
Hasil Jual Makanan Menggunakan Vending Machine Inisiatif Pendapatan Rakyat Selama 2 Tahun, Wanita Dapat RM150,000 [Video]
Menurut peserta Program IPR, Syafiqah dapat membesarkan dapur rumah, membeli kereta yang digunakan untuk berniaga, dan membeli peti sejuk beku hasil daripada perniagaan itu.
- Syafiqah Jais, a cancer patient and entrepreneur, earned RM150,000 over two years selling food via Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) vending machines at Hospital Muar, Johor.
- Her monthly sales averaged RM6,500, peaking at RM12,000, enabling her to buy supplements, renovate her kitchen, and purchase a car for her business.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan vending machine merupakan salah satu cara rakyat membeli barangan seperti makanan dan minuman. Penggunaan yang meluas turut membuatkan ramai yang turut memilihnya sebagai medium perniagaan.
Wanita dapat RM150,000 hasil 2 tahun jalankan perniagaan vending machine IPR jual makanan
Baru-baru ini Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir telah berkongsi bagaimana seorang wanita yang juga usahawan, Syafiqah Jais menerusi program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mendapat keuntungan melalui makanan yang dijual menggunakan vending machine.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Syafiqah memaklumkan dia telah mendapat sebanyak RM150,000 sepanjang dua tahun melakukan jualan makanan menggunakan vending machine yang diletakkan di Hospital Muar, Johor.
Jualan paling tinggi untuk sebulan RM12,000 pernah dimiliki
Jelasnya jualannya yang paling tinggi pernah dimiliki adalah RM12,000 manakala purata jualannya untuk sebulan sekitar RM6,500.
Kata Syafiqah setiap hari dia akan menambah makanan di dalam vending machine IPR itu sebanyak dua kali iaitu pada waktu sarapan jam 7 pagi dan makan tengah hari iaitu pukul 12 tengah hari.
Jual pelbagai jenis makanan di Hospital Muar
Operasi jualan untuk vending machine IPR itu juga akan berlangsung bermula dari hari Isnin sehingga Jumaat.
Antara makanan yang dijual dalam vending machine itu seperti:
- Wanpaku ayam telur (sandwic)
- Mashed potato meatball
- Spaghetti bolognese
- Spaghetti carbonara
- Loaded potato
- Vietnam roll
- Nasi butter ayam korea
- Chicken chop
- Burger ayam rangup
Jual semua makanan dalam vending machine RM5
Menurut Syafiqah kesemua makanan yang dibuatnya itu dijual pada harga RM5 dan antara makanan yang sering menjadi kegemaran ramai adalah loaded potato.
Lebih menarik Syafiqah turut berkongsi perubahan yang dirasai sepanjang melakukan perniagaan vending machine itu kepada Akmal.
Merupakan pesakit kanser, hasil jualan dapat beli supplement, besarkan dapur, beli kereta untuk berniaga
“Saya sendiri adalah pesakit kanser. Hasil daripada program ini dapatlah saya beli supplement (makanan tambahan) saya sekitar RM400-RM500.
“Rumah saya dapat besarkan dapur, dapat beli kereta untuk buat kerja,” katanya dalam video itu.
Bukan hanya itu, Syafiqah turut membawa menteri ekonomi ini untuk berkunjung ke rumahnya bagi melihat keadaan sebelum dan selepas rumah diubah suai.
Kongsi pengalaman sebelum ubah suai dapur cuma dapat buat 50 pek makanan sahaja
Katanya sewaktu dapur yang lama dia tidak dapat menyediakan makanan bagi jumlah yang banyak memandangkan ia hanya mencukup sebanyak 50 pek sahaja.
Malah dengan perniagaan vending machine atau mesin layan diri tersebut dia juga turut membuat pelaburan dengan membeli peti sejuk beku untuk menyimpak stok.
Selain menyediakan makanan untuk vending machine IPR itu, Syafiqah turut mengakui peluang perniagaannya juga berkembang apabila ada yang membuat tempahan makanan untuk jamuan atau ketika bulan puasa di hospital tersebut.
Syafiqah juga ada memberikan sedikit tips bagi mana-mana usahawan yang mahu mula mencuba perniagaan vending machine IPR.
3 minggu pertama buat vending machine makanan tak habis
“Pertamanya kita kena tengoklah lokasi mesin ni dekat mana, untuk permulaan mesin ni dalam masa tiga minggu makanan tidak habis.
“Inisiatif peserta (peniaga) untuk belajar, kalau makanan itu tak laku takkan kita nak tunggu sahaja.”
Tambahnya Syafiqah lagi, dia sebelum ini menjual kuih-muih dan mendapat pulangan sekitar RM500 untuk sekali hantaran dan dia kebiasaannya akan membuat penghantaran seminggu sekitar tiga ke empat kali.
Dia turut memuji program seperti IPR adalah sangat bagus, khususnya untuk peniaga dari rumah sepertinya kerana dapat meningkatkan taraf ekonomi.
@akmalnasir.my “YB asyik share yang indah indah je tentang vending machine IPR ni. Bukan senang nak buat benda ni” 😏 Eh, jarang sebenarnya apa-apa kejayaan datang bergolek. Kita tengok orang itu senang-senang berjaya tapi mesti ada kesusahan dan keperitan di sebaliknya. Macam Kak Syafiqah yang merupakan salah seorang peserta kita ini. Kak Syafiqah ni seorang fighter kanser ! Permulaan beliau memulakan menjual makanan di vending machine IPR ini pun bukan indah belaka. Pada tiga minggu pertama, makanan yang beliau letak itu tak habis terjual 😢 Tetapi berkat usaha R&D makanan berdasarkan citarasa pelanggan, beliau kini ranking nombor 11 dari segi prestasi jualan IPR INSAN ‼️ Tengoklah menu dia dekat mesin gedegung ni. Lebih daripada 5 menu dia masak setiap hari. Keep on fighting Kak Syafiqah ! Saya doakan kesihatan yang terbaik untuk Kak Syafiqah. #fyp #fypシ゚viral
♬ original sound – Akmal Nasir – Akmal Nasir
BACA ARTIKEL BERKAITAAN: Wanita Jual Makanan Air Tangan Sendiri Di Vending Machine Buat Ramai Teruja [Video]
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.






