
Gambar Semasa Majlis Kahwin Milik Pengantin Atau Photographer? Ini Penjelasannya
Kata peguam, Arif Azmi ramai yang keliru adakah foto yang diambil oleh jurufoto adalah milik pelanggan disebabkan sudah membuat pembayaran untuk perkhidmatan itu.
- Di bawah Akta Hak Cipta 1987, hak cipta gambar pada mula terletak kepda 'pengarang,' iaitu jurugambar itu sendiri.Â
- Pelanggan perlu membaca terma dan syarat dengan teliti sebelum menandatangani, memandangkan pembayaran tidak menentukan seseorang mempunyai pemilikan terhadap gambar.Â
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui gambar mahupun video merupakan salah satu karya seni yang mempunyai pemilikan penuh kepada individu yang mengambilnya seperti jurufoto atau juruvideo.
Oleh itu, penggunaan karya seni tanpa izin pemiliknya boleh dikenakan tindakan undang-undang. Namun bagaimana pula dengan pemilikan bahan media ini jika anda merupakan salah seorang pelanggan yang membayar perkhidmatan individu profesional ini untuk merakamkan hari bahagia?
Peguam jelaskan gambar dibayar milik pelanggan atau jurufoto
Baru-baru ini seorang peguam, Arif Azmi menjelaskan mengenai hak cipta atau pemilikan gambar apabila seseorang membayar perkhidmatan jurufoto.
Menerusi perkongsian Arif di Threads, ramai yang mungkin keliru adakah foto yang diambil oleh photographer adalah milik pelanggan kerana sudah membuat pembayaran untuk perkhidmatan itu.
Mengikut Akta Hak Cipta 1987, foto diambil adalah milik jurugambar atau photographer
Menurutnya hakikat sebenar setiap foto yang diambil adalah hak cipta jurugambar mengikut Akta Hak Cipta 1987.
Seksyen 26(2) peruntukkan karya ditempah hak cipta dipindahkan kepada yang menempah tertakluk pada perjanjian
“Hakikatnya, di bawah Akta Hak Cipta1987, hak cipta sebuah gambar pada mulanya terletak pada ‘pengarang,’ (pencipta) iaitu jurugambar itu sendiri.
“Namun, Seksyen 26(2) memperuntukkan bahawa apabila sesuatu karya ditempah, hak cipta itu dianggap telah dipindahkan kepada orang yang menempah karya tersebut, tertakluk kepada sebarang perjanjian yang mengecualikan atau mengehadkan pemindahan itu,” ujarnya.
Oleh itu, jelasnya perkara itu bergantung sepenuhnya kepada terma perjanjian pelanggan bersama jurufoto berkenaan.
Beri 2 contoh kes mahkamah beri jawapan berbeza
Arif turut memberikan dua contoh kes yang berkaitan dengan pemilikan gambar yang mempunyai dua jawapan berbeza.
“Mahkamah dalam (kes) Wedding Galore Sdn Bhd v. Rasidah Ahmad [2016] MLRHU 246 memutuskan jurugambar kekal pemilikan hak cipta kerana terma-terma dalam invois mengecualikan pemindahan hak cipta selagi bayaran tambahan RM1,000 tidak dijelaskan, satu peringatan keras bahawa klausa kecil dalam kontrak boleh menentukan siapa yang ‘punya’ (pemilikan) gambar anda untuk selama-lamanya.
“Manakala dalam (kes) Sherinna Nur Elena Abdullah v. Kent Well Edar Sdn Bhd [2011] 13 MLRH 860, mahkamah menegaskan ‘pengarang’ gambar ialah orang yang membuat aturan untuk pengambilan gambar tersebut,” jelasnya lagi.
Kata Arif, kesimpulannya pelanggan tidak boleh menganggap bayaran bersamaan dengan pemilikan dan perlulah membaca dan memastikan terma hak cipta dalam perjanjian terlebih dahulu.
Jurufoto tegur tindakan jenama pakaian muat naik foto dari pelanggannya tanpa memberikan kredit
Sebelum ini kecoh di media sosial apabila terdapat jurufoto yang menegur tindakan sebuah jenama pakaian yang memuat naik gambar salah seorang pelanggan memaparkan wanita memakai baju rona putih yang juga dipercayai pengantin perempuan tanpa memberikan kredit kepadanya.
Dipercayai jenama pakaian itu memuat naik gambar tersebut kerana pengantin perempuan itu memakai salah satu baju rekaan mereka.
Teguran tegas jurufoto itu kemudiannya menjadi tular dan perhatian orang ramai apabila ada yang mempersoal mengenai pemilikan gambar berkenaan memandangkan perkhidmatan itu sudah dibayar.
Menerusi semakan kami, hantaran itu bagaimanapun telah diturunkan oleh jenama pakaian berkenaan.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.







