
Tak Perlu Jual Buah Pinggang, Yes Ada Cara Berbaloi Untuk Korang Beli iPhone 18 Pro Baharu
Untuk tahun ini, Yes tampil dengan lebih banyak pilihan tawaran untuk mereka yang mahu membeli Phone 18 Pro atau Pro Max.
- Yes menawarkan tiga cara fleksibel untuk memiliki iPhone 18 Pro: Infinite+, Infinite Cashback dan Ryt Bank Exclusive, yang sesuai dengan bajet berbeza.
- With Infinite+, korang boleh dapat iPhone 18 Pro dari RM194 sebulan tanpa deposit, dengan penjimatan sehingga RM243 berbanding harga RRP.
- Infinite Cashback pula membolehkan pembeli tunai jimat sehingga RM2,395 dalam tempoh 36 bulan, tanpa terikat dengan sebarang kontrak telco.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Peminat dunia gajet dan teknologi pasti tahu yang Apple baru sahaja melancarkan siri iPhone 18 Pro dan 18 Pro Max yang mana ia akan tersedia di pasaran tempatan bermula Jumaat (18 September) ini.
Harga yang ditawarkan adalah mengikut kapasiti storan iaitu:
- iPhone 18 Pro: 256GB (RM5,499), 512GB (RM6,499), 1TB (RM8,499) dan 2TB (RM11,499)
- iPhone 18 Pro Max: 256GB (RM5,999), 512GB (RM6,999), 1TB (RM8,999) & 2TB (RM11,999)

Kalau dahulu, ramai yang merasakan harga iPhone khususnya model teratas terlalu mahal dan hanya sesuai untuk golongan pertengahan atau elit, tapi sekarang semua sudah berubah. Terdapat pelbagai cara yang menjadikan peranti flagship ini lebih mudah untuk dimiliki.
Malah Yes antara Telco popular di Malaysia dengan tawaran paling mampu milik untuk mereka yang mahu memiliki iPhone menerusi kontrak telco.
Tapi nak tahu apa yang lagi menarik?
Untuk tahun ini, Yes tampil dengan lebih banyak pilihan tawaran untuk mereka yang mahu membeli Phone 18 Pro atau Pro Max.
Pendek kata pilihan ini membolehkan pelanggan mengikut kemampuan dan gaya pembelian masing-masing.
Jadi di bawah kami kongsikan 3 pilihan dari Yes yang dapat disesuaikan dengan keperluan dan ‘poket’ buat anda yang merancang nak membeli iPhone 18 Pro atau iPhone 18 Pro Max.
Barulah bijak membeli, menang memakai!
#1 Infinite+ : Untuk anda yang mahukan iPhone 18 Pro bersama kontrak telco

Buat anda yang bercadang untuk daftar kontrak telco bersama peranti baharu, inilah pilihan yang paling mesra poket.
Jika diringkaskan program Infinite+ ini adalah pelan bundle peranti dengan telefon pintar bersama kontrak 24 atau 36 bulan.
Dengan Infinite+ anda tidak perlu membayar wang pendahuluan kerana bayaran permulaan adalah RM0 dan bayaran ansuran sehingga 36 bulan pula tidak dikenakan sebarang faedah. Ya 0%!
Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapat penjimatan sekiranya membeli iPhone dengan pelan ini berbanding membeli peranti ini di luar.
Sebagai contoh, untuk kontrak 36 bulan, bayaran peranti hanya RM146 sebulan, ditambah pelan Infinite+ Basic RM58, menjadikan jumlah bayaran RM204 sebulan. Tapi dengan rebat bil RM360, anda dapat penjimatan RM10 sebulan selama 36 bulan, jadi jumlah yang perlu dibayar setiap bulan hanya RM194 untuk peranti bersama pelan postpaid.
Kalau anda amati dengan teliti, anda sebenarnya hanya membayar RM5,256 untuk harga peranti berbanding harga runcit disyorkan (RRP) iaitu RM5,499. Jadi anda jimat RM243!
Pelan ini juga memberikan data dan kelajuan 5g advanced tanpa batasan. Percaya atau tidak inilah yang menjadikan Yes penyedia telco paling mampu milik untuk memiliki iPhone selama tiga tahun berturut-turut.
Untuk pra-tempah pula, anda akan menerima pengecas percuma bernilai RM169.
P/S: Tempoh pra-tempah adalah dari 12 September 2026, jam 8.00 malam hingga 18 September 2026, jam 7.30 pagi.
#2 Infinite Cashback : Untuk anda yang nak beli iPhone secara tunai
Untuk anda yang nak beli iPhone secara terus AKA tunai dan dalam masa sama tak nak terikat dengan kontrak telco, Infinite Cashback mungkin sesuai kerana lebih menjimatkan.
Dengan pelan Infinite+ Basic RM58 sebulan, anda dapat data dan kelajuan 5g advanced tanpa batasan.
Sebagai contoh, kalau beli iPhone berharga RM5,499 daripada mana-mana Apple Premium Reseller (APR) atau Apple Authorized Reseller (AAR), kemudian gunakan pelan telco RM98 sebulan, jumlah kos untuk 36 bulan ialah RM9,027.
Tapi dengan Yes pula, harga iPhone masih RM5,499 manakala pelan Infinite+ Basic hanya RM58 sebulan.
Selepas mengambil kira cashback RM595 dan rebat bil RM360, jumlah kos untuk tiga tahun menjadi RM6,632.
Ini bermakna anda boleh dapat penjimatan sebanyak RM2,395 sambil kekal bebas daripada kontrak telco.


Formula mudah
Harga iPhone + (Pelan bulanan RMXX × 36) − cashback − rebat bil = Jumlah kos sebenar
Untuk ketahui harga iPhone dan buat perbandingan penuh, layari laman web Yes di [SINI] dan [SINI].
#3 Ryt Bank Exclusive: Beli iPhone Terus Melalui Aplikasi Perbankan Anda
Kalau anda memang pelanggan Ryt Bank, ini antara cara paling mudah untuk dapatkan iPhone baharu. Buat pembelian menerusi aplikasi Ryt Bank tanpa perlu daftar atau langgan kontrak telco, dan anda kini layak menikmati cashback sehingga 4%.
Belum ada akaun Ryt Bank? Tiada masalah!
Anda hanya perlu mendaftar dan mohon Ryt Credit dalam aplikasi, kemudian beli iPhone secara terus dengan pelan ansuran sehingga 24 bulan.
Mana pilihan di hati?
Jadi selesai sudah penerangan kami. Jika diringkaskan, kalau anda mahu:
- Beli iPhone baharu sekali dengan pelan telco, pilihlah Infinite+
- Beli iPhone cash dan dapat cashback, pilihlah Infinite Cashback
- Penguna Ryt Bank yang nak iPhone baru tanpa terikat kontrak telco, pilih Ryt Bank Exclusive
Nak tahu apa yang lagi best?
Sekarang ini Yes turut tampil dengan tawaran khas, pelanggan yang membuat pra-tempah akan dapat rebat bil tambahan RM360 serta pengecas USB-C 40W percuma bernilai RM169.
Pada hari pelancaran pula, pelanggan yang trade-in telefon lama di Yes Store boleh dapat tambahan sehingga RM500 melebihi nilai trade-in pasaran, namun ianya untuk tempoh terhad sahaja.
Kalau tak mahu keluarkan wang tunai sekaligus atau guna kad kredit, terdapat juga pilihan bayar kemudian melalui Ryt Credit atau 12 bank yang mengambil bahagian, dengan pelan ansuran 0%.
Untuk maklumat lanjut layari laman web Yes di [SINI] dan [SINI].
The name is Ahmed Faez Amir. I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters . Outside of work, I enjoy working with audio, composing music, reading, and camping whenever I get the chance.






