
Kes Libat Pelajar Sekolah: Tak Wajar Letak Pada Bahu Guru Semata, Teliti Motif & Punca Berdasarkan Fakta – NUTP
Menurut Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon, ada kes di mana pelajar bertindak di luar kawalan dan menyelesaikan konflik sesama mereka sendiri tanpa pengetahuan guru.
- NUTP stresses it is unfair to solely blame teachers for student incidents like bullying and murder, urging investigation of actual motifs and causes based on facts.
- Factors like mental health, student self-discipline, and inadequate school security personnel also contribute to student incidents beyond teacher responsibility.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak belakangan ini, ada sahaja kisah atau insiden melibatkan pelajar sekolah yang mengejutkan ramai pihak antaranya seperti kes buli dan bunuh dengan yang terbaharu melibatkan pelajar tingkatan empat, Irene Sofiya Mohd Khairol Faisal di Yong Peng, Johor.
Keadaan ini menyebabkan ada segelintir individu yang meletakkan kesalahan serta tanggungjawab kepada bahu guru serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
NUTP Jelas Tak Wajar Letak Pada Bahu Guru, Perlu Teliti Punca & Motif Berdasarkan Fakta
Terbaharu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menjelaskan adalah tidak wajar kes pergaduhan, buli sehingga melibatkan kematian pelajar diletakkan pada bahu guru semata-mata.
Sebaliknya, motif serta punca kejadian pelu diteliti berdasarkan fakta sesuatu kes.
Menurut Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon, sesuatu insiden yang melibatkan pelajar sekolah perlu dinilai terlebih dahulu bagi mengenal pasti punca serta faktor yang menyebabkan berlakunya kejadian berkenaan.
“Perkara ini kita kena lihat motif peristiwa dan puncanya. Orang bercakap tentang kekurangan interaksi dan sebagainya, tetapi kita melihat perkara itu bukan kerana interaksi semata-mata.
“Memang ada sesetengah tempat melibatkan buli yang mungkin disebabkan guru kurang peka untuk mengambil tindakan.
“Namun, bagi kes-kes besar yang berlaku, kebanyakannya kita lihat mempunyai motif yang berbeza-beza,” katanya yang dipetik dari Malaysia Gazette.
Ada Kes Pelajar Bertindak Sendiri Tanpa Pengetahuan Guru
Jelas Fouzi, ada kes di mana pelajar bertindak di luar kawalan dan menyelesaikan konflik sesama mereka sendiri tanpa pengetahuan guru.
Tambahnya, kejadian sebegini pernah berlaku di Pahang dan Negeri Sembilan termasuklah kes pelajar mengambil tindakan terhadap pelajar lain.
“Dalam kes di Negeri Sembilan, seorang pelajar Tingkatan Empat marah kepada junior dan menegur serta mengambil tindakan.
“Jadi, kita nampak di situ bahawa kawalan dan kepimpinan murid perlu dipertingkatkan, termasuk kesedaran mengenai tindakan yang boleh dan tidak boleh dilakukan,” kongsinya.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Pelajar Maut Di Kuala Pilah: Dua Senior Ditahan Polis, 5 Murid Dakwa Turut Pernah Dibuli Suspek Pertama
Kesihatan Mental Boleh Jadi Faktor Yang Dinilai Untuk Kenal Pasti Punca
Tambah Fouzi lagi, faktor lain seperti kesihatan mental juga perlu diilihat bagi menilai sesuatu punca kejadian.
“Bukan semua pergaduhan berlaku kerana berebut sesuatu atau disebabkan gangsterisme.
“Ada juga kes seperti di Damansara yang dikaitkan dengan masalah mental. Jadi, kita perlu melihat motif sebenar setiap peristiwa,” jelasnya.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Tikam Pelajar Di Bandar Utama: Remaja Lelaki 15 Tahun Bebas Tuduhan Bunuh Atas Alasan Tidak Waras
Baca Artikel Berkaitan: Kes Tikam Pelajar Bandar Utama: Tertuduh Mengaku Suka Mangsa, Turut Jadikan Penjenayah Kejam Sebagai Idola
Guru & Pihak Sekolah Bertanggungjawab Terhadap Aduan Pelajar
Pada masa sama, Fouzi tidak menafikan bahawa peranan guru serta pihak sekolah adalah penting dalam memastikan aduan atau perubahan tingkah laku pelajar tidak dipandang ringan.
Ini kerana jelasnya, setiap perkara perlu diberi perhatian dan diambil tindakan segera diikuti dengan pemantauan susulan bagi mengelakkan masalah menjadi semakin berlarutan selepas aduan diterima.
“Perkara ini, sekecil manapun, tidak boleh dianggap remeh dan harus diambil tindakan segera supaya tidak berlarutan serta perlu ada tindakan susulan dan pemantauan.
“Namun, kalau kita lihat peranan guru semata-mata, kadang-kadang murid itu sendiri tidak mahu berkongsi apa yang dialami kepada sesiapa,” katanya.
Tegas Fouzi, tindakan hanya bergantung kepada guru kaunselor sahaja tidak memadai.
Ia susulan bilangan kaunselor di sekolah tidak seimbang dengan bilangan murid.
“Jadi, kita perlu melihat kesesuaian pendekatan berdasarkan keadaan dan keperluan setiap murid,” ujarnya.
Pasukan Keselamatan Sekolah Perlu Sama Mainkan Peranan, Pastikan Keselamatan Persekitaran Sekeliling
Pada masa sama, Fouzi turut menggesa pengawal keselamatan sekolah untuk meningkatkan tahap keselamatan kawasan persekitaran.
Ini kerana jelasnya, tugas pengawal keselamatan tidak hanya terhad dengan tugasan membuka atau menutup pintu pagar serta menghidup atau memadamkan lampu semata-mata.
Sebaliknya, tugas mereka perlu merangkumi pemantauan keseluruhan kawasan sekolah.
“Selepas pukul 5 petang, tidak ada murid atau pelajar dibenarkan masuk ke sekolah dan pengawal mesti meronda setiap kelas, bilik serta keseluruhan kawasan sekolah.
“Barulah kita dapat memastikan fungsi mereka benar-benar memberi nilai kepada keselamatan sekolah, bukan sekadar buka dan tutup pagar,” jelasnya lagi.
Baca Artikel Berkaitan: Punca Irene Sofiya Meninggal Dunia Kerana Trauma Tumpul Pada Kepala – Polis
Baca Artikel Berkaitan: Polisi Perlindungan Murid: Fadhlina Mohon Beri KPM Ruang Perjelas Secara Menyeluruh
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.







