Now Reading
Boleh Ke Buat Kenduri Kahwin Sebelah Perempuan Sahaja? Ini Penjelasan UAI [Video]

Boleh Ke Buat Kenduri Kahwin Sebelah Perempuan Sahaja? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, membuat kenduri kahwin di sebelah pihak perempuan adalah dibenarkan.

Ringkasan
  • Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), hukum membuat kenduri di sebelah pengantin perempuan adalah harus manakala sunnah bagi sebelah pihak lelaki.
  • Sekiranya pihak pengantin lelaki enggan membuat kenduri maka hukumnya adalah makruh kerana keengganan menjamu orang makan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebiasaannya, majlis perkahwinan dalam masyarakat Melayu akan mengadakan kenduri bagi kedua-dua belah pihak khususnya lelaki dan perempuan.

Namun sejak belakangan ini, ada sesetengah pasangan dan ahli keluarga pengantin memilih untuk mengadakan kenduri bagi sebelah pihak sahaja terutamanya di sebelah perempuan.

Persoalannya, adakah dibolehkan hanya membuat kenduri sebelah pihak sahaja khususnya perempuan dalam Islam?

Boleh Buat Kenduri Kahwin Sebelah Perempuan Sahaja

Menurut pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, membuat kenduri kahwin di sebelah pihak perempuan adalah dibenarkan.

“Kenduri belah perempuan sahaja, belah lelaki tak buat, boleh.

“Kenduri belah lelaki, belah perempuan tak buat, boleh.

“Dua-dua buat kenduri macam kita buat sekarang boleh. Dua-dua tak buat kenduri, boleh juga,” katanya.

Sunnah Buat Sebelah Lelaki, Kenduri Sebelah Perempuan Adalah Harus

Namun jelas UAI, membuat kenduri kahwin adalah sunnah bagi sebelah pihak lelaki.

Manakala bagi kenduri sebelah perempuan ia adalah harus.

“Dekat mana yang sunnah, iaitu buat kenduri sebelah lelaki sahaja.

“Sebelah perempuan harus, tak nak buat tak apa, nak buat, boleh,” katanya.

Tegas UAI, mengadakan walimatul urus adalah sunnah seperti sabda Rasulullah SAW:

أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ

Maksudnya: Buatlah jamuan kenduri walaupun hanya dengan seekor kambing (Hadith Bukhari).

“Ada anak kambing, buat juga (kenduri), untuk? Tanda syukur kita jamu orang kampung. Apa hukum tu? Perintah itu sunat tapi sebelah pihak pengantin lelaki.

“Ingat ye, bila buat kenduri kahwin, sebelah lelaki sunat, sebelah perempuan harus,” katanya.

Jelas UAI, meskipun hukum membuat kenduri sebelah pihak perempuan adalah harus, namun pihak perempuan tetap mendapat pahala kerana menjamu orang makan.

Tambah UAI lagi, sekiranya sebelah lelaki memilih untuk tidak membuat kenduri, maka hukumnya adalah makruh.

“Lelaki kalau tak buat itu kerana apa? Kerana tak suka bagi makan dekat orang, (hukumnya) makruh kerana perangai itu sayang kepada harta benda,” jelasnya.

“Buatlah kenduri kahwin walaupun seekor anak kambing yang kecil,” katanya.

Ibu Bapa Perempuan Yang Tanggung Kenduri Belah Perempuan

Dalam satu lagi video yang dikongsikan semula oleh sebuah laman Facebook, UAI menjelaskan perbelanjaan bagi kenduri sebelah pihak perempuan adalah ditanggung oleh ibu dan bapanya.

“Siapa kena keluar belanja? Tiada kena keluar belanja. Suami kena bayar mas kahwin. Pengantin perempuan tak kena.

“Emak ayah dia nak buat kenduri, emak ayah dia la (bayar). Pengantin perempuan mana sunat (buat) kenduri kahwin. Pengantin lelaki sahaja sunat.

“Pengantin perempuan harus. Nak buat boleh, tak nak buat tak apa. Itu hukum Islam. Dalam Islam, bila kahwin, pengantin lelaki je sunat (buat) kenduri,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Apa Hukum Tak Hadir Jemputan Kenduri Kahwin Sebab Alasan Duduk Jauh? Ini Penjelasan UAI [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Masih Harapkan Ayah Wanita Tanggung, Ini Hukum Lelaki Kahwin Walau Tak Cukup Duit Sara Isteri

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Bawa Kawan Yang Tak Dijemput Datang Bersama Ke Majlis Perkahwinan? Ini Jawapannya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.