Now Reading
Risau Motor Depan Tiada Lampu Lalui Lebuh Raya Gelap Jam 2 Pagi, Pemandu Wanita ‘Teman’ Penunggang Motosikal Sampai R&R [Video]

Risau Motor Depan Tiada Lampu Lalui Lebuh Raya Gelap Jam 2 Pagi, Pemandu Wanita ‘Teman’ Penunggang Motosikal Sampai R&R [Video]

Kongsi wanita berkenaan dalam satu hantaran di Threads, dia bertindak sedemikian kerana risau dengan keselamatan penunggang motosikal terbabit.

Ringkasan
  • Seorang wanita prihatin menemani penunggang motosikal tanpa lampu melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang gelap dan sunyi pada waktu malam.
  • Wanita berkenaan memandu perlahan sambil menyuluhkan lampu kenderaannya untuk membantu penunggang motosikal selamat hingga ke R&R Sungai Perak.
  • Perkongsian di Threads mendapat lebih 118,000 tontonan, dengan ramai warganet memuji sikap prihatin dan ihsan wanita tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Majoriti rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap prihatin dan suka membantu antara satu sama lain.

Asal nampak mereka yang dilanda kesusahan atau memerlukan pertolongan sahaja, pasti ada yang segera menghulurkan bantuan meskipun tidak saling mengenali sesama sendiri.

Pemandu Wanita Teman Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya

Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian seorang wanita yang menemani seorang penunggang motosikal ketika dia berada di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Perkara itu dikongsikan oleh wanita terbabit dalam satu hantaran di Threads @naacemeyyy._.

Jelas wanita berkenaan, dia bertindak sedemikian kerana risau dengan keselamatan penunggang motosikal terbabit yang berada di hadapannya.

Apatah lagi, keadaan lebuh raya yang gelap ditambah pula dengan kondisi motosikal penunggang berkenaan yang tidak mempunyai lampu.

“Walaupun saya tak kenal abang, tapi saya risau sangat-sangat sebab motosikal langsung tak ada lampu, highway (lebuh raya) sunyi, gelap, banyak lori dan bas bawa laju-laju,” tulisnya.

Menerusi video yang dikongsikan dalam hantaran sama, kelihatan penunggang motosikal berkenaan bergerak di laluan kiri jalan manakala kereta milik wanita berkenaan dipandu secara perlahan sambil lampu kenderaan miliknya itu dilihat menyuluh laluan sama yang dilalui oleh penunggang terbabit.

Penunggang Motosikal Rupanya Perasan Ada Yang Ikut, Angkat Tangan Dipercayai Tanda Terima Kasih

Apa yang menjadi perhatian adalah wanita itu mendakwa penunggang motosikal terbabit siap mengangkat tangan sebaik tiba di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak arah utara.

Difahamkan, perbuatan mengangkat tangan itu dipercayai tanda terima kasih penunggang motosikal kepada pemandu wanita berkenaan kerana telah menemaninya.

“Alhamdulillah, dapat teman sampai R&R Sungai Perak. Terkejut tengok abang ni angkat tangan dekat saya waktu dah sampai R&R. Ingatkan tak perasan kita teman. Semoga di permudahkan segala urusan,” tulis wanita berkenaan.

Kongsi wanita itu kepada BuzzKini, dia menemani penunggang motosikal berkenaan ketika melalui lebuh raya terbabit berhampiran Kampung Rambai 7 pada Ahad (27 September) jam 2.42 pagi.

View on Threads

Warganet Puji Sikap Prihatin Wanita, Rupanya Ada Yang Melihat Kebaikannya

Perkongsian yang telah mendapat lebih 118,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan wanita berkenaan yang prihatin sehingga sanggup menemani penunggang motosikal terbabit.

Malah, ramai juga yang mendoakan kebaikan buat wanita berkenaan asbab kebaikan dan ihsan yang dibuat terhadap penunggang motosikal terbabit.

Bukan itu sahaja, rupanya ada warganet yang melihat situasi berkenaan pada mulanya berasa hairan dengan kereta milik wanita terbabit yang dipandu perlahan di lebuh raya.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Ya, Kami Perasan Kereta Ni Follow Motor Tu, Mula Hairan Juga Kenapa Perlahan, Rupanya Tolong Suluhkan Motor Tu. Terima Kasih Untuk Kamu Yang Baik Hati, Pastinya Ada Kebaikan Abang Tu Allah Dorong Kamu Bantu Dia”

“Terima Kasih Orang Baik, Mungkin Sebab Awak Tolong Dia, Dia Terselamat Dari Benda Tak Elok, Highway Sini Bahaya”

“Terima Kasih Teman Dia, Semoga Ke Depan Hari Baik-Baik Sahaja Selalu”

“Masya-Allah, Terbaik Sis! Benda Nampak Simple Dan Kecil Tapi Membantu Orang Lain Menjaga Nyawa Adalah Satu Amalan Mulia”

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Sanggup Pandu Kereta Dengan Perlahan Demi Bantu Warga Emas Lalu Jalan Gelap [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Demi Anak Sakit, Ibu Sanggup Kayuh Basikal Dalam Gelap Untuk Jemput Ambulans [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.