Now Reading
Servis E-hailing Mantap! Ramai Suka Tengok Pemandu Layan Penumpang Dari Jepun, Siap Karaoke Dalam Kereta [Video]

Servis E-hailing Mantap! Ramai Suka Tengok Pemandu Layan Penumpang Dari Jepun, Siap Karaoke Dalam Kereta [Video]

Dalam video tersebut turut kelihatan wajah pelancong dari Jepun itu teruja apabila pemandu e-hailing berkenaan mengeluarkan mikrofon untuk mereka berkaraoke.

Ringkasan
  • Zaid Mazda, an e-hailing driver in Malaysia, went viral for offering karaoke with a microphone to Japanese tourists during a trip.
  • Penumpang dari Jepun memuji Zaid sebagai pemandu terbaik, manakala ramai netizen turut teruja melihat momen seronok itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Perkhidmatan kenderaan e-hailing di Malaysia sememangnya sering digunakan oleh orang ramai khususnya para pelancong untuk ke sesebuah destinasi.

Oleh itu, ia adalah satu momen yang menarik sekiranya mendapat pemandu e-hailing yang rajin melayani penumpang terutama jika sedang berada dalam kesesakan trafik.

Tular video pemandu e-hailing sediakan karaoke untuk penumpang

Baru-baru ini seorang pemandu e-hailing menjadi perhatian ramai apabila memberikan servis yang terbaik kepada penumpangnya yang juga pelancong dari Jepun.

Menerusi video dikongsikan Zaid Mazda di Threads, awalnya kelihatan dia telah menjemput empat orang wanita di The Exchange, TRX, Kuala Lumpur.

Sewaktu memulakan pemanduan membawa penumpang berkenaan ke destinasi kedengaran Zaid bertanya adakah mereka daripada Jepun.

Awalnya cuma berbual mesra dengan pelancong Jepun sebelum tanya nak buka lagu apa

Penumpang di bahagian hadapan kemudian mengatakan ia adalah benar mereka daripada Jepun. Zaid kemudian cuba berbual dengan mereka dengan menyebut ‘konichiwa’ untuk lebih mendekati mereka.

Tidak lama kemudian Zaid bertanya adakah mendengar lagu Jepun, namun kesemua penumpang itu meminta agar dia memainkan lagu Ghost daripada Justin Bieber.

Siap hulurkan mikrofon untuk penumpang karaoke

Sebaik membuka lagu tersebut, Zaid turut bertanya adakah mereka memerlukan lirik untuk menyanyikan lagu berkenaan untuk karaoke.

Apa yang lebih membuatkan penumpang itu teruja, Zaid turut mengeluarkan mikrofon yang disimpannya di dalam kotak simpanan pada bahagian armrest.

Sebaik melihat mikrofon itu, kedengaran semua penumpang wanita itu bersorak kegembiraan.

Pemandu turut sama nyanyi dengan penumpang

Dalam kesesakan trafik itu mereka turut menyanyikan lagu lain seperti Love Me Like You Do daripada Ellie Goulding, Break Free dari Ariana Grande bersama-sama dengan pemandu berkenaan sambil melihata lirik pada skrin dalam kenderaan itu.

Kelihatan mereka gembira sepanjang berada dalam kenderaan e-hailing itu sehingga sampai ke destinasi yang dituju.

Penumpang sifatkan seronok dapat pemandu yang best

Menerusi satu tangkap layar perbualan antara pemandu dan penumpang berkenaan, mereka turut mengucapkan terima kasih kerana berasa seronok sepanjang perjalanan dan menyatakan mereka bertuah kerana berjumpa dengan Zaid.

“Terima kasih banyak untuk segalanya tadi! Awak sejujurnya pemandu yang terbaik pernah kami miliki. Kami tidak akan lupakan awak,” katanya.

View on Threads

Ramai seronok tengok penumpang santai ‘berkaraoke’

Melihat di ruangan komen, ramai yang menyifatkan ia adalah momen yang seronok apabila mendapat pemandu yang menceriakan penumpang.

Malah ada yang mula bertanya adakah Zaid menghantar penumpang ke lapangan terbang kerana tertarik dengan videonya.

Zaid di ruangan komen juga memaklumkan dia baharu sahaja membel mikrofon terbabit dan ia adalah momen dinanti untuk memberi kejutan kepada penumpang dengan lagu permintaan mereka.

“Aku fikir apa, sekali karaoke mat dalam jem”

“Weh nak karaoke juga bang, saya duduk dekat Ampang Hilir”

“Kalau macam ni punya servis terlepas nak pergi Mytown pun tak apa”

“Buat airport transfer tak? Kalau buat, nak cadangkan kawan ambil, tapi senarai lagu dia mungkin lagu-lagu Indonesia”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.