“Dia Juga Tolong Angkat Mak Saya Dari Wheelchair” – Pak Guard Hospital Suka Bantu Orang Ramai Raih Pujian [Video]
Kongsi seorang pemuda yang dikenali sebagai Aliff, atas keperibadian dan sikap baik pengawal keselamatan itulah yang menyebabkan dia memuat naik hantaran tersebut sebagai tanda penghargaan selain turut memberi ‘duit kopi’ kepada pak guard berkenaan.
Seorang pengawal keselamatan di Hospital Kajang menjadi tular kerana kebaikannya terhadap pengunjung.
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Aliff turut berkongsi bahawa pengawal keselamatan tersebut merupakan pak guard yang sama membantu mengangkat ibunya dari kerusi roda.
Perkongsian terbabit telah mendapat lebih 340,000 tontonan dengan warganet memuji pengawal keselamatan berkenaan dan menganggapnya sebagai wira tak didendang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Majoriti rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang berbeza sememangnya terkenal dengan sikap saling membantu dan menghormati antara satu sama lain.
Tidak kira kecil atau besar bantuan yang diberikan, sudah pasti ia memberi makna dan kesan kepada si penerima.
Lelaki Kongsi Kebaikan Pak Guard, Terlalu Ramah & Baik Dengan Semua Orang
Semalam (13 September), tular di media sosial perkongsian seorang lelaki mengenai seorang pengawal keselamatan di Hospital Kajang.
Jelas lelaki yang dikenali sebagai Aliff dalam satu hantaran di Threads @aliffaim3n._, pak guard tersebut seharusnya diberikan penghargaan atas kebaikan yang dilakukannya itu.
“Tiap kali kereta lalu nak keluar pagar, dia akan angkat tangan, dia tolong kita adjust kereta masuk parking sebab sana parking susah dan rapat-rapat. Orang tanya dia pun dia akan senyum dan jawab dengan sopan,” tulis Aliff.
Pak Guard Siap Tolong Telefon Sendiri Pemilik Kereta Jika Ada Kenderaan Disekat
Kongsi Aliff kepada BuzzKini, keperibadian pak guard itu yang melayan semua orang tanpa mengira latar belakang menyebabkan kakaknya yang menyaksikan kebaikan pengawal keselamatan berkenaan pada Sabtu (12 September) lalu merasakan dia layak diberi penghargaan.
“Siapa sahaja keluar pintu pagar, dia akan angkat tangan, tak kiralah pelawat atau pemandu GrabFood atau Food Panda.
“Apa yang kakak nampak, dia memang bekerja dengan ikhlas. Langsung tak main telefon.
“Kalau kereta double park (parkir berganda), kereta yang dalam parkir tu nak keluar, dia terus pergi ke kereta dan ambil telefon untuk menelefon sendiri pemilik kereta itu,” katanya.
Rupanya Pak Guard Sama Tolong Angkat Si Ibu Dari Kerusi Roda
Apa yang menjadi perhatian, pengawal keselamatan itu jugalah orang yang sama yang membantu menolong mengangkat ibunya daripada kerusi roda untuk masuk ke dalam kereta pada tahun 2024.
“Paling tak sangka, dia orang sama tolong angkat emak saya dari kerusi roda masuk ke dalam kereta dua tahun lepas.
“Dia berlari dengan ikhlas untuk tolong dan memanggil mak saya ‘emak’,” kongsi Aliff lagi.
Kongsi Aliff, atas keperibadian dan sikap baik pengawal keselamatan itulah yang menyebabkan dia memuat naik hantaran tersebut sebagai tanda penghargaan selain turut memberi ‘duit kopi’ kepada pak guard berkenaan.
Warganet Beri Pujian, Ada Yang Turut Berkongsi Pengalaman Sama
Perkongsian yang telah mendapat lebih 340,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kagum dan memuji keperibadian pengawal keselamatan berkenaan yang sering menghulurkan bantuan serta berbuat baik kepada orang ramai.
Malah, ada juga sesetengah warganet rupanya juga pernah merasai kebaikan dari pengawal keselamatan berkenaan.
Pada masa sama, ada juga yang bersetuju dengan kenyataan Aliff bahawa pengawal keselamatan tersebut seharusnya diberi penghargaan atas perkhidmatan serta layanannya terhadap orang ramai.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Pekerja Macam Ini La Kena Bagi Dia Naik Pangkat Dengan Gaji, 2 Tahun Masih Sama Tetapi Nilai Murninya Tetap Teguh, Syabas Encik”
“Orang Buat Kerja, Elok Pun Kita Viralkan Sebab Mereka The Unsung Heroes, Penting Tau Guard Yang Ada Empati Dekat Hospital”
“Memang Baik, Saya Baru Keluar Wad Minggu Lepas. Nampak Je Kereta Menantu, Dia Cepat-Cepat Tolong Angkat Beg & Bawa Barang Masuk Kereta”
“Kebanyakan Pengawal Keselamatan Hospital Kajang Memang Boleh Bertolak Ansur”
“Ye Betul Hari Tu Pun Parking Full Tapi Saya Bawa Anak Kecik. Uncle Ini Bagi Je Saya Parking Kawasan Yang Sepatutnya Bukan Parking, Tapi Dia Minta Tinggalkan Nombor Untuk Dihubungi Kalau Perlu Alih Kereta”
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.