Now Reading
Gaji Minimum: Tak Adil Jika Pekerja Bawahan Sahaja Naik Gaji Tetapi Staf Lama Tercicir – Tengku Zafrul [Video]

Gaji Minimum: Tak Adil Jika Pekerja Bawahan Sahaja Naik Gaji Tetapi Staf Lama Tercicir – Tengku Zafrul [Video]

Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri itu menegaskan bahawa majikan perlu bersikap adil dengan tidak mengabaikan pekerja yang sudah lama berkhidmat sekiranya kadar gaji minimum dinaikkan.

Ringkasan
  • Tengku Zafrul stresses that employers must review the overall salary structure to ensure long-serving employees are not left behind when minimum wage increases.
  • Raising the minimum wage may burden employers with many low-paid staff, potentially causing reduced shifts, hiring freezes, or price increases to cover rising costs.
  • The new minimum wage rate will only be announced after approval from the Jemaah Menteri and Perdana Menteri Anwar Ibrahim, expected during Belanjawan 2027.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semua pasti bersetuju yang kenaikan gaji minimum penting dalam meningkatkan pendapatan bulanan seseorang. Pun begitu, kelebihan tersebut tidak seharusnya dirasai oleh golongan yang menerima gaji terendah sahaja.

Baru-baru ini, Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kenaikan gaji minimum penting bagi meningkatkan pendapatan pekerja dengan gaji paling rendah.

Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa majikan perlu bersikap adil dengan tidak mengabaikan pekerja yang sudah lama berkhidmat.

‘Lama-lama, Beza Gaji Mereka Semakin Kecil & Ini Tak Adil Bagi Pekerja Lama’ – Zafrul

Zafrul berkata, majikan perlu melihat struktur gaji keseluruhan pekerja supaya golongan yang sudah lama bekerja tidak tercicir apabila kadar gaji minimum dinaikkan.

“Contohnya, Ali baru masuk kerja, gaji RM1,700. Abu dah kerja 10 tahun, gaji RM1,800. Bila kadar minimum naik nanti, gaji Ali akan naik, tapi gaji Abu tak semestinya berubah.

“Lama-lama, beza gaji mereka makin kecil dan ini tak adil pada Abu. Sebab itu, majikan kena tengok gaji semua pekerja, bukan gaji pekerja baharu atau pekerja yang minimum gajinya,” katanya menerusi hantaran video di Facebook.

Majikan Mungkin Akan Kurangkan Syif Pekerja Atau Naikkan Harga Bagi Menampung Peningkatan Kos – Zafrul

Dalam pada itu Zafrul berkata, kenaikan gaji minimum mungkin akan memberi kesan kepada syarikat yang mempunyai ramai staf bergaji rendah.

Ia kemudian berkemungkinan membebankan majikan untuk membayar gaji asas kakitangan sekaligus berpotensi menyebabkan pengurangan syif, penangguhan pengambilan pekerja baharu atau menaikkan harga bagi menampung peningkatan kos.

“Bila gaji minimum naik, kita kena tengok dua keadaan. Pekerja yang gajinya rendah dan majikan yang kena bayar gaji itu.

“Kita bayangkan, satu kedai makan ada lima pekerja bergaji minimum. Kalau gaji naik RM100 seorang, kedai itu kena tambah RM500 sebulan untuk gaji asas saja,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: “Ada Graduan Hanya Terima RM2,000-RM2,500 Sebulan” – MPGN Gesa Kerajaan Semak Semula Struktur Gaji Negara

‘Ada Majikan Yang Mampu, Tapi Pilih Untuk Bayar Gaji Setakat Yang Paling Minimum Sahaja’ – Zafrul

Namun menurut bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu, banyak sebenarnya syarikat yang meraih keuntungan tinggi dan mampu membayar setiap gaji pekerja meskipun kadar kenaikan gaji minimum dinaikkan.

“Jangan anggap semua majikan tak mampu. Ada syarikat besar yang untuk berbilion ringgit, tapi gaji pekerja masih rendah. Ada yang mampu bayar lebih tapi pilih setakat minimum selagi undang-undang membenarkan.

“Majikan jenis ni akan naikkan gaji pekerja paling bawah ikut kadar minimum baharu. Tapi gaji pekerja lain tak berubah,” katanya.

Kenaikan Gaji Minimum Belum Muktamad, Kerajaan Masih Teliti Cadangan – Fahmi Fadzil

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kadar kenaikan gaji minimum akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2027 yang dijangkakan berlangsung 9 Oktober ini.

Bagaimanapun semalam (30 September), Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata bahawa kerajaan belum membuat sebarang keputusan muktamad berhubung kadar baharu gaji minimum.

Sebaliknya, Anwar Ibrahim mengarahkan cadangan itu diteliti secara menyeluruh termasuklah jadual masa serta kumpulan dan sektor yang akan terlibat.

Malah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, sebarang pengumuman mengenai kadar baharu gaji minimum hanya akan dibuat selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri serta Anwar.

Baca Artikel Berkaitan: Kadar Gaji Pekerja Wanita Di Malaysia Rendah Berbanding Pekerja Lelaki

Baca Artikel Berkaitan: Gaji Rendah Bukan Lagi Punca Utama Pekerja Di Malaysia Berhenti Kerja

Baca Artikel Berkaitan: Pekerja Gaji RM1,700 Kerja 12 Jam Tapi OT Tak Dibayar, JTK Panggil Majikan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.