Now Reading
Individu Didakwa Kutip Parkir Berdekatan MRT Maluri, ParkIt Malaysia Tampil Beri Penjelasan [Video]

Individu Didakwa Kutip Parkir Berdekatan MRT Maluri, ParkIt Malaysia Tampil Beri Penjelasan [Video]

Pihak ParkIt Malaysia turut meminta orang awam atau pengguna tidak membuat sebarang bayaran di kawasan parkir berkenaan serta memaklumkan kepada polis atau pihaknya berhubung perkara itu.

Ringkasan
  • ParkIt Malaysia confirmed the viral individual in a security shirt collecting RM5 parking fees at MRT Maluri is neither their staff nor representative.
  • ParkIt has filed a police report and notified MRT Corp, RapidKL, PDRM, and DBKL, urging authorities to act immediately for public safety.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular beberapa hantaran di media sosial apabila ada pengguna yang mendakwa terdapat lelaki yang mengutip parkir (ulat parkir) secara haram di sebuah parkir di MRT Maluri, Kuala Lumpur.

Individu itu didakwa mengutip parkir sebanyak RM5, malah turut meletakkan kain rentang berdekatan palang masuk parkir terbabit. Perkara itu kemudiannya menjadi sohor dan menimbulkan persoalan adakah lelaki itu pihak yang sah untuk mengutip wang di parkir itu.

View on Threads
View on Threads

ParkIt dedah individu kutip duit parkir bukan kakitangannya

Terbaharu, ParkIt Malaysia mengesahkan individu yang tular dengan memakai baju ‘security’ itu bukanlah kakitangan mahupun wakilnya.

“Individu berbaju ‘security’ yang meminta bayaran RM5 di pintu masuk parking MRT Maluri pagi ini bukan kakitangan atau wakil ParkIt.

“Banner yang diletakkan di depan Park N Ride Maluri bukan diletak oleh ParkIt,” ujarnya menerusi satu kenyataan di Threads.

ParkIt tak buat sebarang kutipan bayaran di parkir MRT Maluri ketika ini

ParkIt turut menegaskan pihaknya tidak mengutip sebarang bayaran parkir di MRT Maluri buat ketika ini serta tidak membenarkan mana-mana pihak mengutip bayaran untuk pihaknya.

Ekoran daripada insiden yang berlaku, beberapa tindakan telah diambil oleh ParkIt seperti:

  • Sedang membuat laporan polis
  • Video dan bukti telah diserahkan kepada pihak berkuasa
  • MRT Corp, RapidKL, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dimaklumkan
  • Wakil RapidKL dan Polis Bantuan Prasarana telah datang ke kawasan parkir

Oleh itu, mereka juga meminta orang ramai untuk:

  • Tidak membuat pembayaran
  • Tidak bertengkar
  • Catat masa dan lokasi
  • Lapor kepada polis atau hubungi ParkIt

Minta pihak berkuasa ambil tindakan segera

Ini kerana ParkIt lebih mementingkan keselamatan orang awam selain turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera demi keselamatan pengguna MRT.

“Ini bukan kali pertama. Selagi kelulusan tanah untuk parkir MRT Maluri belum dimuktamadkan, kawasan ini terus terdedah (terbuka). Kami merayu pihak berwajib untuk bertindak segera demi keselamatan pengguna MRT.”

View on Threads

Dalam satu balasan komen pengguna, ParkIt juga memaklumkan kain rentang yang dipasang juga telah diturunkan serta menjadi bukti kepada pihak berkuasa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.