Ambil Lepas Tu Tak Makan! Ramai Setuju Katerer Tegur Sikap Tetamu Bazir Makanan Di Majlis Kenduri
Lelaki itu berkata, banyak makanan terpaksa dibuang akibat tindakan tetamu yang tidak berpada-pada mengambil makanan di sesebuah kenduri.
- Katerer Helmy Nazarul dari Katering Murah Kedah menegur tetamu yang mengambil banyak makanan di kenduri tetapi tidak menghabiskannya, menyebabkan pembaziran besar.
- Netizen dan pihak katering lain turut kecewa kerana tetamu tamak menghabiskan makanan tetapi meninggalkan sisa tanpa rasa tanggungjawab.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali menghadiri sesebuah majlis kenduri, sudah tentu tetamu disajikan dengan pelbagai jenis juadah yang pasti membuatkan mereka rambang mata.
Kalau boleh semua hidangan nak dirasa. Bagaimanapun, ia bukanlah tiket untuk anda mengambil makanan dengan begitu banyak sehingga berlakunya pembaziran.
Seperti baru-baru ini, tular di laman Threads apabila seorang katerer, Katering Murah Kedah dikenali sebagai Helmy Nazarul menegur sikap tetamu di sebuah kenduri yang tidak menjamah selain membiarkan sahaja juadah makanan ‘berlebihan’ di atas meja.
Menerusi foto dikongsi, kelihatan beberapa pinggan dipenuhi dengan pelbagai jenis juadah yang tidak terusik termasuklah donut, buah, kuih-muih, tosei dan banyak lagi.
Sikap segelintir individu yang tidak menghargai makanan membuatkan Helmy berasa kecewa.
“Hargai Rezeki Dihidangkan, Ambil Makanan Sekadar Perlu” – Katerer
Malah jelasnya, banyak makanan terpaksa dibuang akibat sikap jemputan yang tidak menghormati rezeki.
Meskipun pada pandangan tetamu makanan itu tidaklah begitu banyak, namun menurutnya jika dikumpulkan sisa makanan kesemua tetamu, jumlah dan kuantiti makanan yang dibuang adalah banyak.
“Jangan jadikan majlis kenduri tempat untuk membazir. Kita mungkin nampak ‘sikit je membazir’, tapi bila seorang demi seorang buat perkara yang sama, banyak makanan terpaksa dibuang.
“Hargai rezeki yang dihidangkan. Ambil sekadar perlu, habiskan apa yang diambil,” nasihatnya.
View on Threads
Lelaki Tegur Sikap Tetamu Biarkan Sampah & Sisa Makanan Merata Tempat
Perkongsian ini nyata telah mendapat perhatian ramai. Ada juga netizen yang mempersoalkan sikap tetamu yang hanya membiarkan sahaja sisa makanan dan minuman serta sampah bertaburan di atas meja.
“Membazir tu satu hal. Dah makan bekas makanan tu tolong la buang. Ada orang kutip ke tak. Tolong beradab dan tanggungjawab sikit,” kata seorang individu.
“Ambil Makanan Rajin, Nak Buang Malas” – Pihak Katering
Helmy turut bersetuju dengan pandangan individu terbabit.
“Ok ni 100% saya setuju. Nak sebut pasal benda tu sekali. Tapi takut ada manusia yang akan cakap ‘eh bukan tu tugas pramusaji?’ Agak agak la.
“Ni majlis kahwin bukan kedai makan. Yang mana sempat, pasukan kami (katering) akan pungut je. Tapi common sense la sikit. Bangun ambil makanan rajin, tapi nak buang? Malas,” tegurnya.

Baca Artikel Berkaitan: “Acik Nak Juga” – Wanita Dipercayai Tetamu Minta Tapau Lauk Walaupun Kenduri Belum Mula [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Rindu Vibe Kenduri Dulu” – Konsep Makan Berhidang Perkampungan Melayu Di Myanmar Curi Perhatian [Video]
‘Sama Macam Bufet Ramadan, Ambil Semua Makanan Lepas Tu Tak Habis’ – Netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut mengkritik tindakan tetamu yang melakukan pembaziran.
“Terima kasih sebab bincang benda ni. Saya selalu pergi kenduri dengan mak ayah dan memang selalu kongsi. Seorang ambil laksa, seorang ambil bubur. Lama-lama kenyang. Bayangkan kalau ambil seorang satu?
“Sama macam bufet Ramadan. Selalu jumpa ramai yang tamak sangat sampai ambil semua benda lepas tu tak habis,” kata seorang individu.
Malah ada pihak katering lain yang turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap tetamu sebegitu.
“Betul, kita yang tengok pun sedih kuih tu dah ambil tapi tak usik. Kesian pengantin tu kumpul duit bayar pakej tau,” katanya.
‘Kecewa Kuih Habis, Sekali Nampak Individu Tak Ambil Kuih Diambil’ – Netizen
Sementara itu, ada individu yang berkata mereka kadangkala tidak berpeluang menikmati makanan di kenduri disebabkan sikap tamak segelintir tetamu.
“Lepas tu kita yang beratur belakang ni kecewa kuih dah habis. Bila nak balik lalu dekat meja dia, nampak pulak kuih tadi tak bermakan tinggal macam tu je. Sedih hati kita,” kata seorang pengguna Threads.
Common Sense Ketika Hadiri Kenduri Kahwin
Buat anda yang selalu menghadiri majlis kenduri kahwin, jangan lupa jaga tingkah laku masing-masing dan jangan rosakkan hari istimewa orang lain. Di bawah ini kami kongsikan beberapa common sense,
Berikut antara komen-komen netizen:





Baca Artikel Berkaitan: Apakah Hukum Tapau Lauk Ketika Kenduri Atau Majlis? Ini Penjelasannya
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Tegur Warga Asing Didakwa Ambil Makanan Infak Di Masjid Secara Berlebihan
Baca Artikel Berkaitan: Jangan Sampai Melebihi Bajet, Ini Tips Elak Membazir Ketika Membeli Juadah Di Bazar Ramadan [Video]
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹




