
Mengidam Kari Orang India Masak, Ibu Mengandung Terharu Ramai Sudi Penuhi Permintaan, Siap Ada Yang Tolong Hantarkan [Video]
Kongsi wanita berkenaan yang kini sedang hamil enam bulan, dia tidak kisah sama ada perlu membuat bayaran asalkan keinginannya itu dapat dipenuhi.
- A six-month pregnant woman craved Indian-cooked curry and posted about it on Threads, willing to pay to fulfill her craving.
- Netizens Nesh, Nanthini, and Iswa kindly cooked and delivered various curry dishes to the grateful expecting mother.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Mengidam atau keinginan untuk mencuba sesuatu perkara sememangnya amat sinonim dengan wanita yang sedang hamil.
Mungkin ada yang menganggap ia perkara biasa namun bagi mereka yang melaluinya, keadaan itu kadangkala boleh meninggalkan rasa sedih dalam diri sekiranya keinginan tersebut tidak dipenuhi.
Wanita Mengidam Makan Kari Yang Dimasak Oleh Orang India
Baru-baru ini, seorang wanita hamil telah memuat naik satu hantaran menyatakan keinginannya untuk merasai kari yang dimasak oleh orang India.
Perkara itu dikongsikan oleh wanita berkenaan dalam satu hantaran di Threads @orkedhd.
Kongsi wanita berkenaan yang kini sedang hamil enam bulan, dia tidak kisah sama ada perlu membuat bayaran asalkan keinginannya itu dapat dipenuhi.
“Pregnant (mengandung) ni teringin kari yang orang India masak. Hmm tapi takde jiran India. Mana saya boleh beli ya? Bayar pun takpe. Tak boleh tidur sekarang sebab membayangkan kari tu.
“Tak nak yang kedai mamak or masak sendiri,” tulisnya.
View on Threads
Jelas wanita itu lagi, keinginan itu datang secara tiba-tiba selepas melihat siaran langsung seorang pasangan India yang memasak hidangan berkenaan.
“Please korang janganlah kecam saya, cakap saya minta simpati la or meminta-minta. Ada yang DM pula macam tak suka. Ni random post je tau. Tak dapat pun takpelah.
“Kisahnya malam tadi tertengok live Tiktok Indian couple ni dorang masak kari dan makan sama-sama. So, i macam terliur la tengok dorang makan sampai habis. Tu je,” tulisnya.

Wanita Terharu Warganet Sanggup Penuhi Permintaan, Siap Tolong Masak & Hantarkan
Namun apa yang menjadi perhatian adalah rupanya ada beberapa warganet berbangsa India sanggup memenuhi permintaan ibu mengandung itu dengan memasak serta menghantar hidangan berkenaan kepadanya.
Menerusi hantaran berasingan, wanita berkenaan berkongsi kegembiraannya mendapat masakan kari dari seorang lelaki yang dikenali sebagai Nesh.
“Korang, ingat tak saya ibu mengandung yang craving kari orang India masak? Hahaha abang ini antara yang sanggup nak masakkan craving I tu. Sedap sangat dan happy.
“Nanti I akan post another thread untuk akak-akak yang baik hati masakkan juga tu,” tulisnya.
View on Threads
Menerusi perkongsian itu, bukan hanya sekadar kari ikan, malah lelaki terbabit turut memasakkan hidangan dari sayur peria dan daun pucuk moringa.
Malah, wanita itu turut berkongsi satu lagi hidangan kari yang disediakan istimewa buat dirinya oleh seorang lagi warganet yang dikenali sebagai Nanthini.
“Okay last, saya nak buat penghargaan untuk akak Nanthini sebab dia orang pertama yang dm (mesej peribadi) saya bersungguh nak masakkan kari. Thank you so much.
“Semoga rezeki you and your family dapat lebih banyak lagi. Korang doakan akak ni juga ya.
“Saya boleh duduk diam mulai hari ni sampai bersalin. Rezeki Allah hantar orang orang baik bantu lepas ngidam saya.
“Terima kasih semua sudi baca thread saya yang asalnya just a random post, bertukar kepada post penghargaan berbilang bangsa,” tulisnya.
View on Threads
Menerusi hantaran sama, wanita itu turut berkongsi hidangan yang dimasak oleh Nanthini berupa kari ayam dan sayur bayam.
Bukan hanya Nanthini dan Nesh, terdapat seorang lagi warganet yang dikenali sebagai Iswa turut sudi menyediakan hidangan kari ayam, kacang buncis tumis serta papadom buat dirinya.
Kongsi wanita itu lagi, setiap hidangan kari yang diterima mengandungi rasa yang berbeza.
Malah, dia turut menzahirkan ucapan terima kasih atas kesanggupan warganet yang sanggup memenuhi permintaannya itu.
View on Threads
Ramai Puji Tindakan Orang Ramai Penuhi Permintaan Ibu Mengandung
Perkongsian yang telah mendapat lebih 44,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji kebaikan dan keprihatinan kesemua individu berkenaan yang sanggup memenuhi permintaan ibu mengandung tanpa mengira perbezaan latar belakang dan agama.
Tidak kurang ramai juga yang teringin dan menyatakan hasrat untuk mencuba hidangan berkenaan.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Kita Rakyat Malaysia, Hidup Berharmoni”

“Kitaorang Dulu Time Dekat Flat, Ada Baik Dengan Family Aunty India. Tiap Kali Deepavali Memang Pergi Makan Dekat Rumah Dia”

“Tengok Warna & Kepekatan Kari Dah Tahu Rasanya Mesti Sampai Ke Langit, Sedapnya. Syukur Sis Dapat Lepas Mengidam, Baiknya Rakyat Malaysia Kita”

“Terbaik La Rakyat Malaysia, Tapi Kari India Memang Sedap”

Baca Artikel Berkaitan: “Lama Mengidam” – Ibu Hamil Menangis Lepas Berjaya Beli Karipap Kambing Penjara [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Suami Tunai Permintaan Isteri Mengidam Nak Naik Motosikal URB Polis Sebelum Bersalin [Video]
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.







