
“Siap Tunjuk Jari Tengah & Suruh Diam” – Cikgu Akui ‘Koyak’, Kecewa Dengan Segelintir Murid Gen Alpha
Sikap biadab sesetengah murid sekolah generasi Alpha membuatkan cikgu ini mahu mengalah, menangis serta berasa buntu.
- Cikgu Syafa mengadu kecewa dengan sikap biadab segelintir murid Generasi Alpha yang mengejek, merangkak masuk kelas, dan enggan menerima teguran.
- Seorang murid didakwa menunjukkan jari tengah dan menyuruh Cikgu Syafa diam ketika azan berkumandang, membuatkan guru tersebut rasa koyak dan hampir menangis.
- Netizen dan guru-guru lain turut bersimpati, menyatakan ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak dari rumah agar tidak bersikap biadab.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Memang tidak dapat dinafikan, setiap pekerjaan memang ada ujian dan dugaannya.
Namun seperti yang kita tahu, sesetengah tenaga pengajar dan insan bergelar guru berdepan cabaran yang lebih berat dalam membentuk salasilah murid lebih-lebih lagi jika berdepan dengan golongan kanak-kanak.
Itulah yang dilalui seorang guru dikenali sebagai Cikgu Syafa yang kini mengajar murid sekolah dari generasi Alpha. Jelasnya, dia kecewa dan luluh hati dengan sikap segelintir murid yang didakwa bersikap biadab dengannya.
Cikgu Dakwa Murid Gen Alpha Ejek & Tak Mahu Terima Teguran
Dakwanya, ada murid yang berani mengejek selepas diberi teguran. Senang cerita, segala teguran yang diberikan Cikgu Syafa tidak berkesan dengan murid yang tidak mahu mendengar kata.
‘Bila Suruh Masuk Kelas, Murid Masuk Dalam Keadaan Merangkak’ – Cikgu
Lebih mengejutkan cikgu tersebut apabila ada yang didakwa merangkak ketika diminta masuk ke dalam bilik darjahnya.
“Aku tegur dia boleh ejek aku. Aku mengajar boleh dia cakap ‘alaaa saya dah tahu’. Aku denda kalau tak nak belajar, pergi keluar kelas.
“Dia keluar kelas. Buat wayang (pacak dekat situ depan kawan-kawan dia. Aku suruh dia masuk kelas. Boleh dia masuk dalam keadaan merangkak,” katanya.
Cikgu Dakwa Anak Murid Tunjuk Jari Tengah & Menjawab
Lebih parah lagi apabila dia mendakwa ada murid yang menunjukkan jari tengah (isyarat tidak berpuas hati atau lucah) kepadanya.
“Tengah azan, boleh tunjuk jari tengah dekat aku. Sambil cakap ‘diam. Kau (cikgu) diam’.
“Bila aku tanya faham (sesi pembelajaran) ke tak, memang angguk kata faham dengan muka riaknya. Bila aku bagi latihan salah (jawab). Ya Allah Ya Tuhan” dakwanya.
“Rasa Koyak Dengan Gen Alpha Ni, Rasa Nak Menangis” – Cikgu
Perkara yang terjadi kepada Cikgu Syafa ini membuatkannya timbul rasa untuk mengalah, menangis dan buntu mahu melakukan apa supaya sikap anak muridnya berubah.
“Aku memang dah koyak la ajar gen alpha ni. Aku tak tahu nak buat macam mana. Aku rasa nak surrender (mengalah), rasa nak menangis tapi aku tahan. Sedih,” luahnya.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Bukan Penjajah Sir”- Guru Tegur Pelajar Persoal Guna Bahasa Inggeris Ketika Mengajar
Baca Artikel Berkaitan: “Kalau Lapar Tak Fokus” – Ramai Setuju Pensyarah Benarkan Pelajar Makan Dalam Bilik Kuliah
Baca Artikel Berkaitan: “Tengah Malam Mesej” – Cikgu Kecewa, Ada Ibu Bapa Minta Tolong Tapi Tak Pandai Berbudi Bahasa [Video]
Menerusisatu hantaran, beliau sebelum ini pernah membangkitkan perkara sama apabila ada anak muridnya yang menghempas barang atau membuat muka seperti mengejek selepas ditegur.
View on Threads
‘Ada Budak Nakal Yang Dah Berubah’ – Cikgu Syafa
Namun beliau juga pernah memuat naik posting memuji segelintir murid yang dahulunya nakal namun sudah berubah.
“Ya Allah bersyukurnya ada beberapa orang budak yang nakal sebelum ni dah mula berubah sikit. Sejuk sikit hati ni,” katanya.
View on Threads
‘Tunjuk Jari Tengah Ketika Azan Tu Another Level Biadab’ – Netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai bersimpati dengan nasib tenaga pengajar yang perlu berdepan dengan perangai murid-murid yang tidak mahu mendengar kata.
“Wayang pacak dengan merangkak tu kelakar. Menjawab tu biadab. Tapi respon waktu azan tu tahap biadab yang lain dah. Allah dan cikgu sahajalah yang tahu beratnya ujian yang cikgu tengah lalui ni,” kata seorang individu.
Malah ada juga guru yang berdepan situasi sama turut meluahkan perasaannya di ruangan komen.
“Ya diorang rasa terpaling savage. Padahal biadab. Saya rasa macam dah tawar hati nak mengajar padahal sebenarnya saya suka mengajar. Tapi bila berurusan dengan mereka (murid gen Alpha) nak buat aktiviti pun rasa tak ada mood,” kata seorang guru.
Ibu Bapa Perlu Tahu, Rakam & Tunjuk Bukti Jika Murid Berkelakuan Biadab – Netizen
Sementara itu, ramai berpandangan bahawa ibu bapa memainkan peranan penting untuk mendidik anak-anak dari rumah.
“Geram eh. Salah satu sebab banyak tengok konten video merapu-rapu. Lepas tu bila dia sebut ayat tu dekat rumah, mak bapak tak tegur. Dia ingat kelakar,” kata seorang pengguna Threads.
“Sabarnya awak (Cikgu Syafa). Ni mungkin sebab gentle parenting (didikan ibu bapa secara lembut). Kalau saya, rakam perangai anaknya, bagi dekat ibu bapa. Sebab ibu bapa perlu dapatkan bukti macam ni,” tambah seorang lagi wanita.
Berikut antara komen-komen netizen:







Baca Artikel Berkaitan: “Cikgu, Mengantuklah…” – Guru Luah Rasa Sedih Murid Tak Faham & Bosan Masa Kelas Online
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Istimewa Tercicir Gara-Gara Ibu Bapa ‘Denial’, Terpaksa Ikuti Kelas Aliran Perdana
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Cukup Lagi Kot Usaha Kita Mengajar” – Guru Kecewa Lihat Markah 0 & Cara Murid Jawab Exam
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹





