Now Reading
Tular Rakaman Video Lori Langgar Gerai Nasi Lemak Tepi Jalan Di Kajang

Tular Rakaman Video Lori Langgar Gerai Nasi Lemak Tepi Jalan Di Kajang

Menerusi video yang dimuat naik di Threads, dapat dilihat seorang individu dipercayai pekerja gerai tersebut sedang melakukan persiapan di gerai berkenaan.

Ringkasan
  • A viral dashcam video captured a lorry hitting a nasi lemak stall along Jalan Sarjan Mat Batu, Kajang, Selangor on 10 September.
  • The stall owner accepted responsibility for illegally setting up a tent on the road shoulder, and confirmed the lorry driver was not drunk.
  • The owner expressed gratitude that no one was injured and urged the public to stop making racist comments about the incident.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap pengguna jalan raya seringkali diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Namun, ada segelintir yang dilihat mengabaikan peraturan malah mementingkan diri sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Lebih teruk, sikap segelintir individu ini boleh menyebabkan berlakunya kejadian yang tak diingini.

Lori Dipandu Di Tepi Jalan Sebelum Langgar Gerai Nasi Lemak

Semalam (10 September), tular di media sosial rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan satu kemalangan membabitkan sebuah lori yang merempuh gerai nasi lemak yang terletak di Jalan Sarjan Mat Batu, Kajang, Selangor.

Menerusi video yang dimuat naik di Threads @amni27, kelihatan lori berkenaan dipandu di bahu jalan sebelum melanggar gerai nasi lemak yang berada di lokasi sama.

Apa yang menjadi perhatian adalah pada ketika itu dapat dilihat seorang individu dipercayai pekerja gerai tersebut sedang melakukan persiapan.

Namun, dia dilihat sempat mengelak dan impak pelanggaran itu menyebabkan beberapa peralatan seperti kuali serta khemah jatuh ke lantai.

Lori Masuk Semula Ke Laluan Utama Tetapi Tetap Masuk Ke Bahu Jalan Beberapa Ketika

Lori terbabit kemudiannya dilihat masuk semula ke laluan utama dan meneruskan perjalanan seperti biasa.

Namun setelah beberapa ketika, lori berkenaan tetap masuk ke bahu jalan sebelum kembali semula ke laluan utama.

Keadaan itu menyebabkan pemilik dashcam mengejarnya selain memberi isyarat lampu dipercayai agar pemandu lori itu memberhentikan kenderaannya.

Malah, lori itu juga dilihat turut masuk sedikit ke laluan bertentangan sebelum kembali semula ke lorong asal.

Lori Berhenti Di Lampu Isyarat, Dua Penunggang Motosikal Berhenti Tahan Lori

Setelah beberapa ketika, lori itu kemudiannya dilihat berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Menerusi hantaran sama, terdapat dua penunggang motosikal dipercayai cuba mengejar pemandu lori berkenaan.

Seorang daripada penunggang motosikal terbabit dilihat menghalang lori berkenaan dari terus bergerak manakala seorang lagi mengawal lalu lintas.

Berdasarkan butiran pada rakaman dashcam, kejadian dipercayai berlaku pada 10 September jam 7.02 malam.

View on Threads

Pemilik Gerai Nasi Lemak Reda, Dedah Pemandu Lori Tak Mabuk

Dalam pada itu, seorang pengguna yang dipercayai pemilik gerai nasi lemak berkenaan dalam satu hantaran di Threads @baeiiqaaa_ reda dengan kejadian yang menimpa gerainya itu malah, dia mengaku salah kerana membuka khemah di bahu jalan.

Pengguna berkenaan turut memaklumkan bahawa pemandu lori terbabit tidak berada dalam keadaan mabuk setelah diperiksa oleh pegawai polis.

“Saya tak anggap ini kerugian untuk saya, yang penting untuk saya pada saat ini adalah keselamatan staf saya dan pelanggan-pelanggan saya yang datang membeli Nasi Lemak Sarjan Mat.

“Memang betul salah buka khemah di bahu jalan dan sebagainya. Jadi, saya terima dan reda. Yang amat penting hanyalah keselamatan staf-staf saya dan pelanggan saya.

“Untuk pengetahuan semua, abang lori tu tak mabuk sebab telah diperiksa oleh pegawai tetapi selebihnya saya serahkan kepada pegawai polis,” tulisnya.

Pemilik Syukur Tiada Sebarang Individu Cedera, Mohon orang Ramai Henti Hantaran Bersifat Perkauman

Pada masa sama, pengguna berkenaan turut menzahirkan rasa syukur kerana tiada mangsa yang terlibat.

Dia turut memohon orang ramai untuk menghentikan segala komen yang bersifat perkauman.

“Alhamdulillah tiada sesiapa yang cedera. Jadi saya harap mohon hentikan sebarang posting yang membabitkan perkauman dan sebagainya.

“Saya dengan rendah diri mohon sangat untuk jangan tokok tambahkan yang tidak sepatutnya. Saya hanya anggap ini ujian buat saya.

“Selebihnya, memang salah saya. Saya lalai dan saya pun masih baru dalam F&B. Asal pun meniaga dari tepi jalan sahaja,” tulisnya.

View on Threads

Warganet Beri Pelbagai Reaksi Insiden Lori Langgar Gerai Nasi Lemak

Perkongsian yang telah mendapat lebih 65,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila melihat insiden terbabit berlaku.

Ramai yang mengecam cara pemanduan pemandu lori terbabit sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan berkenaan.

Malah, ada segelintir warganet yang mempersoal keadaan sebenar pemandu lori berkenaan yang menyebabkan dia memandu dalam keadaan berbahaya itu.

Namun, ada juga pengguna media sosial yang berpendapat kedudukan gerai berkenaan yang berada berhampiran selekoh adalah tidak sesuai dan berbahaya.

Pada masa sama, ramai juga yang menzahirkan rasa syukur kerana tiada mangsa yang terlibat.

Ini antara komen pengguna Threads:

“Ya Allah, Ujian & Nasib Baik Tak Kena Orang, Terima Kasih Kak Untuk Dashcam Walaupun Kedai Ada CCTV Tapi Ini Lebih Detail”

“Inilah Risiko Meniaga Tepi Jalan”

“Lagi Satu Tak Sesuai Niaga Situ, Lorong Tepi Tu Ada Khemah”

“Kadang-Kadang Rider Selalu Potong Belah Kiri Kalau Jem Waktu Balik kerja, Kalau Laju Memang Tak Perasan Kuali Tu Tepi Jalan, Tapi Dalam Video Ini Lori Terang-Terang Salah”

Baca Artikel Berkaitan: Bas Rempuh Lebih 10 Kenderaan Lepas Terlanggar Gerai Burger

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Dipercayai Mabuk Langgar MPV Polis Di Melaka

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.