lebih tinggi kalau tubuh belum cukup masa untuk sembuh terutama dari segi hormon progesteron dan rahim belum pulih,” katanya.

Cara Elak Dari Berlakunya Keguguran

Menerusi video sama, Dr Rai turut menitipkan ‘tips’ untuk mengelakkan keguguran dari berulang.

“Ibu kena pastikan hormon stabil, progesteron cukup. Usus dan nutrisi pulih supaya rahim kuatkan penempelan.

“Setiap anak datang dengan rezeki dan ujian, tetapi kalau kita jaga tubuh ibu, hormon, pemakanan dan emosi, peluang untuk kehamilan lebih kuat itu tetap ada,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Ada Ibu Mengandung Jadi Cepat Pelupa? Ini Sebabnya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ada Yang Rancang Kehamilan Selepas 5 Tahun? Ini Risiko Para Ibu Kena Tahu [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.