Siap Ada Elemen Pop-Up! Kanak-Kanak Kreatif Hasilkan Buku Skrap Interaktif Sempena Kemerdekaan Raih Pujian [Video]
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan anak lelaki Syafiqa yang dikenali sebagai Muhammad Aish melakukan kerja-kerja seperti menggunting sebelum menghasilkan buku terbabit yang merupakan projek cuti sekolah.
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada bulan lalu, pelbagai program diadakan bagi menyambut Bulan Kebangsaan.
Selain pejabat dan agensi, sekolah juga tidak terkecuali dari melibatkan murid dengan pelbagai aktiviti sempena hari bersejarah negara itu.
Ibu Kongsi Hasil Kreativiti Anak, Gigih Siapkan Buku Skrap Bertemakan Hari Kebangsaan
Meskipun telah hampir dua minggu berlalu, seorang wanita yang dikenali sebagai Syafiqa tampil berkongsi hasil kreativiti dan air tangan anak lelakinya dalam menghasilkan buku sempena sambutan Bulan Kebangsaan itu.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @syafiqaricheal, kelihatan anak lelaki Syafiqa yang dikenali sebagai Muhammad Aish Amsyar melakukan kerja-kerja seperti menggunting sebelum menghasilkan buku terbabit yang merupakan projek cuti sekolah.
Dapat dilihat Muhammad Aish yang baru berusia 12 tahun menghasilkan sendiri buku skrap yang penuh dengan elemen pop-up serta interaktif itu.
Hampir Setiap Helaian Penuh Dengan Elemen Pop-Up, Dapat Idea Hasilkan Buku Dari TikTok
Apa yang menjadi perhatian adalah kebanyakan halaman buku skrap yang dihasilkan oleh Muhammad Aish mempunyai elemen pop-up yang pastinya menarik minat si pembaca.
Kongsi Syafiqa kepada BuzzKini, anaknya itu hanya mengambil masa satu minggu untuk menghasilkan buku berkenaan.
Jelasnya, Muhammad Aish mendapat idea untuk menghasilkan buku tersebut selepas mempelajari tutorial dari TikTok dan mengambil rujukan dari buku yang pernah dihasilkan olehnya sebelum itu.
“Untuk buku ni dia amik contoh tutorial kebanyakannya dalam TikTok. Dia gabung jadi satu buku. Ada yang idea dari buku skrap dia masa darjah 4 juga tetapi ada beberapa tutorial yang dia tak boleh buat sendiri, saya ibunya, tolong sama-sama buat dengan dia.
“Yang lain gunting tampal semua dia ukur gunting tampal sendiri je,” kongsinya.
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.