
Bukan Sekadar Ambil Order, Effort Restoran Beri Layanan Istimewa Sempena Hari Lahir Ibu Pelanggan Raih Pujian [Video]
Kongsi wanita yang dikenali sebagai Amirah, dia pada mulanya membuat tempahan di restoran terbabit untuk menyambut hari istimewa ibunya itu disebabkan tidak dapat pulang ke kampung halaman kerana sibuk.
- Amirah, unable to return home, arranged a birthday dinner for her mother at Sama Sama Cuisine, Muar, Johor, requesting minimal assistance for her elderly parents.
- The restaurant went beyond expectations, offering birthday decorations, pickup and dropoff service, and full assistance throughout the dinner, covering all expenses.
- The heartwarming gesture, viewed over one million times, earned widespread praise from netizens and loyal customers of Sama Sama Cuisine.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bagi kebanyakan indiviu, ibu dan bapa sememangnya merupakan insan istimewa dalam kehidupan setiap insan.
Oleh sebab itu, ada yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan orang tersayang bahagia lebih-lebih lagi pada hari istimewa mereka.
Samalah seperti seorang wanita ini yang sanggup menempah Grab dan meminta bantuan pihak restoran untuk melakukan sesuatu sempena ulang tahun kelahiran ibunya.
Tak Dapat Balik Sambut Hari Istimewa Ibu, Wanita Minta Restoran Bantu Ibu Sambut Hari Lahir
Namun kongsi wanita yang dikenali sebagai Amirah dalam satu hantaran di Threads @_eyamirahh, dia tersentuh dengan layanan yang diberikan oleh pihak restoran Sama Sama Cuisine, Muar, Johor terhadap ibu bapanya itu.
“Dear @samasamacuisine, I cuma minta satu small favour untuk birthday ibu saya tapi apa yang restoran ni buat selepas tu betul-betul buat saya tersentuh.
“Tahun ni saya tak dapat balik untuk sambut birthday ibu. Jadi I cuba fikir macam mana nak buat dia tetap rasa diraikan walaupun saya jauh,” katanya.
Kongsi Amirah, dia pada mulanya membuat tempahan di restoran terbabit untuk menyambut hari istimewa ibunya pada 15 September lalu disebabkan tidak dapat pulang ke kampung halaman kerana sibuk.
Malah, dia juga turut menempah Grab bagi menghantar ibu dan bapanya ke restoran berkenaan.
“Ayah i dah 73 tahun, jadi saya agak risau sebab lokasi restoran ni berada sedikit ke dalam dan agak terlindung daripada laluan utama. I takut mereka susah nak cari jalan.
“I beritahu pihak restoran yang nanti i akan arrange Grab untuk hantar ibu dan ayah. I cuma minta kalau boleh, tolong assist mereka bila sampai nanti, termasuk bantu buat order sebab sistem sekarang guna QR scan benda yang mungkin agak mencabar untuk mereka.
“I juga minta tolong pastikan mereka selamat selepas selesai makan. Untuk bayaran makanan, i akan settle semuanya,” kongsinya.
Pihak Restoran Maklum Akan Uruskan Semua, Siap Hantar Ibu & Bapa Balik
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah pihak restoran bukan sekadar mengambil pesanan.
Malah mereka turut menawarkan perkhidmatan tambahan lain bagi menjadikan sambutan hari istimewa itu lebih bermakna.
Selain membuat hiasan sempena hari lahir ibu pelanggan itu, pihak restoran turut menawarkan perkhidmatan menjemput dan menghantar pulang ibu bapa pelanggan terbabit.
Namun jelas Amirah, disebabkan dia telah membuat tempahan Grab terlebih dahulu, pihak restoran hanya menghantar ibu ibapanya pulang ke rumah.
Sebagai balasan, pihak restoran turut meminta untuk mencipta kandungan bersama mereka dan Amirah hanya perlu membayar bil makanan yang dipesan.
“Mereka tawar untuk uruskan, sambutan hari jadi, dekorasi, pick up ibu dan ayah. Assist them throughout the dinner. Hantar mereka balik dengan selamat.
“I cuma perlu bayar food bill. I was honestly speechless,” katanya.
Lebih mencuri tumpuan, Amirah satu menerusi hantaran berbeza menjelaskan pihak restoran turut menanggung kesemua perbelanjaan terbabit.
Terharu Dengan Layanan Restoran, Wanita Zahirkan Penghargaan Kepada Pihak Restoran
Kongsi Amirah lagi, dia tersentuh dengan layanan yang diterima dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada pekerja di Sama-Sama Cuisine atas layanan mereka terhadap kedua ibu bapanya itu.
“Kepada semua team Sama-Sama Cuisine Muar, terima kasih. Terima kasih kerana membuat sesuatu melebihi dari apa yang diminta dan melayan ibu bapa saya dengan penuh kasih sayang dan sangat baik.
“Makanannya lazat dan perkhidmatan yang diberikan sangat baik. Apa yang paling menyentuh hati adalah keikhlasan dan perhatian di sebalik perkhidmatan.
“Anda bukan sekadar membantu saya mengatur malam malam sempena hari jadi, anda membantu seorang anak perempuan yang meraikan ibunya dari jauh,” katanya.
Kongsi Amirah kepada BuzzKini, ibunya itu turut berasa gembira dan terharu dengan layanan yang diberikan oleh pihak restoran.
“Alhamdulillah, ibu sangat gembira dan terharu dengan layanan yang diberikan. Bagi saya, layanan yang baik dan perhatian kecil daripada pihak restoran tu memang buat pengalaman sambutan hari jadi ibu jadi lebih bermakna. Ibu pun sangat menghargainya,” katanya kepada BuzzKini.
View on Threads
Warganet Puji Effort Pihak Restoran Jadikan Hari Jadi Lebih Bermakna
Perkongsian yang telah mendapat lebih sejuta tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan pihak restoran yang prihatin dan sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi permintaan pelanggannya itu.
Malah, ada juga yang turut tersentuh dengan perkhidmatan yang diberikan oleh premis berkenaan dalam menyambut hari istimewa itu.
Bukan itu sahaja, rupanya ada pelanggan yang turut berkongsi pengalaman sama mendapat layanan istimewa dari restoran tersebut dari cawangan yang berbeza.
Ini antara komen menarik pengguna media sosial:
“Kudos Boss Jian Qian Lee & Team Sama Sama Cuisine. Korang Memang Terpaling Awesome”

“Staf Sini Best, Bagus & Mesra. Hari Tu Sambut Anniversary Dekat Sini Husband Bawakan. Makanan Berbaloi Dengan Harga”

“Terima Kasih Sama-Sama Cuisine Cawangan KL Kerana Buat Sambutan Hari Jadi Lebih Istimewa”

“Sama Sama Cuisine Makanan Dia Semua Sedap, Staf Pun Friendly, Hari Tu Sambut Hari Jadi Ibu Saya Dekat Tempat Dia Juga”

Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.