Now Reading
Pelanggan Jumpa Serangga Dalam Lauk Kari Di Restoran, Ada Kata Lipas Atau Kumbang [Video]

Pelanggan Jumpa Serangga Dalam Lauk Kari Di Restoran, Ada Kata Lipas Atau Kumbang [Video]

Menurut pengguna Threads berkenaan, dia telah memaklumkan kepada pekerja mengenai serangga yang dijumpai dalam lauk terbabit dan staf telah membawa makanan tersebut ke bahagian belakang.

Ringkasan
  • Seorang pelanggan menemui serangga berwarna gelap dalam lauk kari di sebuah restoran di Taman Nilam, Kedah pada 19 September.
  • Pelanggan bernama Nija tidak pasti sama ada serangga itu kumbang atau lipas, dan telah memaklumkan kepada pekerja restoran.
  • Netizen menggesa Nija membuat laporan kepada pihak berkuasa agar pemeriksaan boleh dilakukan dan tindakan lanjut diambil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Mana-mana peniaga makanan pasti mengetahui kebersihan merupakan salah satu perkara yang perlu dititikberatkan.

Ini kerana sebarang makanan yang tercemar atau tidak dikendalikan dengan baik boleh mengundang kepada masalah kesihatan sehingga merisikokan nyawa pelanggan.

Tular pelanggan jumpa bendasing dalam lauk kari di restoran

Baru-baru ini tular satu video di media sosial apabila seorang pelanggan menemui ‘bendasing’ di dalam lauk kari di sebuah restoran.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Nija di Threads, awalnya kelihatan seekor serangga berwarna gelap dipercayai sedang cuba memanjat untuk keluar dari bekas makanan berisi lauk kari.

View on Threads

Kelihatan serangga dalam tray lauk kari

Namun serangga itu dilihat gagal keluar dan terjatuh ke dalam kuah kari berkenaan. Dalam satu lagi video yang dikongsikan kelihatan serangga itu berada di dinding bekas sebelum jatuh sekali lagi ke dalam kuah sewaktu bekas itu diangkat.

“Hmmm tengok lah sendiri. Nasi Kandar mana cuba teka,” soal Nija dalam hantaran itu.

Tak pasti jenis serangga dalam lauk terbabit

Nija ketika dihubungi memaklumkan dia tidak pasti sama ada serangga tersebut adalah kumbang atau pun lipas.

“Entah saya tak pasti. Ada cakap kumbang, ada cakap lipas. Macam anak kumbang,” katanya kepada BuzzKini.

Kata Nija, insiden itu berlaku di sebuah restoran di Taman Nilam, Kedah jam 8.45 malam pada 19 September yang lalu.

Dah maklum pada pekerja restoran

Jelas Nija dia sudah memaklumkan kepada pekerja restoran berkenaan berhubung serangga itu dan tray makanan itu kemudiannya dibawa ke belakang oleh staf.

Walau bagaimanapun, katanya dia tidak mengetahui apakah tindakan selanjutnya yang dilakukan oleh pihak restoran itu.

Ada yang kata kumbang dan ada berpendapat serangga itu adalah lipas

Menjengah ke ruangan komen, ada yang berpendapat serangga tersebut adalah kumbang dan ada juga menyifatkan ia adalah lipas.

Tidak kurang ada yang meminta Nija untuk membuat laporan kepada pihak berkenaan agar pemeriksaan boleh dilakukan untuk tindakan lanjut.

Terdapat juga pelanggan berkongsi pengalaman pernah menjumpai telur lalat dan di restoran sama.

“Report pada pihak yang buat pemeriksaan makanan tu. Bagi bukti video sekali. Biar kedai kena tutup untuk pembersihan dan kena hukuman”

“Tolong buat laporan”

“Bagi tahu lah tokei dia. Kumbang ni, musim dia ke apa? Ada datang (kumbang) rumah juga”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.