Now Reading
Wanita Pengsan & Cedera Selepas LRT Di Stesen Abdullah Hukum Didakwa Brek Mengejut Undang Perhatian

Wanita Pengsan & Cedera Selepas LRT Di Stesen Abdullah Hukum Didakwa Brek Mengejut Undang Perhatian

Dakwa wanita dikenali sebagai Khalisa, kakaknya yang pada ketika itu ditemani ibunya di dalam tren LRT telah terjatuh lalu pengsan akibat tren yang berhenti secara tiba-tiba.

Ringkasan
  • A woman fainted and was injured after an LRT train at Abdullah Hukum Station allegedly braked suddenly, leaving her in the red zone for observation.
  • Rapid KL apologized for the incident, while passengers raised concerns over repeated sudden braking on the Kelana Jaya Line.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Zalila berkongsi situasi yang berlaku di LRT Stesen Abdullah Hukum semalam (29 September).

Menerusi foto dikongsi, kelihatan orang ramai sedang berkumpul di platform tren selepas tren yang dinaiki didakwa mengalami brek mengejut.

“Tren berhenti mengejut tadi dekat stesen Abdullah Hukum. Sampai ada orang pengsan tadi sebab jatuh dalam tren 😭,” katanya.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Pengguna LRT Laluan Kelana Jaya Siap Buat Group WhatsApp, Kongsi Update Pantas Jika Tren Buat Hal

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa LRT Laluan Kelana Jaya Berdepan Gangguan? Ini Penjelasan CEO Rapid Rail

Wanita Dipercayai Ibu Menangis Sambil Peluk Penumpang Yang Pengsan – Penumpang LRT

Menerusi ruangan balas, seorang penumpang dalam tren sama juga telah mendakwa ada individu yang tidak sedarkan diri.

“Saya dekat dalam tren ni. Terkejut saya tau bila saya tengok ada penumpang dekat dalam pengsan. Tak pasti mak dia ke tapi dia menangis sambil peluk penumpang tu,” katanya.

Ahli Keluarga Sahkan Mangsa Pengsan & Cedera Akibat Tren Yang Didakwa Berhenti Mengejut

Menerusi semakan kami, ahli keluarga kepada mangsa telah tampil mengesahkan perkara terbabit.

Menurut wanita dikenali sebagai Khalisa, kakaknya yang pada ketika itu ditemani ibunya di dalam tren LRT telah terjatuh lalu pengsan akibat kereta api yang berhenti secara tiba-tiba.

Baca Artikel Berkaitan: Panel Kaca Pecah Lepas Tren Berhenti Mengejut, 5 Penumpang LRT Laluan Kelana Jaya Cedera [Video]

Mangsa Dirujuk Ke Hospital & Berada Di Zon Merah

Dalam masa sama, mangsa juga mengalami kecederaan di bahagian jarinya, selain terus dirujuk ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.

“Individu yang pengsan itu adalah kakak saya. Wanita yang ada dengannya adalah ibu saya. Diorang tengah dalam perjalanan pergi kerja, tetapi LRT tu tiba-tiba berhenti dan kakak saya terjatuh, pengsan serta cedera di bahagian jarinya sampai berdarah.

“Sekarang dia di zon merah, baru lepas buat imbasan CT (CT scan). Tetapi masih belum perkembangan. Doakan dia dan dipermudahkan,” kata Khalisa semalam (29 September).

View on Threads

Ahli Keluarga Sahkan Mangsa Sudah Pulih

Namun dalam satu perkembangan terbaharu, Khalisa memaklumkan bahawa kakaknya sudah pulih dan akan keluar daripada hospital hari ini (30 September).

“Terima kasih pasukan Rapid KL kerana bertindak pantas dan sangat prihatin dengan isu ini. Staf dan polis bantuan yang bantu di stesen juga sangat membantu dan beri kerjasama baik dengan kami,” katanya.

View on Threads

“Kami Mohon Setinggi-tinggi Maaf Atas Kejadian Yang Berlaku” – Rapid KL

Dalam pada itu, Rapid KL menerusi ruangan balas memohon maaf kepada Khalisa atas kejadian yang sudah berlaku selain memaklumkan bahawa pihaknya telah menghubungi waris.

“Salam hormat puan, kami mohon setinggi-tinggi maaf atas kejadian yang berlaku. Dimaklumkan pihak kami telah menghubungi waris.

“Pihak kami juga telah bersedia untuk sebarang pertanyaan dan bantuan yang pihak waris perlukan. Boleh berhubung dengan kami di 03-78852585 seperti yang pegawai kami kongsikan. Sekali lagi kami mohon maaf. Terima kasih,” kata pihak Rapid KL dalam kenyataan semalam.

View on Threads

Penumpang Lelaki Pernah Cedera Didakwa Akibat Insiden Tren Berhenti Mengejut Sebelum Ini

Insiden penumpang tercedera akibat brek mengejut ini nyata telah mendapat perhatian ramai yang mana ramai meluahkan rasa bimbang dengan keadaan tren LRT Laluan Kelana Jaya.

Seorang individu turut berkongsi foto seorang penumpang lelaki yang tercedera pada bulan Mei lalu didakwa akibat tren brek mengejut.

“Sekarang ni, saya rasa rakyat Malaysia patut ambil tindakan undang-undang atas kecuaian yang berlaku. Ini bukan kali pertama. Kes brek mengejut macam ni juga pernah berlaku Mei tahun ini.

“Saya bertegas untuk ambil gambar abang ni sebagai bukti betapa kelam-kabutnya pihak Prasarana kendalikan situasi. Beberapa penumpang turut buat aduan di kaunter khidmat pelanggan di stesen KLCC. Saya tertanya-tanya sama ada sebarang tindakan susulan diambil,” dakwanya.

“LRT Kelana Jaya patut berhenti seminggu. Baiki dulu. Keadaan sekarang membahayakan nyawa orang awam,” tambah seorang individu.

View on Threads

‘Bulan Ni Je Dah 4 Kali Brek Mengejut Ketika Naik Tren LRT Laluan Kelana Jaya’ – Penumpang

“Kerap sangat brek mengejut. Tidak kira masa termasuk pagi masa pergi kerja, tengahari sekiranya kerja separuh hari, mahupun waktu kemuncak masa petang dan malam. Bulan ni je dah empat kali brek mengejut saya lalui di LRT Laluan Kelana Jaya,” dakwa seorang wanita.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: LRT Laluan Kelana Jaya Sekali Lagi Alami Gangguan, Ramai Tersangkut Nak Ke Tempat Kerja [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Isu Gangguan LRT Kelana Jaya: Anthony Loke Arah APAD Siasat, Gesa Prasarana Beri Penjelasan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan Tren LRT Laluan Kelana Jaya ‘Meletup’, Ini Respon Rapid KL [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.