Seorang wanita bernama Fatin Syazwani mendakwa staf spa menggunakan penyagat keju untuk menggosok tumit kakinya semasa pedicure, menyebabkan kecederaan.
Fatin dicaj RM155 untuk rawatan tersebut dan menyedari tumitnya luka serta melecet selepas meninggalkan spa.
Netizen bimbang pelanggan terdedah risiko jangkitan HIV kerana alat yang sama digunakan pada ramai pelanggan tanpa kawalan kebersihan yang betul.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Fatin Syazwani berkongsi pengalaman semasa membuat rawatan kaki (pedicure) di spa terletak di sebuah pusat membeli-belah.
Menurutnya, dia telah menambah perkhidmatan (add on) scrub kaki dalam rawatan tersebut dan dicaj RM155 bagi kos keseluruhannya.
Wanita Dakwa Staf Spa Guna Penyagat Keju Untuk Gosok Kaki
Namun dia mendakwa rawatan kaki itu bertukar ‘ngeri’ apabila staf dikatakan memakai penyagat makanan untuk menggosok tumit kakinya. Oleh disebabkan bilah penyagat yang dipercayai tajam, Fatin mendakwa tumit kakinya telah mengalami kecederaan.
“Tu reaksi muka aku bila tengok dia (staf) keluarkan penyagat keju (cheese). Sekarang tumit kakiku luka. Kos kerugian RM155,” dakwanya.
Wanita Sedar Tumit Kaki Melecet Selepas Masuk Ke Kereta
Fatin ketika dihubungi BuzzKini berkata dia menyedari tumitnya terluka dan melecet selepas masuk ke dalam kereta.
“Kaki tak berdarah. Perasan luka dan melecet selepas masuk kereta. Di bahagian tumit kaki.
“Staf tak tahu isu ni. Saya pun tak pergi semula ke kedai tu untuk bagi tahu apa yang jadi,” dakwanya.
Muka Wanita Berubah Panik Selepas Lihat Staf Keluarkan Penyagat Untuk Scrub Kaki
Menerusi foto dikongsi, memang jelas muka wanita berkenaan seolah-olah panik dan pelik selepas melihat staf spa mengeluarkan penyagat berkenaan.
‘Staf Gosok Kaki Guna Penyagat Dengan Penuh Perasaan’ – Pelanggan
Dakwa wanita itu lagi, hampir semua staf di sana menggunakan penyagat sama bagi rawatan kaki-kaki pelanggan lain.
“Gosok pula dengan penuh perasaan. Haru la,” tambahnya.
Netizen Bimbang Pelanggan Terdedah Risiko Hidap HIV
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai meluahkan rasa bimbang dengan keselamatan pelanggan yang mendapatkan rawatan di sana.
“Boleh dapat HIV (Human Immunodeficiency Virus). Mungkin kaki orang sebelum ni pernah terluka dan darah terkena penyagat tu. Lepas tu dia (staf) sambung gosok kaki kau pula dan terluka kemudian (boleh) kena jangkitan.
“Tunggu 45 hari, pergi buat ujian darah untuk HIV,” nasihat seorang lelaki.
Malah ada juga yang mempersoal tindakan staf menggunakan alatan memasak yang tajam walhal terdapat peralatan lain yang lebih sesuai untuk rawatan kaki.
“Euw tak pro langsung. Kenapa guna benda tu (penyagat)? Padahal ada je alat khas untuk pedicure dan manicure,” ujar seorang wanita.
‘Pertama Kali & Terakhir Pergi, Seminggu Tumit Kaki Melecet’ – Pelanggan
Seorang pelanggan lain turut mendakwa kakinya berasa pedih selepas mendapatkan rawatan kaki di tempat sama.
“Pertama dan terakhir saya pergi situ. Seminggu weh sakit tumit melecet. Nak jalan pun pedih,” dakwanya.
“Itu Memang Penyagat Kematu Kaki, Tapi Boleh Luka Jika Tak Pro” – Netizen
Bagaimanapun, ada yang mendakwa itu merupakan penyagat khas untuk menyagat kaki (foot scrub) namun pengendalian yang tidak betul boleh menyebabkan kaki terluka.
“Sis tu memang penyagat kematu kaki. Bukan untuk cheese. Tak tajam sangat. Tapi kalau orang tak pro memang boleh luka kaki,” kata seorang pengguna Threads.
A little bit of writing, a little bit of design, and lots of creative experiments. Turning everyday stories into content worth a second look. “Im just a girl~” 💻💗🎀