“Biadab!” – Ramai Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Terhadap Individu Sunting Video Wanita Menari Ketika Tun M Sedang Bersedih
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan ia telah disunting apabila terdapat wanita sedang menari-nari sewaktu Tun M sedang berada di sebelah jenazah isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali.
Seorang pengguuna akaun TikTok dipercayai telah menyunting video Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang bersedih ketika berada di sebelah jenazah Tun Dr Siti Hasmah dengan meletakkan aksi wanita sedang menari.
Ramai netizen mengkritik dan mengecam tindakan tersebut serta meminta pihak berkuasa seperti MCMC dan polis untuk mengambil tindakan atas perbuatan tidak bermoral itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada 28 September Malaysia dikejutkan dengan berita Tun Dr Siti Hasmah atau nama sebenarnya Tun Dr Hasmah Mohamad Ali yang telah kembali ke rahmatullah di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Berita itu membuatkan seluruh rakyat Malaysia turut bersedih apatah lagi melihat keadaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersedih ketika melihat jenazah isteri tercintanya buat kali terakhir.
Ada akaun di TikTok sunting video Tun M bersedih dengan wanita menari
Namun ada individu yang bersikap biadab apabila menyunting video negarawan ini dengan memaparkan ada wanita yang sedang menari di sebelahnya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Threads, terdapat satu akaun di TikTok yang memuat naik video memaparkan keadaan Tun M yang sedang berada di sebelah jenazah Tun Dr Hasmah.
Menari dengan pakaian seksi, siap sunting video Tun M menari sewaktu berdoa
Dalam video sama turut terdapat seorang wanita yang sedang menari-nari di sebelah kanan dengan pakaian seksi. Malah foto itu dipercayai telah diambil dari akhbar lain sebelum disunting dengan perkara tidak sepatutnya.
Manakala dalam satu lagi rakaman dikongsikan, kelihatan individu itu menyunting momen ketika Tun M sedang mengangkat tangan untuk berdoa dengan aksi sedang menari sambil duduk di atas kerusi roda.
Dilihat dari hasil video berkenaan ia dipercayai telah disunting dengan menggunakan artificial intelligence (AI).
“Datuk Seri Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi), tolong buat kerja. Zalim sangat dah ni,” kata pengguna akaun itu.
Ramai kritik dan kecam perbuatan yang disifatkan kurang ajar dan tak menghormati Tun M
Tindakan tidak bertanggungjawab individu itu turut mengundang rasa kurang senang di kalangan netizen di Threads.
Ada juga yang berpendapat akaun yang menyunting video Tun M itu adalah akaun palsu dan kerana itu berani melakukan tindakan sedemikian.
Ada yang nak buat laporan polis terhadap video suntingan itu
Tidak kurang ada yang menyifatkan ia satu perbuatan biadap dan melampau kerana tidak mempunyai empati apabila menyunting video sedemikian di kala Tun M sedang bersedih dengan pemergian insan tercinta.
Malah ada yang mahu membuat laporan polis berhubung suntingan video itu.
Ramai yang meminta pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC), polis dan pihak berkaitan untuk mengambil tindakan segera terhadap pemilik akaun TikTok terbabit.
Menerusi semakan kami di TikTok akaun terbabit tidak lagi dijumpai di platform berkenaan.
“Biadab!”
“Jangan padam, kejap lagi aku nak pergi balai polis buat report. Melampau”
“Contoh keburukan kemajuan teknologi. Lebih buruk akan mendatang”
“Kita boleh ada berlainan pendapat tapi kita tak boleh tak ada adab. Bila tak ada adab maka akhlak dan peribadi kita pun bukan elok mana.”
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.