Now Reading
Ramai Kaum Hawa Teruja Keretapi Sarong 2026 Perkenal Stesen Khas Untuk Peserta Wanita 16 Sept Ini

Ramai Kaum Hawa Teruja Keretapi Sarong 2026 Perkenal Stesen Khas Untuk Peserta Wanita 16 Sept Ini

‘Stesen Wanita’ bagi program Keretapi Sarong di MRT Titiwangsa ini memberi tumpuan kepada kreativiti serta sumbangan wanita dalam membentuk komuniti dan negara.

Ringkasan
  • Keretapi Sarong 2026 introduces a special Stesen Wanita at MRT Titiwangsa, Laluan Putrajaya, exclusively for women seeking a more comfortable experience.
  • The event, themed Sayang Malaysia, targets 25,000 participants on 16 September, celebrating Malaysian unity through traditional attire and patriotic activities.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Buat julung kalinya, program Keretapi Sarong 2026 edisi ke-10 memperkenalkan stesen khas buat golongan wanita sahaja iaitu di MRT Titiwangsa, Laluan Putrajaya.

Perkara itu diumumkan sendiri organisasi seni dan kebudayaan serta gaya hidup, LOCCO menerusi hantaran di akaun Instagram (@keretapisarong).

Stesen Wanita Keretapi Sarong Diperkenalkan Untuk Beri Pengalaman Selesa Kepada Para Wanita

Menurut Pengasas Bersama LOCCO Shamsul Bahrin Zainuzzaman, ‘Stesen Wanita’ ini memberi tumpuan kepada kreativiti serta sumbangan wanita dalam membentuk keluarga, komuniti dan negara.

“Stesen khas wanita diperkenalkan susulan permintaan komuniti wanita yang mahu menikmati pengalaman Keretapi Sarong dalam suasana lebih selesa dengan peserta wanita lain, khususnya ketika keadaan sesak.

“Kita mengambil keputusan untuk buat satu stesen khusus buat wanita sahaja dan kita sangat teruja dengan pengaktifan stesen ini kerana memberikan warna baharu kepada Keretapi Sarong,” katanya.

Memetik Astro Awani, Shamsul menyasarkan seramai 25,000 peserta menyertai Keretapi Sarong pada edisi kali ini.

Admin Keretapi Sarong Ingatkan Peserta Berpakaian Mengikut Jantina

Buat kaum Hawa yang introvert dan tidak suka bersesak, tetapi mahu bersama-sama memeriahkan acara ini, bolehlah naik dari MRT Titiwangsa pada 16 September.

Kalau anda nak tahu, tema bagi Keretapi Sarong 2026 adalah ‘Sayang Malaysia’. Menerusi semakan kami, pengendali akaun Keretapi Sarong juga mengingatkan peserta supaya berpakaian mengikut jantina masing-masing.

Lebih 20,000 Peserta Turut Padang Bagi Keretapi Sarong 2025

Untuk info, projek Keretapi Sarong dimulakan oleh pertubuhan bukan kerajaan Random Alphabet pada 2012 sebelum diambil alih oleh LOCCO pada 2017.

Pada tahun lalu, lebih 20,000 peserta membanjiri 11 stesen permulaan di Lembah Klang sebelum mereka berhimpun di The Exchange TRX.

Peserta Tak Kira Kaum & Bangsa Akan Berkumpul Sambut Hari Malaysia

Antara fenomena biasa yang boleh dilihat setiap kali program ini berlangsung adalah rakyat Malaysia yang berhimpun sambil menggayakan pakaian tradisional setiap kaum dan etnik di negara ini.

Bukan itu sahaja, para peserta juga akan menyanyi lagu patriotik bersama-sama selain menari dan bermain alat muzik sepanjang meronda sekitar Lembah Klang menaiki tren.

‘Tak Sabar Nak Jumpa Gegirls Dekat Sana!’ – Netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai khusunya golongan wanita teruja dengan pelancaran stesen khas bagi kaum Hawa itu.

“Comel! Sangat teruja untuk berdandan bersama gadis-gadis yang lain,” kata seorang wanita.

“Comelnya semua gegirl!” tambah seorang lagi pengguna Threads.

Malah ramai juga berterima kasih kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan inisiatif ‘Stesen Wanita’ tersebut.

“Benda ni sangat diperlukan. Terima kasih untuk inisiatif ni,” ujar seorang warganet.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Nak Luang Masa Dengan Keluarga & Rakan Sempena Bulan Kebangsaan 2026? Ini Event ‘Wajib’ Korang Boleh Join

Baca Artikel Berkaitan: Acara Keretapi Sarong Raih Anugerah Best ASEAN Cultural Preservation Effort 2025

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.