Now Reading
Rider Langgar Pelajar Sekolah Di Lintasan Zebra Kuning Undang Perdebatan Ramai [Video]

Rider Langgar Pelajar Sekolah Di Lintasan Zebra Kuning Undang Perdebatan Ramai [Video]

Menerusi video yang dikongsikan kelihatan motosikal tersebut datang dari arah kiri sebelum merempuh pelajar yang sedang melintas di garisan zebra berkenaan.

Ringkasan
  • A viral dashcam video shows a female student being hit by a delivery rider while crossing a zebra crossing, causing both to fall.
  • The incident sparked public debate, with many criticizing the rider's speed and questioning whether parked cars near the zebra crossing created a dangerous blind spot.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap pengguna jalan raya pasti mengetahui bahawa kenderaan perlu memperlahankan kenderaan dan berhati-hati apabila melalui kawasan pejalan kaki terutama apabila terdapat garisan zebra atau lintasan zebra kuning untuk melintas dan sebagainya.

Tular rider langgar pelajar perempuan melintas di garisan kuning

Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang pelajar sekolah yang dilanggar oleh seorang penunggang motosikal sewaktu melintas di lintasan pejalan kaki kuning.

Menerusi video dashcam yang dikongsikan awalnya kelihatan seorang pelajar perempuan turun daripada sebuah kereta Perodua Axia yang berhenti di hadapan lintasan zebra kuning.

Pelajar yang memakai baju sukan serta tudung sekolah itu kemudiannya memandang sekilas ke kanan sebelum melintas di zebra kuning.

Rider langgar pelajar sekolah

Tidak lama kemudian datang seorang rider yang merupakan penghantar barang secara tiba-tiba muncul dengan melulu sebelum merempuh pelajar yang sedang melintas itu.

Akibat rempuhan itu kelihatan pelajar itu terpelanting dan berguling di atas jalan. Manakala rider itu turut jatuh dan motosikalnya terseret di atas jalan.

Pemandu Perodua Axia berlari dapatkan pelajar dirempuh

Tidak lama kemudian, pemandu Perodua Axia itu dipercayai ibunya berlari keluar daripada kenderaan untuk memeriksa keadaan pelajar berkenaan.

Pelajar itu kemudiannya dialih ke pembahagi jalan sebelum datang orang ramai yang berada di kawasan itu untuk memberikan bantuan.

Menerusi video dashcam terbabit insiden itu dipercayai berlaku pada 28 September sekitar jam 11.36 pagi.

View on Threads

Video papar insiden libatkan pelajar undang perdebatan

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengkritik rider itu dan mempersoal tindakannya membawa motosikal dengan laju di garisan lintasan pejalan kaki.

Namun ada juga mendakwa pelajar berkenaan tidak melihat kiri dan kanan sewaktu melintas.

Akan tetapi ada juga yang mengatakan pelajar itu sudah melihat kiri dan kanan sebelum melintas dan dilanggar oleh motosikal terbabit.

Tidak kurang ada yang berpendapat Perodua Axia dan juga kenderaan dashcam tidak sepatutnya berhenti di kawasan zebra kuning.

Bukan hanya itu, ada juga mendakwa tempat kejadian itu bukanlah kawasan sekolah seperti yang disangka oleh orang ramai.

Ramai minta pihak berkuasa ambil tindakan lanjut

Selain itu, ramai yang meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut susulan tular video memaparkan rider terbabit merempuh pelajar perempuan itu.

Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan dimanakah lokasi sebenar insiden yang berlaku serta keadaan pelajar dan juga rider berkenaan.

“Awak parkir sebelum garisan Zebra lepas tu kongsi video dashcam? Saya harap awak kena saman sekali polis. Awak buat blind spot”

“Lajunya bawa motosikal. Tak tengok dah kawasan sekolah ke hospital ke..”

“Motor laju dalam kawasan sekolah satuu hal. Yang kereta parkir sebelum garisan Zebra ni pun salah juga. Dah kau parkir dekat situ mana orang nak nampak”

“Itu bukan kawasan sekolah itu memang jalan besar tak lama lagi akan tembus Bandar Seri Coalfields aku tengok kawasan bumbung ini kiri dengan kawasan sekolah..”

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Langgar Pelajar Melintas Di Depan Sekolah, Polis Cari Penunggang Motosikal [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman Dashcam Pemandu Wanita Terlanggar Pelajar Sekolah Sedang Melintas Undang Pelbagai Reaksi [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.