
Tular Pengumuman Kod Merah Di HSA, Bayi Meninggal Dunia Beberapa Hari Selepas Pemergian Ibu
Kongsi Ain kepada BuzzKini, doktor beberapa hari lalu telah memaklumkan kepada adik iparnya bahawa mereka akan mencabut bantuan oksigen daripada bayi berkenaan sekiranya tiada respon yang diterima selepas tempoh 48 jam.
- Norin Azeera Mohd Shahindar meninggal dunia di Hospital Shah Alam selepas mengalami pecah limpa dan pendarahan semasa hamil 34 minggu.
- Bayi perempuan arwah, Nur Adreena Mikayla, turut meninggal dunia pada jam 1.10 petang, beberapa hari selepas pemergian ibunya.
- Anak sulung arwah yang berusia sembilan tahun dan menghidap autism meraung kesedihan selepas jenazah ibunya dimasukkan ke dalam van.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular di media sosial video hantaran seorang pengguna mengenai pengumuman kod merah (Red Code) ketika menunggu di Hospital Shah Alam (HSA).
Apa yang menjadi perhatian adalah salah seorang pengguna lain mendakwa pesakit yang terlibat dengan kod tersebut merupakan kakaknya, Norin Azeera Mohd Shahindar yang baru sahaja melahirkan seorang bayi.
Namun sehari kemudian, pengguna terbabit memaklumkan kakaknya itu telahpun menghembuskan nafas terakhir di hospital sama.
View on Threads
Bayi Perempuan Menyusul Beberapa Selepas Hari Pemergian Ibu
Terbaharu, bayi yang baru dilahirkan oleh Arwah Norin Azeera yang diberi nama Nur Adreena Mikayla juga telah mengikuti jejak ibunya apabila menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.10 petang tadi.
Perkara itu dimaklumkan oleh kakak arwah yang dikenali sebagai Nurul Ain dalam satu hantaran di TikTok @queeennn2110.
“Assalamualaikum. Dukacita ingin maklumkan, anak arwah adik saya, Norin Azeera Binti Mohd Shahindar telah disahkan meninggal jam 1.10 petang tadi.
“Terima kasih semua yang telah mendoakan buat arwah adik saya dan anaknya. Semoga Allah balas segala kebaikan,” tulisnya.

Bayi Asalnya Akan Cabut Oksigen Pada Hari Isnin, Otak & Buah Pinggang Tak Berfungsi
Kongsi Ain kepada BuzzKini, doktor sebelum ini telah memaklumkan kepada adik iparnya (suami arwah) bahawa mereka akan mencabut bantuan oksigen daripada bayi berkenaan sekiranya tiada respon yang diterima selepas tempoh 48 jam.
Namun, suami arwah adiknya itu meminta untuk menangguh tindakan terbabit sehingga hari Ahad (27 September) ini sebelum doktor menetapkan pada hari Isnin (28 September) depan.
Pun begitu, Ain kemudiannya memaklumkan bahawa pihak hospital telah memanggil kesemua ahli keluarga untuk hadir memandangkan keadaan bayi yang sedang nazak.
Kongsi Ain lagi, otak dan buah pinggang anak buahnya itu tidak berfungsi selepas 48 jam dengan bantuan oksigen serta tiga jenis ubat.
Adik Mengadu Sakit Perut, Rupanya Limpa Pecah & Terpaksa Jalani Pembedahan C-Sec
Kongsi Ain ketika menjawab persoalan warganet, arwah adiknya yang hamil 34 minggu sebelum ini mengadu sakit pada petang Isnin (21 September) lalu.
“Bila sampai dekat hospital, arwah mula sesak nafas. Punca itu juga jantung terhenti selama 20 minit.
“Doktor sempat buat CPR kemudian emergency Czer untuk keluarkan bayi dan pendarahan banyak dari pecah saluran limpa, terus kena buat operation buang limpa arwah,” kongsinya.

Arwah & Suami Sudah Lama Menanti Anak Perempuan
Lebih menyedihkan, Ain berkongsi arwah adiknya serta suami sudah lama menanti kehadiran bayi perempuan malah berasa amat gembira sebaik mengetahui jantina bayi dalam kandungan.
Difahamkan sebelum ini, arwah Norin telahpun memperolehi tiga orang anak lelaki yang masing-masing berusia 9, 7 dan 4 tahun.
Tular Rakaman Video Anak Arwah Meraung Kesedihan Selepas Jenazah Ibu Dimasukkan Ke Dalam Van
Sebelum ini, turut tular rakaman video yang memaparkan anak sulung arwah Norin meraung kesedihan selepas jenazah ibunya dimasukkan ke dalam van.
Perkongsian itu nyata meruntun hati ramai apatah lagi kanak-kanak yang berusia sembilan tahun dan menghidap autism itu sememangnya diketahui rapat dengan ibunya.
Malah, terdapat beberapa individu yang turut memeluk dan menenangkan kanak-kanak lelaki terbabit dengan salah seorang daripada mereka dilihat bergenang air mata.
Tonton video penuh [DI SINI]
Warganet Zahir Ucapan Takziah, Doa Keluarga Terus Kuat
Perkongsian yang telah mendapat lebih 129,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut bersedih dan menzahirkan ucapan takziah buat Ain sekeluarga.
Malah, ramai juga yang mendoakan agar mereka sekeluarga terus kuat menempuh hari-hari mendatang.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Allahuakbar, Semoga Dua-Dua Tenang Di Sana & Ayah Dapat Tabah Membesarkan Anak-Anak”

“Dia Ikut Ibu Dia Sekali, Al-Fatihan Buat Ibu & Anak”

“Semoga Tenang Disana Akak & Anaknya, Akak & Baby Rehat Dekat Syurga Ye, Saya Ingat Lagi Senyuman Akak”

“Cantiknya, Awak Jumpa Mami Di Sana Ye Sayang”

Baca Artikel Berkaitan: “Rupanya Dia Yang Tinggalkan Saya”- Tular Isteri Meninggal Dalam Pelukan, Suami Kongsi ‘Tanda’ Isteri Sebelum Pergi
Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Allah Atas Pinjaman” – 11 Tahun Penantian, Lelaki Reda 2 Bayi Kembar Meninggal Dunia [Video]
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.





