Now Reading
“Side Effect Kenalkan Masa Bayi” – Kanak-kanak Ireland Setiap Tahun ‘Fly’ Ke Malaysia Sebab Ketagih Makanan Asia Tenggara [Video]

“Side Effect Kenalkan Masa Bayi” – Kanak-kanak Ireland Setiap Tahun ‘Fly’ Ke Malaysia Sebab Ketagih Makanan Asia Tenggara [Video]

Menurut penjaga budak lelaki Irish dikenali sebagai Axel itu, anaknya jatuh hati dengan makanan asli di Asia Tenggara selain menolak makanan kanak-kanak biasa yang boleh didapatkan di negara asalnya.

Ringkasan
  • A four-year-old boy from Ireland named Axel became hooked on Southeast Asian food after being introduced to it as a baby.
  • Axel's parents now travel to Malaysia, Thailand, and Vietnam twice yearly because he refuses standard kids' menus.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@axelapproves) apabila seorang kanak-kanak berusia empat tahun dari Ireland dikenali sebagai Axel sedang menikmati makanan-makanan yang boleh didapatkan dan popular di Asia Tenggara seperti ayam rempah, nasi goreng, karipap dan banyak lagi.

Kanak-kanak Ireland Suka Makanan Asli Asia Tenggara Sejak Pertama Kali Diperkenalkan Masa Bayi

Menurut pengendali akaun dipercayai ibu bapa kanak-kanak itu, Axel sangat menggemari makanan Asia Tenggara selepas mula diperkenalkan kepadanya sejak bayi lagi.

Axel Tak Mahu Makanan Kanak-kanak Biasa Di Ireland

Menerusi video dikongsi, kelihatan Axel sedang menikmati ayam berempah sewaktu dia masih kecil. Namun siapa sangka, Axel akhirnya jatuh hati dengan makanan asli di rantau ini selain menolak makanan kanak-kanak biasa yang boleh didapatkan di negara asalnya.

Perlu Melancong Ke Malaysia, Thailand & Vietnam 2 Kali Setiap Tahun Untuk Makan Makanan Asia Tennggara

Oleh disebabkan cinta budak lelaki itu terhadap makanan Asia, ibu bapa Axel perlu membawa anaknya melancong ke Malaysia, Thailand dan Vietnam dua kali pada setiap tahun.

“Kesan sampingan yang tak disangka selepas perkenalkan makanan Asia asli kepada bayi ketika pertama kali bercuti ke Asia Tenggara. Empat tahun kemudian, dia masih tak mahu makan menu kanak-kanak biasa.

“Kalau makanan itu tak cukup rempah, tak ada rasa pedas macam makanan jalanan (street food) atau tak mempunyai rasa asli, makanan itu tak akan dapat ‘cop kelulusan’ Axel.

“Nampaknya, kita dah ‘terikat’ untuk pergi ke Thailand, Malaysia dan Vietnam setiap tahun sampai bila-bila,” kata ibu bapa Axel di ruangan kapsyen hantaran.

@axelapproves

The unintended side effect of introducing a baby to authentic Asian food on his first trip to Southeast Asia. 4 years later and he refuses standard kids menus. If it doesn’t have proper spices, street-food heat, or authentic flavor, it doesn't get the official Axel Approves seal of approval. Guess we’re legally locked into annual trips to Thailand, Malaysia, and Vietnam forever.

♬ original sound – rand6m11

Tonton video penuh [DI SINI].

“Secara Tak Sengaja Besarkan Budak Lelaki Irish Usia 4 Tahun Dengan Selera Orang Malaysia” – Ibu Bapa

Menerusi satu lagi hantaran, kelihatan Axel dengan teruja sedang menikmati makanan Malaysia iaitu Sambal Garing Ikan Bilis dari sebuah jenama tempatan yang diterimanya pada Hari Malaysia lalu.

Dalam video berkenaan, lauk tersebut dimakan bersama ayam masak kari. Kombo yang unik, tetapi memang nampak berselera betul ya Axel! 😍

“Secara tak sengaja besarkan budak lelaki Irish berusia empat tahun dengan selera orang Malaysia,” tulis penjaga di dalam video.

Difahamkan sejak kerap melancong ke Malaysia ketika kanak-kanak itu berusia tiga tahun, Axel menjadi obses dengan makanan popular di negara ini.

Bukan penduduk tempatan sahaja menggemari sambal, malah Axel dengan tekak Ireland juga ‘approve’ makanan itu.

Sumber: Threads
@axelapproves Ever since traveling to Malaysia with Axel when he was 3 years old, he’s been obsessed with authentic Malaysian food 🇲🇾 We got this Rasa Lokal Sambal Garing Ikan Bilis from @Rasa Lokal Food on Malaysia Day in Dublin, and today was finally time to open it! Safe to say this Axel Approves gives it the ultimate stamp of approval 🌶️ crunchy spicy dried anchovies straight out of the jar! Follow for more Axel Approves and @The Smiths Approve 👍 for Adventures worth Approving. #MalaysianFood #SambalGaring #familytravelmalaysia ♬ The Winner Is… Version – DeVotchKa

Tonton video penuh [DI SINI].

Axel Nikmati Mi Sup Di KLIA, Tak Mahu Menu Kanak-kanak

Menerusi hantaran lain, kelihatan Axel sedang menikmati hidangan mi sup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Jelas penjaganya, Axel menolak menu kanak-kanak dan memilih untuk makan makanan orang dewasa.

@axelapproves When airport food in Malaysia hits so hard that even our 3-year-old skips the kid’s menu for a bowl of freshly cooked noodles 🍜✈️ Kuala Lumpur International Airport (KLIA) genuinely has some of the best food options in Southeast Asia. No dry sandwiches here—just real, authentic Asian street food culture right before boarding a flight! Family travel with toddlers in Malaysia is an absolute dream when the food is this good.#MalaysianFood #KualaLumpurAirport #FamilyTravel #ToddlerTravel #KLIA ♬ Courtly Elegance Boccherini – Lucien Marceau

Tonton video penuh [DI SINI].

“Selamat Datang Ke Malaysia, Negara Syurga Makanan” – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai kagum melihat telatah si kecil yang sangat menggemari makanan dari Asia Tenggara termasuk Malaysia.

“Wah jarang nampak anak mat saleh makan nasi goreng dengan karipap semua. Memang mak dia betul-betul bagi makanan orang Asia. Mak awak memang ‘superb’ (terbaik) la dik,” kata seorang netizen.

“Selamat datang ke Malaysia, negara syurga makanan,” kata seorang individu.

Malah ramai juga mencadangkan agar Axel mencuba pelbagai lagi makanan serta buah ikonik di Malaysia.

“Durian aby. Minta mak awak makan durian, rambutan, cempedak, goreng pisang, cendol,” ujar seorang wanita.

“Cuba bagi roti canai telur, lagi-lagi Milo ais. Kanak-kanak sukakan tu!” tambah seorang pengguna TikTok.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.