“Baik Bagi Orang Lama Dalam Bidang Seni” – Pelantikan Shahrol Shiro Sebagai Tenaga Pengajar Di UKM Cetus Perdebatan
Berdasarkan perkongsian berkenaan, Shahrol yang merupakan Juara Raja Lawak Musim Ke-6 dilantik menjadi tenaga pengajar di Fakulti Pengajian Sains Citra bagi semester I sesi 2026/2027 untuk kursus Seni Lakon I di kampus UKM yang terletak di Bangi.
Shahrol Shiro, bekas ahli kumpulan pelawak Shiro dan Juara Raja Lawak Musim Ke-6, dilantik sebagai tenaga pengajar kursus Seni Lakon I di UKM bagi sesi 2026/2027.
Ramai warganet mempersoal kelayakan Shahrol, mencadangkan pelakon berpengalaman seperti Namron, Bront Palarae, dan Sabri Yunus lebih layak menerima jawatan tersebut.
Latar belakang Shahrol merangkumi bidang politik, lakonan, dan penyiaran radio, serta beliau pernah menjadi calon Barisan Nasional dalam PRN Johor 2022.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (27 September) bekas ahli kumpulan pelawak Shiro, Shahrol dalam satu hantaran di Instagram telah berkongsi berita gembira apabila dia ditawarkan menjadi tenaga pengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Shahrol Shiro Jadi Tenaga Pengajar Bagi Subjek Seni Lakon, Sambut Baik Tawaran UKM
Menerusi hantaran sama, Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi turut berkongsi surat tawaran bertarikh 10 September 2026 yang diperolehinya.
Berdasarkan perkongsian berkenaan, Shahrol yang merupakan Juara Raja Lawak Musim Ke-6 dilantik menjadi tenaga pengajar di Fakulti Pengajian Sains Citra bagi semester I sesi 2026/2027 untuk kursus Seni Lakon I di kampus UKM yang terletak di Bangi.
“Komedi memerlukan keberanian serta keyakinan individu berdiri di atas pentas yang diadun bersama kemahiran komunikasi yang sangat baik.
“Kemahiran ini sangat diperlukan hari ini yang menjadi asas dalam menyampaikan mesej memandangkan waktu fokus generasi hari ini sangat singkat.
“Saya menyambut baik tawaran Universiti Kebangsaan Malaysia UKM sebagai salah seorang tenaga pengajar kursus citra universiti sesi 2026/2027.
“Semoga komedi beredukasi ini dapat membantu perjalanan di lapangan kelak. Jumpa nanti ya adik-adik UKM,” katanya.
Warganet Beri Pelbagai Reaksi Perkongsian Shahrol Sebagai Tenaga Pengajar
Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Ramai yang menzahirkan ucapan tahniah atas tawaran berkenaan namun ramai juga yang mempersoal pelantikan pelawak terbabit.
Antaranya, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Najib Bakar yang berpendapat ramai lagi individu lebih layak menerima jawatan tersebut antaranya seperti pelakon Namron, Bront Palarae atau Sabri Yunus.
Sekadar info, Shahrol yang juga seorang pelakon dan bekas penyampai radio turut dikenali dengan penglibatannya dalam bidang politik tanah air bersama UMNO.
Malah, Shahrol turut aktif dalam gerakan politik di Johor serta pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kluang (MPK).
Pada 26 November 2025, Shahrol berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan perniagaan dan pemasaran digital di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Ini antara komen warganet yang lain:
“Selamat Bertugas Shahrol”
“Mohon UKM Bagi Penjelasan Apa Kelayakan Shahrol Shiro Sehingga Boleh Dilantik Jadi Pensyarah, Ini Bukan Soal Iri Hati, Tapi Demi Integriti Sebuah Universiti”
“Semoga Menggalas Tanggungjawab Dengan Cemerlang!”
“Macam Mana Pelawak Boleh Jadi Tenaga Pengajar Ni? Apa Kelayakan Dia Ni? Rosak La Anak-Anak Muda”
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.