
Tak Tahu Nak Bagi Bayi Makan Protein Apa? Ini Mungkin Membantu
Hana dalam hantaran itu turut memaklumkan jenis tekstur serta saiz hidangan yang sesuai diberikan kepada bayi mengikut usia mereka.
- A woman known as Hana shared suitable protein-rich foods for babies aged six to 12 months, including meat, eggs, and fish.
- Plant-based proteins like tauhu lembut, tempe, lentil, and kacang kuda are also great options that can be mixed with other foods.
- For babies with eczema, Hana advises starting with low-allergen protein sources and avoiding hot foods.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebagai ibu bapa yang mempunyai bayi sedang membesar pastinya fasa memperkenalkan makanan adalah antara momen yang dinantikan. Kebiasaannya bayi akan mula diberi makan apabila usia mereka menginjak sekitar enam bulan.
Namun sebagai ibu bapa juga anda pasti mahu si comel bukan sekadar merasai makanan tetapi mendapatkan nutrisi yang cukup daripadanya.
Baru-baru ini seorang wanita yang juga ibu dikenali sebagai Hana telah berkongsi beberapa jenis protein yang sesuai diberikan kepada si comel berusia sekitar enam hingga 12 bulan.
#1 Makanan daripada haiwan

Makanan seperti daging merah mahupun putih mempunyai kebaikan yang baik dalam menyerap zat besi selain turut menjadi sumber protein yang bagus.
Namun mungkin anda bingung apakah pilihan yang boleh diberikan kepada si kecil.
Ini antara jenis daging atau organ dalaman yang boleh diberikan:
- Ayam – bahagian yang sesuai diberikan kepada adalah peha kerana ia mempunyai lemak yang bersesuaian untuk si comel.
- Daging lembu
- Hati ayam – hati ayam boleh diberikan kepada si comel namun tidak selalu.
- Telur yang sudah di masak sepenuhnya – antara jenis masakan seperti telur yang dimasak bersama sup, campurkan di dalam bubur, atau stim lembut.
- Ikan – ikan kaya dengan protein dan omega-3 yang bagus untuk otak. Antara ikan yang sesuai seperti kembung, salmon dan juga ikan bilis.
Bagi ikan bilis adalah lebih baik jika direndam terlebih dahulu untuk mengurangkan rasa masin sebelum dikisar menjadi serbuk.
#2 Tumbuh-tumbuhan
Protein tidak hanya boleh didapatkan daripada haiwan sahaja. Terdapat juga tumbuh-tumbuhan yang kaya dengan protein.
Sebagai contoh:
- Tauhu lembut
- Tempe
- Kacang kuda
- Lentil atau dhal merah
Semua makanan ini anda boleh masak dan campurkan dengan makanan lain sebagai contoh tauhu lembut boleh dikisar dan masak stim bersama dengan telur atau sayuran lain.
Selain itu boleh juga membuat makanan ‘finger food’ yang boleh dipegang oleh bayi apabila mereka menginjak ke usia lapan atau sembilan bulan ke atas.
Yelah, di fasa ini bayi anda pastinya sudah pandai memasukkan sesuatu ke dalam mulut. Makanan finger food ini turut membantu mereka cara mengawal tangan untuk memasukkan makanan.
Dari segi tekstur pula:
- Bagi yang berusia sekitar enam hingga lapan bulan sesuai diberikan makanan seperti puri halus, licin atau mudah dilenyek serta lembut. Kuantiti pula sekitar satu hingga dua sudu makan.
- Manakala untuk yang berusia sembilan hingga 11 bulan, si comel sudah boleh diberikan makanan bertekstur yang dicincang halus, berketul lembut atau finger food.
- Untuk berusia 12 bulan ke atas, para ibu bapa sudah boleh memberikan mereka makanan yang dipotong kecil dan lembut. Kuantiti hidangan pula adalah bersaiz kecil, contohnya, 1/2 biji telur beersam satu ketil isi ayam bersaiz satu kotak mancis.
Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu mengutamakan makanan yang mempunyai sumber zat besi seperti ayam, daging, hati, telur atau ikan.
Pantau juga alahan pada si comel, mereka mungkin akan mengalami alahan pada makanan yang baharu diperkenalkan. Oleh itu, cuba beri dua ke tiga hari setiap jenis protein baru.
Elakkan meletak garam, gula mahupun MSG (monosodium glutamate tambahan.
#3 Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema

Namun untuk bayi yang mempunyai masalah eczema, Hana menyarankan untuk para ibu memulakan sumber protein yang kurang alergi.
Selain itu dia juga menasihatkan ibu bapa untuk elak daripada memberikan si manja makanan yang panas.
Haaa jika anda adalah ibu bapa yang mempunyai anak kecil, maka ini adalah masa sesuai untuk merancang makanan mereka.
Pelbagai jenis masakan yang boleh dilakukan untuk diberikan kepada si comel. Selain mereka dapat pengalaman merasai pelbagai makanan, si manja juga dapat nutrisi yang membantu untuk tumbesaran mereka.
View on Threads
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.





