Sebelum ini seorang wanita yang juga seorang pelanggan mendakwa terdapat lipas hancur di dalam minuman yang dibeli dari sebuah vending machine di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.
DBKL jalankan pemeriksaan selepas terima aduan ada lipas dalam minuman dibeli dari vending machine di sebuah pusat beli belah
Terbaharu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah hadir ke lokasi sebaik menerima aduan berhubung lipas yang ditemui dalam minuman yang dibeli dari mesin berkenaan.
Vending machine terbabit telah disita oleh pihak pengurusan
“Susulan aduan terdapat kehadiran lipas, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL telah menjalankan pemeriksaan di vending machine OldTown White Coffee, Tingkat 4, Quill City Mall pada 17 September 2026.
“Hasil pemeriksaan mendapati vending machine telah disita oleh pihak pengurusan dan tiada kesan kehadiran lipas dikesan,” ujarnya.
Tindakan pembersihan dan pemantauan kawalan makhluk perosak dilakukan, vending machine telah dibalut
Menurut DBKL menerusi hantaran di Threads, pihak pengurusan juga sudah dimaklumkan untuk tindakan pembersihan dan pemantauan kawalan makhluk perosak secara berterusan.
Menerusi foto yang dikongsikan kelihatan vending machine tersebut telah dibalut sepenuhnya dengan plastik hitam.
Manakala dua lagi vending machine masih aktif dan kelihatan makanan dan minuman di dalamnya .
Pelanggan wanita dah buat laporan kepada pusat beli-belah, jenama air minuman dan KKM
Terdahulu menerusi hantaran di Threads wanita itu memaklumkan air berkenaan dibeli dari mesin di tingkat empat pusat beli-belah berkenaan.
“Mak saya dah minum hampir separuh, saya dah 3-4 teguk sebelum perasan. Sampai sekarang perit hati fikir mak saya dah minum sebanyak itu.
“Dah lapor Quill Mall & OldTown tetapi tiada update. E-mail Kementerian Kesihatan Malaysia pun dah dihantar,” jelasnya dalam hantaran itu.
Dalam foto yang dikongsikan turut kelihatan serpihan-serpihan serangga berkenaan berada dalam air kopi yang dibeli oleh pelanggan terbabit.
Afifa Syahirah
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.