
Penyewa Biarkan Rumah Penuh Barang, Siap Ugut Nak Bakar Jika Tuan Rumah Suruh Keluar [Video]
Kata pemilik rumah itu, hatinya berasa luluh sebaik melihat rumah yang disewakan berada dalam keadaan berselerak dan dipenuhi dengan pelbagai barangan.
- Balmin Bhatia rented his apartment in Pandan Indah, Ampang, Kuala Lumpur to a family who left it in a filthy, cluttered condition while owing months of unpaid rent.
- The tenant threatened to burn down the apartment with petrol when asked to leave, and the husband later tested positive for illegal substances.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebagai penyewa pastinya sudah menjadi satu tanggungjawab untuk kita menjaga rumah yang dihuni dengan baik dan bersih.
Namun acap kali kita mendengar isu membabitkan penyewa yang tidak menjaga kebersihan malah ada yang membuatkan rumah disewa seperti tempat pembuangan sampah serta menjijikan.
Lelaki luah kecewa rumah disewa berselerak dan dipenuhi barang
Baru-baru ini seorang pemilik rumah turut berdepan perkara sama apabila rumah yang disewakannya telah dibiarkan berselerak dan dipenuhi dengan pelbagai barang.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Balmin Bhatia di Threads, katanya mereka telah menyewakan sebuah rumah pangsapuri di Pandan Indah, Ampang, Kuala Lumpur kepada sebuah keluarga pada Februari yang lalu.
Ujarnya, mereka menyewakan rumah tersebut kepada keluarga berkenaan selepas dicadangkan oleh seseorang. Katanya, penyewa itu awalnya kelihatan begitu baik mereka adalah suami isteri bersama dua orang anak.
Siap bantu bagi sewa tanpa deposit lepas tahu dalam kesusahan, tapi ini yang dilakukan penyewa
Namun disebabkan penyewa itu sedang berdepan dengan kesusahan, ibu kepada Balmin kemudiannya tidak mengambil wang deposit daripada mereka.
“Mereka bayar sewa lambat dan kami kata okay. Namun, tiga bulan seterusnya tiada bayaran sewa dan bil utiliti melonjak sehingga RM600,” katanya.
Menurut Balmin mereka kemudian ada berkunjung ke rumah tersebut namun penyewa itu enggan membuka pintu.

Beri amaran untuk keluar dan bagi tempoh selama sebulan lepas penyewa tak bayar sewa
Disebabkan perkara itu, suatu hari Balmin mengambil tindakan tegas dan memberikan mereka masa selama satu bulan untuk keluar daripada rumah berkenaan.
Akan tetapi selepas sebulan, penyewa itu masih lagi berada di rumah berkenaan. Sewaktu Balmin memaklumkan mahu melihat keadaan di dalam rumah, dia begitu terkejut bagaimana mereka hidup dalam keadaan itu (rumah bersepah).

Sedih lihat rumah berselerak dan bagi lagi tempoh seminggu untuk keluar dari rumah sebelum didakwa diugut nak bakar apartmen
“Hati saya luluh melihat keadaan yang berselerak. Saya beritahu mereka untuk keluar daripada rumah dan beri mereka masa lagi seminggu.
“Seminggu kemudian, apabila saya datang semula. Penyewa ini, telah bersedia dengan sebotol petrol dan telah menuangkannya di seluruh kawasan apartment. Mengugut mahu membakar seluruh apartment dan keluarganya jika diminta keluar (dari rumah itu).
“Kekecohan mula berlaku dan demi menyelamatkan apartmen dan jiran tertangga. Kami mengheretnya keluar serta merampas pemetik api daripadanya,” dakwa Balmin.

Suami penyewa dipercayai positif bahan terlarang
Susulan daripada kejadian itu, Balmin memaklumkan polis kemudiannya datang dan lelaki (suami) yang menyewa rumah tersebut dikatakan positif bahan terlarang.
Malah beberapa jiran turut menjumpai barangan terlarang dalam apartmen tersebut.
“Perkara ini telah berlaku sekitar sebulan selepas polis menahannya dan keluarga penyewa itu melarikan diri. Sehingga kini, apartmen tersebut masih lagi berselerak dan segala harta benda di dalamnya masih dalam keadaan yang sama.
“Polis memaklumkan kami perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk mengosongkan rumah berkenaan. Namun sehingga kini tiada sebarang maklumat mengenai penyewa berkenaan, malah saya kerugian beberapa bulan duit sewaan, apatah lagi penyewa yang baru,” katanya lagi.
View on Threads
Terdapat beberapa kerosakan pada rumah
Balmin turut memaklumkan kepada BuzzKini, penyewa itu menyewa sejak Februari sehingga awal Ogos 2026 sebelum diminta keluar daripada rumah berkenaan.
Ketika ditanya adakah barangan yang dilihat bersepah seperti dalam video adalah barangan peribadi penyewa? Balmin kemudian memaklumkan penyewa itu sudah mengambil semua barangan milik mereka.
“Semua itu hanya barangan yang mereka jangkakan untuk kami (pemilik rumah) simpan untuk mereka secara percuma sehingga mereka menjumpai rumah lain.”
Selain itu, Balmin turut memaklumkan terdapat beberapa kerosakan yang berlaku dalam rumah tersebut seperti:
- Dinding kotor
- Tandas tersumbat
- Tingkap terkeluar daripada landasan
- Pendingin hawa rosak
Ramai turut berang tengok penyewa biarkan rumah bersepah selepas dibantu tuan rumah
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut berasa berang apabila melihat tindakan penyewa membiarkan rumah dalam keadaan berselerak.
Malah ada juga yang bersimpati dengan Balmin serta keluarganya kerana terpaksa berdepan dengan situasi seperti itu dan mengalami kerugian atas sikap tak bertanggungjawab penyewa terbabit.
Tidak kurang ada juga yang pernah berdepan perkara sama dan memahami kekecewaan yang dirasakan oleh Balmin.
“Seseorang patut mula membuat senarai nama yang dihitamkan untuk rujukan di masa depan”

“Jangan pernah biarkan penyewa masuk tanpa deposit 2+1, jangan terpedaya dengan cerita sedih mereka”

“Wei apa ni, tolong orang dan ini yang awak dapat”

“Oh tidak itu teruk. Nasib baik tiada kerosakkan yang kekal pada rumah. Kita sentiasa nak menjadi baik dalam membantu orang dalam kesusahan tapi segelintir mempermainkannya.”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.






