Now Reading
‘Rasuah & Penyelewengan Satu Jenayah & Dosa, Tak Wajar Sokong Perbuatan Salah Tak Kira Parti Apa Pun’ – Ustazah Norhafizah

‘Rasuah & Penyelewengan Satu Jenayah & Dosa, Tak Wajar Sokong Perbuatan Salah Tak Kira Parti Apa Pun’ – Ustazah Norhafizah

Pendakwah bebas dan pakar motivasi, Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa menerusi hantaran di akaun Threads mengingatkan agar tidak menyokong perbuatan sebegitu tidak kira pemahaman politik masing-masing.

Ringkasan
  • Rasuah, penyelewengan, dan pecah amanah adalah jenayah dan dosa; Rasulullah SAW melaknat pemberi dan penerima rasuah.
  • Ustazah Norhafizah menegaskan jangan sokong atau normalisasikan perbuatan salah, tak kisah parti apa pun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pendakwah bebas dan pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa mengingatkan orang ramai bahawa kegiatan rasuah, penyelewengan dan pecah amanah merupakan satu jenayah dalam undang-undang dan dikategori sebagai dosa.

Ustazah Norhafizah Tegur Jangan Berpihak Kepada Kesalahan Rasuah, Penyelewengan & Pecah Amanah

Sehubungan itu, Ustazah Norhafizah menasihatkan orang ramai agar tidak berpihak atau menyokong kesalahan-kesalahan terbabit.

“Rasuah, penyelewengan, pecah amanah ini satu jenayah dalam undang-undang dan dosa. Maka jangan berpihak pada kesalahan-kesalahan ini.

“Memang kita tak boleh mengecam dan menghina pelakunya kerana setiap manusia selagi tak nazak nak meninggal dunia, masih ada peluang taubat dan islah (memperbaiki diri),” tegurnya.

Memetik Pejabat Mutfi Wilayah Persekutuan, Rasulullah SAW juga melarang perbuatan rasuah dengan melaknat golongan yang terlibat dalam jenayah tersebut. Baginda SAW bersabda:

لعنَ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليْهِ وسلَّمَ الرَّاشِيَ والْمُرْتَشِيَ

Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat orang yang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah.”

[Riwayat al-Tirmizi]

“Tak Kisah Parti Apa, Salah Tetap Salah” – Ustazah Norhafizah

Jelas pendakwah itu, pintu taubat yang sentiasa terbuka untuk setiap manusia tidak menjadi tiket kepada individu lain untuk menormalisasi sesuatu kesalahan.

“Tapi menyokong, menormalisasikan perbuatan salah seperti rasuah dan pecah amanah seolah-olah itu benda biasa sahaja adalah sangat tidak wajar. Tak kisah lah apa parti pun, salah tetap salah,” tegasnya dalam hantaran sama di laman Threads semalam, (21 September).  

View on Threads

Teguran Ustazah Norhafizah Cetus Perdebatan

Menerusi ruangan balas, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pendapat ustazah yang mana kesalahan besar seperti itu tidak sepatutnya disokong.

“Setuju. Kita boleh hormat manusia tanpa meredai perbuatan yang salah. Salah tetap salah. Tak kira siapa atau parti mana. Yang penting tegur dengan adab dan beri ruang untuk taubat serta perbaiki diri,” kata seorang lelaki.

“Alhamdulillah akhirnya ada agamawan yang bersuara,” tambah seorang lagi warganet.

“Terima kasih ustazah atas pencerahan yang sedia dah kita faham. Semoga yang belum faham dan buat-buat tak faham akan lebih faham lagi selepas ini. Jangan normalisasi menghalalkan perkara yang haram,” kata seorang lagi individu.

Meskipun hantaran Ustazah Norhafizah itu tidak menyebut sebarang nama dan kenyataannya lebih berbentuk umum, namun ada setengah netizen yang mengaitkan hantaran itu dengan isu politik semasa.

Ada juga yang menyebut (tag) beberapa ahli politik terkenal.

Berikut antara komen-komen orang ramai:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: ‘Ia Termasuk Kategori Rasuah’, Haram Bagi & Terima Duit Untuk Raih Undi – UAI [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.