Now Reading
Nahas Helikopter: Kadar Insentif FDS RM30 Perlu Dikaji Semula – MMA

Nahas Helikopter: Kadar Insentif FDS RM30 Perlu Dikaji Semula – MMA

Jelas Presiden MMA, Datuk Dr Thirunavukarasu Insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara sebanyak RM30 telah diperkenalkan pada 1978 dan kekal tidak berubah.

Ringkasan
  • The Malaysian Medical Association (MMA) calls for a review of the Flying Doctor Service (FDS) incentive of RM30, unchanged since 1978.
  • Health workers on domestic air, land, or sea missions lack proper insurance coverage, a critical policy gap needing immediate attention.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada 8 September, negara digemparkan dengan insiden terhempasnya helikopter Perkhidmatan Doktor Udara atau Flying Doctor Service (FDS) di Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport) di Ulu Baram, Sarawak.

Insiden itu turut membuatkan ramai bersedih dan ada yang mula mempersoalkan mengenai kadar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara sebanyak RM30 bagi satu penerbangan pergi dan balik.

Kadar insentif RM30 perlu dikaji semula

Terbaharu Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berpendapat insentif RM30 itu perlu dikaji semula secara menyeluruh ini kerana ia mula diperkenalkan sejak tahun 1978 dan kadarnya masih kekal sama selama 48 tahun.

Jelas Presiden MMA, Datuk Dr R Thirunavukarasu kadar insentif berkenaan tidak lagi memadai bagi mencerminkan risiko yang perlu ditanggung oleh petugas kesihatan sewaktu melakukan tugasan rasmi.

48 tahun kadar insentif masih sama sejak 1978, elaun bukan insuran

“Insentif Perkhidmatan Kesihtan Udara sebanyak RM30 telah diperkenalkan pada 1978 dan kekal tidak berubah.

“Lebih penting, elaun ini bukan insurans dan tidak boleh memberikan pampasan bagi kematian atau hilang upaya kekal,” ujarnya, lapor Sinar Harian.

Petugas buat misi tidak mendapat perlindungan insuran seperti penjawat awam yang lakukan tugasan di luar negara

Kata beliau lagi, petugas kesihatan yang diarahkan untuk melakukan misi domestik menerusi udara, darat mahupun laut dilihat tidak mendapat perlindungan insurans perjalanan serta kemalangan diri terutama seperti yang disediakan kepada penjawat awam sewaktu mereka melakukan tugas rasmi di luar negara.

“Ini merupakan jurang dasar yang perlu ditutup serta-merta,” jelasnya lagi.

Nahas yang berlaku bukan amaran pertama

Dr Thirunavukarasu turut menekankan yang nahas helikopter itu bukan amaran pertama mengenai risiko operasi FDS.

Ini kerana pada tahun 2022 terdapat helikopter perkhidmatan tersebut terhempas sehingga menyebabkan petugas yang terlibat mengalami kecederaan yang serius.

Selain itu turut dilaporkan insiden pendaratan kecemasan melibatkan operasi FDS di Sabah pada 2024 serta Sarawak 2025.

“Insiden-insiden ini tidak lagi boleh dilayan secara berasingan dan dilupakan selepas tajuk berita mula reda.”

Beliau dalam masa sama turut memetik penyelidikan dilakukan di Malaysia berdasarkan data polis yang merekodkan purata sebanyak 129 kemalangan ambulans yang berlaku pada setiap tahun selama tempoh lima tahun kajian.

Kajian itu termasuk sembilan kemalangan yang meragut nyawa.

“Doktor, jururawat, penolong pegawai perubatan, pemandu ambulans dan pesakit telah terkorban atau mengalami kecederaan serius,” ujar Presiden MMA itu.

Peningkatan elaun tidak menjadikan misi tak selamat jadi selamat

Namun beliau dalam masa sama menegaskan yang peningkatan elaun tidak menjadikan sesuatu misi yang tidak selamat sebagai selamat.

Akan tetapi insuran, latihan yang sewajarnya, pengangkutan selamat termasuklah akauntabiliti majikan hendaklah menjadi sebahagian daripada rangka kerja perlindungan yang menyeluruh.

Gesa kerajaan sediakan insurans kepada petugas

Justeru itu, Dr Thirunavukarasu menggesa kerajaan untuk menyediakan insuran kemalangan diri serta perjalanan yang dibiayai oleh kerajaan kepada petugas kesihatan yang melakukan tugasan rasmi menerusi:

  • Udara
  • Laut
  • Darat

Perlindungan itu hendaklah merangkumi:

  • Misi tindak balas bencana
  • Bantuan kemanusiaan
  • Misi ihsan tanpa kira sama ada petugas berstatus tetap, kontrak mahupun bekerja melalui operator yang dilantik

Bukan hanya itu, Dr Thirunavukarasu juga ingin pihak kerajaan menubuhkan pasukan petugas kebangsaan pelbagai disiplin untuk mengkaji keseluruhan sistem:

  • FDS
  • Medevac
  • Ambulans
  • Bot perubatan

Kajian tersebut perlulah merangkumi perkara seperti:

  • Model perkhidmatan
  • Kesesuaian aset
  • Penyelenggaraan
  • Pemilihan kontraktor
  • Protokol cuaca
  • Keletihan petuhas
  • Peralatan kecemasan
  • Konfigurasi klinikal
  • Latihan keselamatan
  • Pelaporan insiden

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa kontrak pengangkutan kesihatan juga tidak boleh diberikan mengikut harga terendah semata-mata.

“Rekod keselamatan, kesesuaian aset, keupayaan penyelenggaraan, pengalaman operasi, kesiapsiagaan kecemasan dan keperluan klinikal mesti diberikan pertimbangan yang menentukan.”

Beberapa perkara perlu diberikan kepada petugas kesihatan

Beliau juga berpendapat petugas kesihatan hendaklah diberikan:

  • Latihan keselamatan serta keceman yang sewajarnya sebelum mereka dihantar untuk bertugas.
  • Prosedur pemindahan kecemasan
  • Latihan bersesuaian dengan operasi udara, darat dan laut

Selain itu mereka juga perlu diberikan ruang bagi:

  • Mengemukakan kebimbangan keselamatan
  • Menolak penugasan yang dianggap tidak selamat tanpa berdepan dengan intimidasi, diskriminasi mahupun tindakan tatatertib

Kerajaan perlu buat rangka kerja perkhidmatan aeroperubatan

Beliau juga berpendapat kerajaan turut perlu membuat rangka kerja perkhidmatan aeroperubatan kebangsaan secara berperingkat di mana ia merangkumi perkhidmatan:

  • Kesihatan luar bandar berjadual
  • Medevac kecemasan
  • Pengambilan pesakit
  • Pemindahan antara hospital
  • Tindak balas bencana
  • Integrasi engan ambulans darat dan hospital penerima

“Lima nyawa yang terkorban di Long Lellang mesti menjadi titik perubahan.

“Rasa simpati selepas tragedi adalah penting, namun, mencegah tragedi adalah penting, namun mencegah tragedi seterusnya adalah satu tanggungjawab,” ujarnya lagi.

Tak ada petugas yang patut dihantar tanpa ada latihan yang wajar, jaminan keselamatan dan perlindngan untuk keluarga

Tegas beliau tiada petugas kesihatan yang patut dihantar menerusi udara, darat mahupun laut tanpa mendapat latihan yang sewajarnya serta jaminan keselamatan yang telus termasuklah perlindungan kepada keluarga yang menanti kepulangan mereka.

“Mereka yang dihantar untuk menyelamatkan nyawa tidak sepatutnya diminta mengorbankan perlindungan mereka sendiri sebagai syarat perkhidmatan.”

Terdahulu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemukakan cadangan untuk penambahbaikan insentif FDS sejak November 2025.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.