Now Reading
Warga Asing Didakwa Buka Meja & Jual Minyak Wangi Secara Haram Di Bukit Bintang [Video]

Warga Asing Didakwa Buka Meja & Jual Minyak Wangi Secara Haram Di Bukit Bintang [Video]

Dalam video tular itu, lelaki warga asing berkenaan dipercayai berniaga tanpa memiliki lesen sah selain di kawasan tidak sepatutnya.

Ringkasan
  • Seorang lelaki warga asing dipercayai menjual minyak wangi secara haram di kaki lima Bukit Bintang, Kuala Lumpur, tanpa lesen atau permit yang sah.
  • Influencer Awie meminta orang ramai menghubungi polis, namun warga asing itu menjawab, "Awak bukan kerajaan."
  • Ramai orang awam meminta DBKL dan Imigresen mengambil tindakan segera terhadap warga asing yang berniaga di kawasan tidak sepatutnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui mana-mana individu mahupun peniaga yang mahu menjalankan perniagaan perlulah memohon lesen yang sah dan perlu dijalankan di tapak yang bersesuaian.

Lelaki warga asing selamba menjual di Bukit Bintang tanpa lesen

Baru-baru ini tular beberapa video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai menjual minyak wangi di kaki lima tanpa lesen atau permit yang sah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menerusi video yang tular, kelihatan beberapa kumpulan lelaki warga tempatan dipercayai telah bertanya mengenai lesen perniagaan kepada warga asing tersebut.

Lelaki warga asing siap cakap Awie bukan kerajaan

Dalam satu lagi video tular kelihatan seorang influencer dikenali sebagai Awie MBR turut meminta orang ramai menghubungi pihak polis kerana lelaki warga asing tersebut berniaga di kawasan tersebut.

Lelaki warga asing terbabit kemudiannya menjawab, dan berkata kepada Awie yang dia bukanlah kakitangan kerajaan dipercayai merujuk kepada pihak berkuasa yang boleh mengusirnya daripada berniaga di kawasan itu.

“Awak bukan kerajaan, awak bukan kerajaan,” kata lelaki itu.

View on Threads
View on Threads

Sekumpulan lelaki turut minta DBKL membuat serbuan ke atas lelaki warga asing

Insiden tersebut turut disaksikan oleh orang ramai yang berada di kawasan berkenaan. Malah dalam satu siaran langsung di TikTok, seorang lelaki turut meminta orang ramai menyebut (tag) pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar tindakan lanjut dapat diambil.

Insiden antara sekumpulan lelaki itu dengan warga asing terbabit turut dilihat tegang apabila mereka dilihat saling bertengkar.

Menerusi video dikongsikan oleh Awie, lelaki warga asing itu turut menghubungi polis mungkin kerana berang diganggu selepas dikatakan berniaga tanpa lesen di kawasan tidak sepatutnya.

View on Threads
View on Threads

Ramai berang lihat warga asing dipercayai berniaga secara haram, ada yang gelarkannya kurang ajar

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meminta pihak berkuasa khususnya DBKL untuk mengambil tindakan ke atas lelaki warga asing tersebut kerana menjalankan perniagaan di tempat yang tidak sepatutnya.

Malah ada juga yang menyifatkan warga asing berkenaan seorang yang kurang ajar kerana masih berkeras untuk berniaga dikawasan itu walaupun sudah dimaklumkan tidak dibenarkan.

Bukan hanya itu, ada juga yang meminta pihak imigresen turut menjalankan siasatan atas kehadiran lelaki warga asing itu.

View on Threads
View on Threads

“Imigresen dan DBKL tolong jalankan tanggungjawab anda”

“Memang dekat kawasan situ banyak orang meniaga weh. Dah lama ko, tapi tu lah no komen. Kalau kena tangkap pun nanti esok lusa ada balik. Memang tak cantik pemandangan sebab orang-orang jual macam ni”

“Tips orang Melayu nak meniaga tak kena tangkap, meniaga sebelah dia”

“Dia orang ni memang banyak jenis kurang ajar. Aku pernah kerja dekat Megan Avenue, penuh dengan orang-orang Arab dekat situ, pelajar-pelajar Arab pun ramai, perangai masing-masing tak senonoh dan biadab”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.